08 April 2011

Wujudkah Peluang Ketiga?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:14


Dikhianati, dilaknati, dipersiakan atau apa-apa lagi yang membuatkan peluang kedua adalah sesuatu yang mustahil walaupun ada sesetengah orang mampu memberikan sehingga peluang ke lima puluh dua.

Cinta. Again. Kasih sayang sesama manusia. Itu semua khayalan belaka yang tidak memberi apa-apa makna sehingga lah muncul seseorang yang memberikan erti peribadi kepada kita. Setiap orang merasakan perasaan yang berbeza walaupun mengakui dilamun rasa bahagia cinta. Ya, bahagia itu tidak boleh disukat, ditimbang apatah lagi dicipta.



Kadang-kadang seringan atau seberat mana pun sesuatu kesalahan, seseorang tu harus diberikan peluang kedua agar dia dapat memperbaiki kesilapan kali pertama yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja ataupun mempunyai unsur luar dan diri sendiri yang belum matang dalam membuat keputusan. Tidak semestinya kita terus menghukum mereka dengan hukuman yang menyakitkan. Mungkin wajar jika kita memberikan peluang seterusnya supaya hubungan yang retak itu diberi nyawa.

Bagaimana jika kesalahan yang sama terus berulang? Adakah wujud peluang ketiga dan seterusnya? Peluang entah kali ke berapa juga boleh diberikan kerana kita lebih mengenali situasi yang dihadapi dalam hidup sendiri. Seringkali kita terdampar sendiri memikirkan haluan selepas ini. Keputusan kita terbatas dengan ego yang tinggi.

Kesilapan dalam perhubungan kadang-kala berlaku akibat perselisihan atau ketidak-seimbangan perasaan. Ia sesuatu yang kita sendiri tidak dapat menghalang dari berlakunya. Tidak kira jika ia adalah cinta atau sekadar sebuah persahabatan, tak mungkin semuanya berlaku seperti yang diharapkan.

Hope is the most exciting thing in life and if you honestly believe that love is out there, it will come. And even if it doesn't come straight away there is still that chance all through your life that it will.

Doa dan usaha supaya segala kembali pilih seperti biasa. Jika setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi. Mungkin dengan sedikit komunikasi, sesuatu hubungan dapat dijernihkan lagi. Diskusi bersama juga merupakan satu jalan untuk mendapatkan solusi.






0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez