24 February 2011

Oh UiTM ! Part 10

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 16:36
Berkejaran tak henti-henti.

Mana pergi semangat 4FLAT yang diagung-agungkan dahulu? Oh, ia masih lagi wujud. Walaupun telah disedari makin lama makin jauh dari persimpangan ke 4FLAT. Namun azam dan usaha harus sering dengan cita-cita dan doa serta tidak boleh  berputus asa. :)

Poyo kan? Takpe, biar poyo sorang-sorang dari nak berpoyo depan orang. Lepas tu malu nak mengata mengutuk. Biar lah apa orang nak cakap, kita punya cita-cita kita punya suka la.

Ni ASASI dah nak sampai ke penghujungnya. Jadi mula lah untuk serabut sana-sini dengan Lab Reports nye, dengan Assingment nye, dengan Tests nye, dengan Quizzes nye. Ha, ape lagi nak tambah? Presentation lagi. Dan yang terbaik, FINAL DAH DEKAT! =))

Minggu kebelakangan ini saya menerima tembakan test yang bertubi-tubi. Dan keputusannyaaaaaa sangat lah tidak memberangsangkan. :( Jadi harus bagaimana saya mahu dapat keputusan yang baik? T-T Saya dah cuba yang baik, tapi bukan yang terbaik. Mengapa jadi macam ni? 


MOTIVASI DIRI SENDIRI

Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh kan? Jadi mari lah saya dan diri saya berusaha sampai ke titik pengakhir. Asasi cuma sekali, tak kan nak ulang lagi. Penentu masa depan diri sendiri.




 GOOD LUCK !! ♥

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez