06 May 2010

pengajaran dan pembelajaran

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:20
aku manusia biasa. punyai akal dan fikiran yg sederhana. iman belum cukup kuat di dada. nafsu masih bergelojak dijiwa. namun setiap yg berlaku, akan aku semat di minda. tak akan aku ulang di sana. apa yg terjadi pasti ada hikmahnya dan aku menerima segalanya dgn rela. takdir sudah ditentukan tapi kita masih boleh mengubahnya. aku bukan siapa-siapa, seperti hamba Allah yg lain juga. masih melakukan kesalahan yg sama tanpa melakukan anjakan paradigma. mungkin suatu hari aku akan sedar, aku xakan selamanya bersama dia. walaubagaimanapun kami pasti bertemu jua.

kesalahan dan kesilapan. perkara yg sering dilakukan oleh semua manusia. kadang-kadang kita alpha dgn keindahan dunia, sehingga kita lupa tentang keredaannya. bagaimana untuk menjadi sempurna apabila kita sering dipandang hina? usaha dan perubahan yg dilakukan hanya sia-sia sahaja. kebaikan yg dilakukan bukanlah semata-mata ingin mndapat perhatian, tapi cuma sedikit penghargaan. ingatlah, dan renunglah kerana aku masih berpegang kepada karma. namun aku bukan seorang yg pendendam, kerana itu bakal memusnahkan segala yg telah dibina.

MAAF, satu perkataan yg amat menyakitkan. tetapi ia membawa makna yg membahagiakan. aku seorang yg pemaaf, bukan? aku rela memaafkan sesiapa sahaja kerana sayang. apa itu SAYANG? aku belum cukup dewasa untuk mendefinisikan perkataan tersebut namun aku dpt merasainya. aku sayangkan manusia di sekelilingku. tiada sedikit pun dendam yg terkesumat di hatiku. memaafkan tidak bermaksud merelakan. memaafkan memerlukan sedikit penjelasan dan bukan suatu pemberontakan serta perlu menyelesaikannya secara aman.

YA, aku telah mengaku yg aku telah melakukan kesilapan. dan saban kali aku menyedarinya, kata maaf akan aku pinta dgn sepenuh jiwa. kerana tidak mahu meruntuhkan segalanya. namun, nasibku masih sama. walau berdiam diri atau masih berkata-kata, pandangan manusia masih serupa. terlalu hina di mata mereka. setiap yg terjadi akan aku jadikan pengajaran dan pembelajan. pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan dan belajar semula untuk membuat kebaikan. itu lah aku...


0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez