01 June 2012

Kamu benci kehidupan kamu, walhal orang lain mengimpikannya.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 00:49
Reactions: 
1 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Bagaimana iman kita hari ini? Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik belaka. InsyaAllah. :)

Maaf. Hari ini terasanya untuk menulis dalam bahasa ibunda. Ingin ber-baku seketika. Pertama, terima kasih buat sayang yang membuat saya tersedar dari lamunan. Kerana sekeping gambar ini (<--) boleh membuat hidup seseorang berubah. Kerana sekeping gambar, boleh mengubah persepsi individu itu sendiri. Tatkala dia sedang memburu gelisah, sesuatu telah membantu untuk hidupnya kembali cerah.

Benar, seringkali kita merasa betapa beratnya ujian yang perlu kita tempuhi. Namun pernahkah kita terfikir, bahawa seberat mana pun malapetaka yang menimpa kita, pasti ada yang lebih berat menimpa orang lain. Sekali lagi mohon maaf. Sekarang isu Syria sedang giat berleluasa, tetapi saya sedikit pun tidak terlintas untuk mengambil tahu tentangnya. Bukan kerana tidak peduli, bukan kerana tiada hati perut, bukan kerana kejam walhal ia kerana saya belum cukup kuat untuk melihat kesengsaraan orang lain apabila saya sendiri sedang dilanda musibah. Jauh sekali diri ini untuk menghindarkan diri dari mereka apatah lagi untuk mengherdik. Kerana diri ini terlalu naif.


Hidup umpama menunggang basikal. Untuk mengimbanginya, kita mesti terus mengayuh. Lama-kelamaan kita akan letih untuk mengayuh. Tetapi kita tiada pilihan. Kita perlu terus dan terus bergerak kerana jika kita berhenti, maka kita kan jatuh tersungkur. Itulah antara persamaan hidup kita. Kita rasa kita susah. Namun tak semua orang tahu kita dalam kesusahan. Kita bencikan kehidupan ini yang penuh dengan pancaroba, berbeza dengan pandangan orang lain yang melihat kebahagiaan yang kita alami. Kerana mereka lebih sengsara berbanding kita. Sekurang-kurangnya kita masih mampu tersenyum. Bukan seperti orang lain yang hanya bermandikan darah dan air mata. Bersyukurlah manusia. Bersyukurlah kerana kita masih ada.


Kongsi.
Daripada Khalifah buat kami sekawan. Katanya Allah sangat mencintai kita. Buktinya? Lihatlah sekeliling kamu sekarang. Adakah ia milik kamu? Bukan. Sebenarnya ia milik Allah yang dipinjamkan kepada kamu untuk kamu menikmatinya. Supaya kamu selesa dan gembira. Lihat baju kamu. Allah hadiahkan kamu sehelai kain untuk kamu tutup diri kamu dari panas dan sejuk. Sayangnya Allah pada kita. Tanpa sedar, rupanya Allah berikan kita komputer riba ini bukan hanya untuk bersuka ria. Carilah ilmu yang bermanfaat buat kamu dan orang lain. Gunakan sebaiknya. InsyaAllah kamu akan tahu apa itu syukur dan redha. ♥



Orang yang kuat tahu bagaimana untuk menguruskan hidup mereka. Walaupun dengan air mata yang sedang menitis, mereka masih mampu untuk berkata " Saya okay " dengan senyuman. :) Insyaallah kita akan sentiasa kuat. Sekiranya kita berasa sunyi, ingtalah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. Berbicaralah dengan Dia. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Tuhan tak akan menguji kita jika dia tahu kita tidak mampu. Berusaha, doa dan tawakkal. 


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez