17 August 2011

Aku Mahu Bernikah,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 09:36
Assalamualaikum and Hello !

Jangan terkejut dengan title post ni ye. Ini bukan post gatal-gatal geli-geli ke hape. Cuma nak share apa yang ada di fikiran saya sejak dua menjak ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat lah saya nikah di usia muda ni. Apa yang kita perlu tahu, jodoh itu rahsia Allah dan kita sebagai hambanya perlu berusaha untuk menunaikan ibadah kepada-Nya. ♥

Sebagai perempuan biasa, saya juga ada niat untuk memiliki seorang lelaki yang sah untuk dibuat teman sepanjang hayat. Kadang-kadang bila bergossip bersama teman ada juga yang menyatakan hasrat yang sama. Bukan kerana nafsu semata-mata tapi kenyataan sekuat mana pun seorang wanita itu, tetap memerlukan cinta seorang lelaki. Kerana untuk menjaga kesucian diri serta pandangan dan kehormatan.

Baru-baru ini saya telah dipertemukan dengan satu group yang cukup menarik di laman Faceboook iaitu KAMI NAK NIKAH AWAL. Anda juga boleh lawati group ini, insyaAllah banyak ilmu yang dapat diperoleh. Dengan lepak dalam group ne, semakin dapat saya rasakan kepentingan untuk nikah di usia yang muda, insyaAllah. Bukan niat di hati nak menggeli-geli, tetapi untuk menjaga kehormatan diri.

Sebelum menulis entry ini, saya baru sahaja mengetahui seorang rakan sekelas saya, Nor Raihan Izzati bakal melangsungkan perkahwinannya pada 18 September ini. MasyaAllah, sungguh tidak dapat disangka jodohnya. Ada lagi rakan sekolah yang sudah mendirikan rumahtangga tahun lepas, sekarang sedang sarat mengandung. Alhamdulillah.

Perkahwinan dan pernikahan adalah suatu yang berbeza bagi masyarakat melayu khususnya. Mungkin. Nikah itu mempunyai rukun dan Allah sentiasa mahu kita memudahkan proses pernikahan. Pernikahan tidak memerlukan belanja yang besar cukup sebagai majlis kecil yang dihadiri keluarga terdekat. Ketahuilah bahawa bernikah ini telah menyempurnakan separuh daripada agama.Separuh lagi bersama-sama lah mengusahakannya. InsyaAllah.

Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Sekarang ini fitnah dunia sering berleluasa. Walau kita berpusing seluruh angkasa, tidak akan dapat kita lari dari berbuat maksiat kepada-Nya. Nauzubillah. Mungkin ini kerana arus kini sukar lagi untuk dibendung pelbagai gejala. InsyaAllah dengan nikah ini dapat mematangkan kita dan menjaga maruah diri serta keluarga.


Sabda Rasulullah S.A.W - Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinya.

Tolonglah hentikan mulutmu dari berkata negatif dan akalmu yang berfikiran buruk sangka. Jika dikata nikah ini "gatal", apa kalian fikir couple itu "halal"? Nauzubillah. Saya masih seorang insan yang hina, perlu mencari cahaya petunjuk dari-Nya. Tidak ku kata ku sempurna, cuma mengajak kalian untuk buka mata buka minda.


Mudah-mudahan cepat lah jodohku, insyaAllah. 




4 comments:

MusfirahAhmad on August 17, 2011 at 10:32 AM said...

:D Nikah awal2 perbuatan yang baik ek?

HANA QASRINA HANIM on August 17, 2011 at 2:07 PM said...

insyaAllah, hidup lebih diberkati, :)

Adib Safwan on August 18, 2011 at 9:14 AM said...

Insha'allah ukhti, kami dari admin Kami Nak Nikah Awal akan sentiasa mendoakan perjuangan ahli-ahlinya dalam merebut cinta yg diredhai Allah. Moga ukhti menjadi pasangan yang pertama dalam grup tersebut yang bernikah nanti

HANA QASRINA HANIM on August 18, 2011 at 8:46 PM said...

Alhamdulillah. Ameen ya Rabb. Semoga kita semua mendapat jodoh yg soleh solehah. :)

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez