24 June 2010

sakit.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:33
sakit? sakit apakah?

sakit hati. sakit badan. sakit kaki. sakit mata. sakit sakit yang sakit sekali. :)

ada ubat tak? tahu tak mengapa sakit? jawapannya :

kita sakit bila hati kita sakit. bila hati kita sakit, jiwa kita juga sakit. mengapa?

apa kaitan hati dan jiwa? dan di mana letaknya akal fikiran? adakah sudah tidak berfungsi? ohh!

okey. di sini aku ingin meluahkan kata hati. tak nak baca? sapa suruh baca. ^^,

soalan pertama : mengapa sakit?
kerana tak sihat.

soalan kedua : mengapa tak sihat?
kerana sakit.

soalan ketiga : anda tidak menjawab soalan.
soalan ke tu?

soalan keempat : mengapa sakit?
kerana kena hujan semalam.

soalan kelima : mengapa membiarkan diri terkena hujan?
bukan terkena, tapi kena. oh, sebab nk pegi bayar saman lah.

soalan keenam : ada punca lain menyebabkan tak sihat?
ada, sebab hati tak sihat.

soalan ketujuh : mengapa hati tak sihat?
kerana dilukai.

soalan kelapan : bagaimana hati boleh dilukai.
hati telah diguris.

okey. cukup lah. penat nk tulis soalan jawapan mcm ni. buang masa sahaja. HAHA (:

inilah cerita hidup saya. yang mcm2 persoalannya. bilakah akan saya mencapai kebahagiaan? oh, diakhirat sana yang kekal abadi. saya perlu mencari sesuatu yang hilang. sudah sebulan saya berada di tempat ini, mungkin sudah tidak asing lg buat saya. mungkin. tapi hati ini masih kosong. adakah kerana perpisahan dengan ibu ayah? kakak? atau sahabat? mungkin tidak. kerana semuanya terpahat dalam sanubari saya. setelah berfikir sejenak, barulah aku menyedari bahawa saya telah kehilangan sesuatu. ya, ia HILANG. saya bahagia di sini. kehidupan baru yang saya inginkan. "kehidupan baru". siapa sangka, saya dapat membina "kehidupan baru" di sini. tapi, saya tetap saya. "kehidupan baru" tidak boleh mengubah apa-apa. kerana telah tertulis dalam suratan takdir bahawa inilah saya. Hana Qasrina Hanim. nama yang penuh makna, tapi masih tidak dapat mengubah segalanya. "Hanim" yang membawa malapetaka, adakah bakal kembali menimpa saya? bagaimana saya menyingkirkannya? suatu hari nanti, pasti terjawab jua tatkala segalanya sedang leka dgn alam maya.

saya telah kehilangan kasih sayang. ya, KASIH SAYANG. berikan saya kasih sayang, seperti sebulan dahulu. saya menangis sendirian tanpa kasih sayang. permintaan saya cuma sedikit, iaitu "kasih sayang". apabila ia datang, saya melepaskannya. apabila ia pergi, saya menginginkannya. bantulah saya, tuhan. wahai tuhan, berilah petunjukmu untuk saya mencari di mana "kasih sayang". sihatkanlah hati ini, sihatkanlah jiwa ini untuk meneruskan kehidupan kerana saya tidak kuat menghadapinya. jika itu "kasih sayang" saya, maka dekatkan lah dengan jiwa ini, jika itu bukan "kasih sayang" saya, jauhkanlah dari hati ini. kerana saya hanya manusia biasa yang kadang kala alpa dengan keindahan dunia. bimbinglah saya, pimpinlah saya..

bukan kemewahan atau kecantikan menjadi ukuran, tetapi hanyalah secebis kebahagiaan. :)

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez