Showing posts with label Puncak Alam. Show all posts
Showing posts with label Puncak Alam. Show all posts

21 March 2011

Oh UiTM ! Part 15

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:36 0 comments
Mereka Taida Ganti


[ House mates ]



The best roomie, Liyana Muzammil. 




Farah Izzati.




Nurul Uyuun.




Nurul Shahadah.




Mereka segalanya.


Terima kasih banyak-banyak korang. Ana sayang korang sangat. Sayang sangat-sangat. Ana minta maaf sekali lagi andai terguris hati dan perasaan. Apa-apa pun jangan disimpan dalam hati. Semoga tali persahabatan kita tak akan pernah putus sampai mati, insyaAllah.




[ Classmates ]




Jantung Hati




Hanna Izzati



Hazwaniza Ali.



Hasmida Nordin.




Izzati.




Yes, jantung hati. Tanpa korang, tak tahu lah apa dah jadi dengan Hana ne. Yang tetap setia selamanya. Sumpah harap dapat kawan macam korang lagi. Alangkah bagusnya kalau kita dapat further study sama lepas ni. Korang yang terbaik, sanggup bersama dalam susah senang! Sayang ketat-ketat lah ! ♥






The best gay ever, Izzat dan Aizat.




Bersama satu tahun dalam Asasi Kejuruteraan.

19 March 2011

Oh UiTM ! Part 14

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:14 0 comments
Tamat ASASI

Akhirnya, tamat lah sudah Asasi Kejuruteraan UiTM Puncak Alam 2010/2011. Alhamdulillah. Setelah 41 minggu berada di puncak ne, saya berjaya menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tahniah kepada diri sendiri. ^_^

Okey, sesungguhnya saya sangat lah sibuk dalam dua minggu ini sehingga tidak sempat untuk melayan diri sendiri mahupun blog ini. Selamat.

Nota kaki : Tak mau tinggalkan Puncak Alam boleh? :(

07 March 2011

Oh UiTM ! Part 13

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:43 0 comments



Study Week

With the end of the semester comes the dreadful study week, where we were supposed to study but mostly ended up having fun, and the horrible exam weeks, where we will be sitting in a cold room for 3 hours each round just to prove that we did not study anything at all during the whole semester. It's the cycle of life, at the university life.

Now that I had FINALLY finalized that extremely stupid first report, it's time to focus on the studies. I'm gonna jam my one study week with the whole core courses that I took, making sure that what I'm supposed to know for the semester, I will know it by the end of the week.


I'm rambling.

04 March 2011

Oh UiTM ! Part 12

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 17:39 0 comments

Remind me of my father.

Today is the last day of lectures and tutorials. It such a memorable day. It is the end of Asasi. And for sure I will very miss everything. What i love being here is, it is veeeery good to be Hana Qasrina Hanim. Thank Allah. :)

The picture, Mida Hanna En Kamil me and Jaja. The last lecture was Engineering Mathematics. And he is the lecture of the subject. As the title for this entry, HE remind me of my father. A funny little cute teacher. ^_^

03 March 2011

Oh UiTM ! Part 11

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:03 0 comments



The HECTIC WEEKS end.


Akhirnya, minggu-minggu yang HECTIC dan GILA sudah berakhir. Sesungguhnya saya baru lepas mendapatkan tidur yang cukup *maksudnya baru bangun tido la nih*. Setelah penat bertungkus-lumus melepasi tahap-tahap checkpoint untuk ke FINAL. Antara rintangan-rintangan yang perlu dihadapi ialah Lab Reports, Project Computing, Test yang berlambak-lambak, Quizes, Lab Test, dan macam-macam lagi lah.

Dan ini juga bermakna bermula lah peperangan yang sebenar. Peperangan yang terakhir. Peperangan yang menentukan segalanya. Tapi adakah saya sudah bersedia? Tepuk dada tanya minda. :)

Selesai sudah segalanya, jadi mari kita mulakan persedian untuk menghadapi peperangan ini. ^^





26 February 2011

GOOD LUCK COMPUTING !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 10:17 0 comments

ENG 054 : ENGINEERING COMPUTING II

Please be nice to me today and Thursday okay. I love you more than everyone else did. ♥ 

24 February 2011

Oh UiTM ! Part 10

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 16:36 0 comments
Berkejaran tak henti-henti.

Mana pergi semangat 4FLAT yang diagung-agungkan dahulu? Oh, ia masih lagi wujud. Walaupun telah disedari makin lama makin jauh dari persimpangan ke 4FLAT. Namun azam dan usaha harus sering dengan cita-cita dan doa serta tidak boleh  berputus asa. :)

Poyo kan? Takpe, biar poyo sorang-sorang dari nak berpoyo depan orang. Lepas tu malu nak mengata mengutuk. Biar lah apa orang nak cakap, kita punya cita-cita kita punya suka la.

Ni ASASI dah nak sampai ke penghujungnya. Jadi mula lah untuk serabut sana-sini dengan Lab Reports nye, dengan Assingment nye, dengan Tests nye, dengan Quizzes nye. Ha, ape lagi nak tambah? Presentation lagi. Dan yang terbaik, FINAL DAH DEKAT! =))

Minggu kebelakangan ini saya menerima tembakan test yang bertubi-tubi. Dan keputusannyaaaaaa sangat lah tidak memberangsangkan. :( Jadi harus bagaimana saya mahu dapat keputusan yang baik? T-T Saya dah cuba yang baik, tapi bukan yang terbaik. Mengapa jadi macam ni? 


MOTIVASI DIRI SENDIRI

Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh kan? Jadi mari lah saya dan diri saya berusaha sampai ke titik pengakhir. Asasi cuma sekali, tak kan nak ulang lagi. Penentu masa depan diri sendiri.




 GOOD LUCK !! ♥

14 February 2011

The Glam' Eve

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 14:53 0 comments


Nothing to story about the night, because I'm not feeling HOT like THEM. :) Just to upload a few photos form my collection where i got it from facebook. Others, i don't get it yet cause i don't know who's the owner of the dslr. ^^
























 

 Not much like others cause I'm wearing baju kurung, but I'm proud to be me. Enough :) ♥



09 January 2011

Oh UiTM ! Part 9

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 10:53 0 comments
SEMESTER 2

Dah nak habis sem baru nak update ye? Bukan apa, TAK SEMPAT nak update. HAHAHAHAHA -.-

Seperti azam saya haritu, nak jadi rajin la sem dua ni. Alhamdulillah, baik la dari sem satu dulu. Ada la jugak perubahan kan. Sekurang-kurangnya buat tutorial walaupun ada yang tak siap kadang-kadang sebab tak tahu, tapi buat jugak. Tak macam dulu, buat pun tak apatah lagi siap. Walaupun tak perfect, at least lebih baik. Bersyukur dengan diri sendiri. :) Sekarang dalam dewan pun amek perhatian bila lecture, bagus kan? Ha, notes pun buat sendiri. Buat kemas-kemas, cantik-cantik. Saya jela kata cantik dah saya yang buat sendiri. Hoho :D

Dari dalam hati, saya nak sangat 4FLAT, sape yang tak nak kan? Kan? Tapi kita tahu kemampuan diri sendiri, setakat mana yang kita boleh. Mahupun begitu saya tetap ingin merasa 4FLAT jugak suatu hari nanti, tak mustahil, insyaAllah. :)



Semester akhir Asasi ne saya rasa lebih seronok berbanding dulu walaupun semester lepas saya lagi banyak main dan rasa FUN, tapi tak sama. Masa yang ada, diluang dengan sebaiknya. Dulu-dulu asyik nak melangut je, tak pun main FACEBOOK. Sekarang dah tak macam tu, rasa la jugak macam student. Dah menyesal kan pointer sem lepas sangat hampeh sebab tak mencapai target walaupun beralasan. Masih dan tetap sedih. Sem ne saya perlu bertungkus lumus jugak. Engineering ne suma orang dah cakap susah, tapi saya degil nak masuk jugak, pandai-pandai la nak survive. -.- Kalau boleh nak la pointer 3.5 ke atas, takpun sekurang-kurangnya 3.2+. Sikit je kan target saya? Saya harap nak CGPA 3.0+ sudah. Nak dapat CGPA 3.5 tu memang harapan la walaupun tak mustahil. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. =)

Dan jugak saya sedikit berjimat sem ni. Walaupun duit dapat selambak hampir 2K, tapi kena fikir jugak masa depan. Nanti habis Asasi nak pakai duit apa? Nak masuk degree nu bulan 9 nanti. Bapak lah lama nak menganggur. T_T Sejak sem dua ne saya dah kurang kedekut. Hehe, bukan apa dulu ne saya SANGAT KEDEKUT. Entah la, saya ne bukan kaya sangat nak pemurah dengan orang. Setakat sikit-sikit boleh lah kan. Ha, pemurah senyuman. Pemurah duit? Ada la jugak untuk kawan-kawan. Semoga lebih murah rezeki di  masa akan datang ne. Bersedekah kepada orang yang menuntut ilmu tu banyak pahalanya. Tak kisah pun, mereke kan kawan saya jugak.

Nak cakap pasal pemurah tu, ada kawan baik saya ne Hanna Izzati . Ya Allah, sumpah baik gila OK! Pernah dah saya cakap pasal dia dalam post yang lepas-lepas. Dia ne sangat BAIK sampai saya pun dah speechless nak cakap tahu. Dia lah tutor saya kat sini. Kalau tak tahu ke, tak paham ke tanya dia lah. Pandai dan sangat rajin orangya. Susah nak jumpa orang macam ni. Pemurah sangat-sangat. Tapi, saya berkawan dengan dia ne bukan sebab HARTA. Sesungguhnya saya kawan ja dengan semua orang. Kalau ya pun Hanna ni tak berharta, saya tetap suka kawan dengan dia. Kat sini dia lah sumber inspirasi saya. Teringin nak jadi macam dia, rajin sangat-sangat. Dah la kalau presentaion, pergh! MANTAP habis~ Dia bercita-cita nak jadi Engineer Petroleum, sama-sama lah kita berdoa semoga hajatnya tercapai. Ameen. :)

Yang  lain, semester ne saya rapat dengan tiga orang. RAPAT ye bukan maksud tak kawan dengan orang lain ok? Ha, orangya Hanna Izzati, Jaja Lala, dan Mida Nordin. Kemana sahaja kami berempat je berkepit. 24jam lah orang kata. Hoho Pergi kelas sama-sama. Dahtu pulak mesti nak duduk sebelah-sebelah tak boleh berasing pun. Aduyai~ Sayangnya dengan mereka ne. Teringat jugak ada orang cakap, "kawan tu biar ramai-ramai, nanti susah ramai orang tolong" Tapi terfikir jugak, kalau kawan ramai-ramai , sempat ke nak rapat dengan semua orang? Tak kan? Biar tak ramai mana, tapi baik dengan semua orang. Teman yang rapat tu je yang sebenarnya nak tolong kita di kala susah senang. Ibarat mereke bertiga ni lah. Susah bersama-sama, senang pun sama-sama. Bersyukur sangat-sangat ada kawan macam tu. Semoga Allah tak tarik nikmat ni dari saya. Ameen. ^_^


Ini cinta hati saya. ♥♥♥

04 December 2010

Yang Hilang ..~

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 17:28 0 comments

Ini comforter kesayangan saya. Beli guna duit elaun. Pegi beli sendiri. Telah dicuri oleh orang jahat yang pecah masuk bilik saya. Waaa~ T________T  Kejam betul orang itu. Tahu la comel macam saya pun comforter ne, jangan la amek. Sedihnya saya. Nak menangis pun tak guna, dah xde selimut kecintaan saya ni. :'(

22 November 2010

Oh UiTM ! Part 8

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:35 0 comments
Bismillahirrahmanirahim. Dengan nama Allah, kini saya merasmikan Semester Kedua Asasi Kejuruteraan di UiTM Kampus Puncak Alam. Terbaik punya.

Semalam baru saya bertolak dari Alor Setar ke Klang naik bus SANI dengan sayang saya. Yeah. Seronok dapat bersama dia. Nevermind. Itu lain cerita. Hehe Bus bertolak pukul 1145mlm walaupun pada asalnya tiket pukul 1130. Entah kenapa lewat saya tidak ambil tahu. Kami sampai dekat Klang tu pukul berapa entah. 640pg kot rasanya. Siap sekejap pukul 7 kami breakfast. Makan roti telur. :) 

Selepas itu menunggu lah bus kesayangan budak-budak puncak. U90. Selamat lah saya tiba di puncak ne pukul 9pg kot kalau tak silap lah. Rehat-rehat sekejap. Siap pulak pergi ke Kolej Angsana dengar taklimat yang best pulok. Biaselah dah berpuluh jam tak tido kan. Merepek je lah masa tu sambil ber-text-ing dengan buah hati. Memang tak dengar satu hapa pun lah apa yang dibebel tadi. Balik dari situ, apa lagi selamat malam lah jawabnye. Bangun-bangun terus pegi beli makanan. Mandi-manda lepas tu baru makan. :)

Haih, nasib lah kan takde lecture petang tadi. Dapat lah tido sekejap. Esok pun takde kelas pagi jugak. HEAVEN sebentar di sini. ^^ Malam ne buat bodo sahaja. Menanti masa untuk beradu. Ya, kembali lah untuk hidup di puncak yang indah ne. Semoga semester kedua ini memberi saya luck yang lebih-lebih. Ameen. 

Saya, Hana Qasrina Hanim. Awak ingat saya, okey?
 

21 November 2010

Oh UiTM ! Part 7

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:48 0 comments

Oh UiTM sudah sampai ke Part 7. Banyak jugak lah yang saya dah tulis kan. Hoh, tape sukahati saya lah. Bukan ada orang baca sangat pon post yang boring ne. Saya je nak simpan memory saya kat sini. Nevermind.

Cuti semester dah habis hari ni but saya masih lagi atas katil kat rumah sekarang. Urgh, Saya dah beli tiket paling lewat. Memang tahap MAX lah lewatnye saya sampai puncak esok. Dah la ada Taklimat UPU dari Kementerian Pengajian Tinggi pukul 11pagi esok, padahal saya sampai puncak tu mungkin pukul 7pagi takpun lagi lewat dari tu. Semua ne gara-gara orang tersayang. Dah nama pun sayang kan, macam mana pun takpa. Harap-harap perjalan saya malam ne selamat lah ye. Ameen.

Saya tak tahu nak cakap apa pasal nak masuk Sem 2 nih. Mood dah hilang dek kerana bilik kena pecah masok. Sampai sekarang pun tak tahu lagi barang apa yang hilang and macam mana keadaan bilik yang bersepah tu. Sakit hati belum habis. Kalau tak, memang membuak-buak lah semangat saya nak naik sem baru nih. Bukan apa, semangat tu penting walaupun kadang-kadang jadi hangat-hangat tahi ayam je. Tak kisah la, lebih baik ada dari takda langsung, betul tak?

Nasib saya agak baik sebab esok tak ada kelas sebelah petang. So, boleh lah saya qado tido saya yang tak cukup malam ni. Hehe. Apa pasal lah deorang start kelas esok. Start lah lusa. Yelah, dah ada taklimat tu, cukup la. Nak buat kelas pulak. Ishk ishk ishk. Penat betul kan. Ha, penat lagi bila tengok jadual kelas yang macam harem. Grr. Semua kelas pagi-pagi. Dah tu habis petang-petang. Memang tak ada HEAVEN dah la sem ni. Sabar. Tu sebabnye nak suruh saya belajar betul-betul.!

Ahh. Mari-mari kita bina semangat sekarang! Mahu belajar bersungguh-sungguh okey. Ha, assignment nak tiru takpe, itu lebih baik. Hehe yelah nak cover carry mark katakan. Kalau nak harap saya buat sendiri memang jatuh tenggelam lagi la pointer saya. (Ini sepatutnya tak boleh tulis, bahaya) Haha. Yang penting, sem baru ne saya taknak dah sedih-sedih macam dulu. No more cry, insyaAllah. Kalau nak jadi apa pun jadi lah. Saya malas dah nak kesah. Orang memang suka nak hancurkan hidup kita, bior je orang gitu. 

GOOD LUCK !!

19 November 2010

Oh UiTM ! Part 6

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:31 0 comments

Muehehehe. Post kali ni nak cerita pasal scandalucious saya kat puncak tuu. Okey, title ja lebih. Bohong semata-samata. Isu yang sangat sensetive ne mana boleh tulis. Ohh cannot! Nak mati kot kena lempang dengan orang-orang itu. Haha. Tapi nothing yang lebih-lebih lah. 


So, this is one of my kawan baik kat puncak tu. Kawan ja ok! Haha. Selalu chat dengan dia. Almost hari-hari lah chat. Tapi tak dak la sampai setiap hari. Cakap-cakap pasal test ke exam ke assignment ke. Ha budak ne lah yang tolong. Baik aje dangan saya. And dia ne la budak laki 1st yang saya jumpa kat puncak tu. Thats why gambar dia letak no satu ni. Hehe Dahtu pulak, sejak cuti sem ni makin menjadi-jadi pulak kami ni ha. Lagi rapat ada kot. Hari-hari ada ja benda nak merepek. Hee Tima kasih leh Fairuz Omar ye sebab teman saya di kala cuti yang sangat bosan ne. ^^


*Sorry honn, i steal your picture. (:


The other guys. Ini terbaik dari ladang punya. ^^ Izzudin Syamil. Ha, tahu tak kenapa saya rapat dengan dia? Sebab dia ne classmate saya. And kebetulan pulak dia ni orang Kedah. Ha, memang boleh buat geng lah kan. Apa lagi. Hehe Sembang mau tak pekat la. Grr. Mana ada pekat pun sembang sebab saya loghat tak tera mana pon. Hoho Dalam kelas computing je kami selalu berdiskusi pasal hal masing-masing. *secret* :P Hoah, dia ne memang terbaikkkk la. Nak cakap seribu kali. Miaahaha. Pantang dimintak tolong, confirm setel. :) Paling tak boleh lupa jasa dia when i got high fever masa Final Exam tu. Dia tolong belikan saya bubur ayam. Waa~ Memang sangat-sangat terima kasih. Tapi sebenarnya kawan dia yang beli, dan kawan dia yang belanja kot. But kalau dia tak jadi kawan saya, macam mana nak dapat bubur tu kan? Ha, yang lain memang tak boleh harap la. Plus, budak ne la yang selalu tolong isikan minyak dekat EGO saya. Hihi *Saya memang malas. :D Yang, thank you soo much! (:

Hoah, cuti sem dah nak habis. Tapi saya baru nak tulis ne. Haa. Tada papa pun yang special. Wuu~ :( Cuma dapat mereput ja kat rumah (Bak kata hajir). Asyik makan tido makan tido. Tapi sejak dua menjak ne lebih tido dari makan sebab takdak makanan. Huargh. Tekanan! Nak jumpak kawan, semua tak cuti. Dah cuti tak boleh keluar la itu la ini la. Dah boleh keluar, saya pulak ada hal. Haish. Tak tahu apa nak kata. Holiday ne memang su*ks lah kot.



What i like about this holiday bila i got new bestie~ Yaya and Ecap. Hahahaha. Maaf yek saya curik gambar korang. Jangan maraaaaa. ^^ Ada cerita disebalik ke-rapat-an kitorang. It's nevermind lah kan. tak perlu cerita kat sini. But saya enjoy je ber-gedik-an dengan mereka berdua yang poyo nih. Buat-buat comel pulak. Ekekeke. :D Hope friendship kite never end. Nanti sem dua, ayam ecap tu nak belanja makan ice cream. Whaa~ Tak sabarnye. HAHA *berangan jek saya nih*


Poyo je kan? Kan? Hehe. Ni lagi satu sameon yang agak rapat dengan saya. Hoih, semua lelaki kan? Dah nama pun scandalucious saya. Muehehhe. First jumpa dia sebab MATLAB. Okey lah, mai nak puji sikit. dia ne terer lah jugak pasal computer computer ne. Sebab dia terer, so si perus pun mencadangkan Luqman Azmi ne untuk tolong install MATLAB kat lappy sat. Bukan apa, kalau nak install kena ada code apa benda ntah, saya tak tahu buat. Sepatutnya benda ne kecik ja. Ada si kenalan saya tu dah install tapi nak buat macam mana kan dia cakap nak delete lepas dia habis test dengan alasan memory besar. Ok, saya punya test lagi dua minggu masa tu. Takpe, sabar jelah. Tiba-tiba pensyarah saya nak buat MATLAB test dan kebetulan hari kelas computing tu saya tak datang sebab demam, Urgh. Memang kantoi lah. Tu sebab kalut mintak tolong sameon nih.*After saya install orang tu tak jadi delete pulak* Lepas tu tak rapat mana la. Sampai bila entah tiba-tiba jadi rapat. Muehehe. Kalau saya merajuk ja ada la cara dia nak pujuk. suuwwiiieett! HAHA :D

Scandal-scandal yang lain tak boleh masuk blog atas sebab-sebab tertentu dan demi menjaga ketatasusilaan masing-masing.*Ada kaitan ke?* HAHA Tak pe lah. Ini je kot nak tulis. Btw, saya ne memang suka mintak tolong orang, sebab tu laki-laki je jadi kawan baik saya. Huhu, perempuan ne susah sikit kan. Kedekut ilmu ada, kedekut tenaga pun ada. Payah cerita. Biasalah. Adat, laki baik dengan perempuan. Perempuan baik dengan laki. So, tak perlu ada sesi jealous-menajealous kat sini sebab semuanya hanyalah rekaan semata-mata(betul lah, mana ada reka!). Hehe. 

*It should be another one special person here. I want badly to write about him. But still, its my privacy. I just only can plant him in the heart. Sorry if I hurt you my dear. I miss your care. :(


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez