10 June 2010

ya, kamu lah syg..

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:00
pertama kali aku melihatmu, jantungku berdebar..
adakah ini dinamakan cinta?


mungkin. kerana ini pertama kali aku mengalaminya. setiap saat ingin mataku memandangmu.. ke mana jua, hatiku pasti bersamamu.. namun dunia tak seindah pelangi, kerana aku bukan pilihanmu. tapi kenapa harus aku berduka? ini bukan saatnya kerana hidup ini baru bermula. masih jauh lagi perjalanan untuk mengenali yang lain..

hatiku kini hancur, inginkan kamu mengubatinya. mengapa harus kamu mengelak dari menerimaku? andai aku menerima yang lain, adakah kau juga akan terluka? perlukah aku menerima kasih dari orang yang bukan aku cintai, yang bukan aku ingini? adakah ini takdirku? suratan memisahkan cintaku padamu, tiada apa lagi yang mampu kamu lakukan?

ingin ku katakan betapa aku inginkan kamu, betapa aku perlukan kamu. tak pernahkah kamu cuba untuk mengerti perasaan ini? rasa hati ini? aku hanya gadis yang amat dahagakan perhatian, mungkin seperti kamu juga..

aku tak ingin mempermainkan curahan kasih sayang dari orang yang aku tidak cintai.. ya, kamu lah syg.. aku cinta kamu! kini masih belum terlambat untuk kamu katakan bahawa kamu juga menyintaiku..

andai cintamu bukan untukku, katakan dan luahkan. hancurkan lagi hati ini.. aku rela berduka daripada merana menyintaimu. akan aku hapuskan rasa ini, sesuci kapas.. akan aku lupakan kamu, wahai teman seperjuangan..






0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez