15 August 2009

haruskah untuk aku memilih?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:09 2 comments
haruskah untuk aku memilih
antara cinta dan kasih

haruskah untuk aku memilih
antara kasih dan simpati

haruskah aku memilih
antara simpati dan rindu

haruskah aku memilih
antara rindu dan sayang

haruskah aku memilih
antara sayang dan hati

haruskah aku memilih
antara hati dan perasaan

haruskah aku memilih
antara perasaan dan kasihan

haruskah aku memilih
antara kasihan dan pujukan

haruskah aku memilih
antara pujukan dan ajakan

haruskah aku memilih
antara sekarang dan masa depan

haruskah aku memilih
antara hari ini dan hari depan

haruskah aku memilih?

13 August 2009

senyumlah!

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 17:42 0 comments
senyumlah
tika kau gembira
mahupun sedang berduka

senyumlah
untuk menghadapi
ujian dari ilahi

senyumlah
walau hati mu dilukai

senyumlah
apabila bala menimpa diri

senyumlah
walau sekali
untuk satu hari

senyumlah
dikala matahari terbit dini hari

senyumlah
untuk semua yang disayangi

senymlah
untuk menghilangkan sedih di hati

senyumlah
untuk ibu dan dapa sendiri

senyumlah
wahai diri ini

senyumlah
buat para sahabat nan nabi

senyumlah
tetapi menangislah
di waktu bertemu ilahi
untuk meluahkan isi hati
supaya hari-hari yang dinanti
pasti akan deberkati



senyumlah!
demam pada 13 Ogos 2009
^_^

12 August 2009

yang terakhir

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:24 0 comments
hati telah dicuci
habis bersih lagi murni
mencuci segala sisa daki
yang terdampar sejak hakiki

tulisan yang terakhir
atas segala janji yang mungkir
menuju ke satu titik yang hampir

akan aku buka lembaran baru
untuk menuju ke satu mercu

22 Julai 2009

ruang dan peluang

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:21 0 comments
mungkin inilah ruang
untuk aku merebut peluang

akan aku lupa
segala cerita
dan semua cita-cita

dengan segala pancaindera
aku didera
hati hancur dan terluka

demikianlah proses asimilasi
untuk bertukar nakhoda dan para kelasi

buka jiwa dan minda
untuk meninggalkan segala nostalgia

kekusutan di dalam dewan
23 Julai 2009


pengajaran buatku

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:16 0 comments
suatu hari
di bawah sinaran mentari
telah aku sedari
tentang rahsia yang tersembunyi

rakan yang disangka puteri
rupanya seorang yang keji
sanggup menghina rakan sendiri
semata-mata ingin mengawal lelaki

dia sering ingin dipuji
tetapi tidak sedar kemampuan diri
selalu berasa diri yang tertinggi
dia tidak berpijak di atas bumi ilahi

banyak yang telah aku pelajari
akan aku atur setiap langkah selepas ini
untuk menjauhi syaitan dan iblis duniawi..

duka hati
30 Julai 2009

kini aku kembali

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:08 0 comments
setelah sekian lama
aku menyimpan coretan lara
kini aku telah terima
qada dan daqar-Nya

mungkin aku lebih bahagia
apabila hidup tanpanya

telah aku bina
hidup baru bersama meraka
untuk menuju gerbang cita-cita

sudah tiba masanya
aku perlu kuat berusaha
agar sama-sama berjaya

rakan dan cinta
perlu kasih yang sama
dan terus tersenyum gembira


catatan hati
23 Julai 2009

buka hati buka minda

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:58 0 comments
tersebut satu cerita
yang terbina di kala duka

aku dihina dan dicaci
aku diherdik dan tidak dipeduli

atas nama ilahi
dia kini telah ku benci

jahat di hati baik di mulut
rupanya dialah musuh di dalam selimut

menanam tebu di tepi bibir
ku percaya dialah yang paling hampir

aku miskin tanah kera sekangkang
tiada aku sangka akan ditikam dari belakang

mungkin ada udang di sebalik batu
terang lagi bersuluh ingin memisahkan kami yang masih menyatu

hanya manikam yang dikenal jauhari
dia batu api yang tidak dapat dikenal pasti

dia syaitan bertopengkan manusia
sesungguhnya iblis lebih mulia darinya!

apabila tiba masanya
semua akan terbongkar jua

kini aku mangsanya
siapa tahu esok dia yang seterusnya

tuhan maha adil lagi bijaksana
untuk menghukumku sangatlah dia tidak berkuasa

hari ini, esok dan lusa
dia bakal menerima padah yang sama

aku percaya pada hukum karma
setiap kita akan dihitung di sana..


nukilan hanim
5 sc 3 16 Julai 2009

secebis coretan

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:52 0 comments
secebis coretan untuk aku
untuk terus bahagia sampai bila-bila
kebahagiaan kekal selamanya

secebis coretan untuk dia
supaya sentiasa tersenyum ceria

secebis coretan untuk mereka
untuk terus berkata-kata
dan bersuka ria

secebis coretan untuknya
untuk berhadapan di hari muka




 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez