20 August 2011

Oh, Aku Rindu Padanya.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 06:14
Reactions: 
1 comments
Short update,

Assalamualaikum and Hello !

Hari ke 20 dalam bulan Ogos dan hari ke 20 kita berpuasa, harapnye berpahala lah puasa kita ye. Ingatlah satu hari di bulan Ramadhan ni tak akan sama dengan beribu-ribu hari yang lain mahupun di Ramadhan akan datang. Jadi, sila hargai Ramadhan anda. ♥

*OH tak short pun* -.-"

Okey, saya hanya manusia biasa sesungguhnya. Meskipun setiap hari menuntut ilmu, hati masih tidak tenang. Sesekali dia muncul, pasti akan tersentap hatiku. Ya, katanya jangan ditunggu. Jika ada jodohnya, masa itu akan tiba. Ya Allah, aku tidak sekuat itu. Bantu lah hamba-Mu ini. Dia juga makhluk ciptaan-Mu yang sama sifatnya seperti aku. Jauhkanlah rasa gundah gulana ini. Sedang lagi aku seorang perempuan, yang lemah lagi lembut peribadinya.

Andai dia jodohku, maka pelihara lah kami dari kemaksiatan. Walaupun dia jauh nun di sana, dosa tetap di mana-mana sahaja. Semoga dia bahagia di Cairo, tanah yang indah.



19 August 2011

Aku Ingin Berubah,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:13
Reactions: 
1 comments
Assalamualaikum and Hello !

Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Kalian bagaimana ya? Semoga hidup kita tidak disia-siakan begitu sahaja. Seperti pepatah arab : Masa umpama pedang, Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. InsyaAllah

Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman hidup saya. Suatu ketika dahulu saya pernah disekolahkan disebuah sekolah agama dimana sekolah tersebut tersangat popular dengan akhlak terpuji dan ilmu agama yang tinggi para pelajarnya. Alangkah bagusnya jika ketika itu saya sedar betapa indahnya Islam. Alangkah gembiranya jika ketika itu saya sedar betapa agungnya cinta Allah kepada hamba-hambanya. Tapi malangnya, saya tidak mengambil endah akan semua itu. Saya juga gadis biasa yang naif dengan kehidupan remaja.

Selama saya tahu hakikat agama Islam, sudah banyak kali saya ingin berubah kepada jalan kebaikan. Tetapi putus di tengah jalan. Kenapa? Kerana ilmu yang cetek. Kerana tidak mencari pembimbing yang sebenarnya. Saya masih terikut dengan perubahan zaman, pengaruh rakan dan ajakan syaitan. Saya yang lemah. Nauzubillah, minta dijuahkan. Susahnye nak berubah. :(

Pernah juga satu masa saya seakan tekad dengan sekuat hati, sepenuh jiwa untuk kembali ke jalan-Nya. Sehinggakan saya meminta mama belikan beberapa helai tudung labuh untuk dipakai kekita satu program yang saya sertai setiap hujung tahun. Alhamdulillah indahnya bersama orang-orang yang alim. Kata mereka, "Hanim, ukhti istiqamah lah berjubah. Sangat cantik ukhti begini." Allahuakbar, teringat lagi kata-kata itu dari naqibah tersebut. Ya, saya memang gemar berjubah. Tapi untuk istiqamah tu saya belum bersedia. Kelak mungkin, insyaAllah.

Namun perjalanan tetap berhenti di situ sahaja. Tiada yang kekal. Saya kembali kepada kehidupan asal. Sehingga tiba suatu masa Allah mahu saya mencuba lagi. Dan saya terus mencuba dan mencuba. Saban hari menangis dengan dosa sendiri, tetapi transformasi tetap menjadi basi. Betapa sayangnya Allah pada kita, sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita bertaubat kepadanya, kita pula selalu leka dengan keasyikan dunia. T-T

Niat di hati nak berubah tika umurku 21. Bila dicanang, kata mereka, "Pastikah awak akan hidup esok? Apatah lagi sehingga umurmu 21?" Astaghfirullahalazim. Benar katanya, ya esok itu pasti tapi kita belum tentu lagi. Mungkin hari ini, mungkin sebentar lagi. Ajal maut di tangan tuhan, siapa lah kita nak menentu akhir usia. Sering kali manusia mengatakan belum tiba masanya untuk berubah, umur masih muda, tak sampai seru dan sebagainya. Ketahuilah semua itu alasan yang sudah lapuk dek zaman jahiliah lagi.

Ulasan ini bukan untuk riak, bukan untuk bangga. Tetapi untuk berkongsi sesama saudara. Sesungguhnya saya sedang berubah cara, harap kalian begitu juga. Walau sedikit sekurang-kurangnya kita tidak lagi dihimpit. Doakan saya untuk menempuh onak ranjau dan duri serta liku-liku yang bakal dilalui. Saya bukan sempurna, sama seperti gadis lain juga. InsyaAllah.



Renung-renungkan. Sesungguhnya Islam itu indah. ♥


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA,
Qasrina.

17 August 2011

Aku Mahu Bernikah,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 09:36
Reactions: 
4 comments
Assalamualaikum and Hello !

Jangan terkejut dengan title post ni ye. Ini bukan post gatal-gatal geli-geli ke hape. Cuma nak share apa yang ada di fikiran saya sejak dua menjak ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki dapat lah saya nikah di usia muda ni. Apa yang kita perlu tahu, jodoh itu rahsia Allah dan kita sebagai hambanya perlu berusaha untuk menunaikan ibadah kepada-Nya. ♥

Sebagai perempuan biasa, saya juga ada niat untuk memiliki seorang lelaki yang sah untuk dibuat teman sepanjang hayat. Kadang-kadang bila bergossip bersama teman ada juga yang menyatakan hasrat yang sama. Bukan kerana nafsu semata-mata tapi kenyataan sekuat mana pun seorang wanita itu, tetap memerlukan cinta seorang lelaki. Kerana untuk menjaga kesucian diri serta pandangan dan kehormatan.

Baru-baru ini saya telah dipertemukan dengan satu group yang cukup menarik di laman Faceboook iaitu KAMI NAK NIKAH AWAL. Anda juga boleh lawati group ini, insyaAllah banyak ilmu yang dapat diperoleh. Dengan lepak dalam group ne, semakin dapat saya rasakan kepentingan untuk nikah di usia yang muda, insyaAllah. Bukan niat di hati nak menggeli-geli, tetapi untuk menjaga kehormatan diri.

Sebelum menulis entry ini, saya baru sahaja mengetahui seorang rakan sekelas saya, Nor Raihan Izzati bakal melangsungkan perkahwinannya pada 18 September ini. MasyaAllah, sungguh tidak dapat disangka jodohnya. Ada lagi rakan sekolah yang sudah mendirikan rumahtangga tahun lepas, sekarang sedang sarat mengandung. Alhamdulillah.

Perkahwinan dan pernikahan adalah suatu yang berbeza bagi masyarakat melayu khususnya. Mungkin. Nikah itu mempunyai rukun dan Allah sentiasa mahu kita memudahkan proses pernikahan. Pernikahan tidak memerlukan belanja yang besar cukup sebagai majlis kecil yang dihadiri keluarga terdekat. Ketahuilah bahawa bernikah ini telah menyempurnakan separuh daripada agama.Separuh lagi bersama-sama lah mengusahakannya. InsyaAllah.

Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Sekarang ini fitnah dunia sering berleluasa. Walau kita berpusing seluruh angkasa, tidak akan dapat kita lari dari berbuat maksiat kepada-Nya. Nauzubillah. Mungkin ini kerana arus kini sukar lagi untuk dibendung pelbagai gejala. InsyaAllah dengan nikah ini dapat mematangkan kita dan menjaga maruah diri serta keluarga.


Sabda Rasulullah S.A.W - Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinya.

Tolonglah hentikan mulutmu dari berkata negatif dan akalmu yang berfikiran buruk sangka. Jika dikata nikah ini "gatal", apa kalian fikir couple itu "halal"? Nauzubillah. Saya masih seorang insan yang hina, perlu mencari cahaya petunjuk dari-Nya. Tidak ku kata ku sempurna, cuma mengajak kalian untuk buka mata buka minda.


Mudah-mudahan cepat lah jodohku, insyaAllah. 




16 August 2011

Semoga Terbuka Hatinya,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:33
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum and Hello !

Apa khabar iman kita hari ini? Apa khabar jasad kita hari ini?
Tepuk dada tanya akal.

So long since my last update. Terima kasih kepada yang sentiasa menziarah blog usang ni. Syukran kerana selalu support penulisan saya yang biasa-biasa ni. InsyaAllah, jika masih dikurniakan idea dan kudrat yang sihat saya akan terus menabur sumbangan buat santapan minda kalian.

Post saya kali ini mungkin sedikit berlainan dari yang sebelum ne. Tapi ada diantara kalian yang sejak awalnya follow blog saya, tahu apa yang sering saya sampaikan. Iaitu kisah hidup saya. Detik-detik sukar yang sering saya lalui, saat-saat gembira yang berdetik tika mata saya berkelip.

Alhamdulillah. Kita masih hidup hari ini. Ketahuilah, kita masih dihidupkan oleh Allah kerana Dia sedang memberi kita peluang untuk bertaubat dan berubah. Sesungguhnya Dia lah Maha Mengatahui lagi Maha Penyayang. Syukurlah pabila Allah mengekalkan hidayah-Nya kepada kita. Kerana hidayah itu hanya diberikan kepada manusia yang terpilih. Syukur.

Di bulan indah ne sama-sama lah kita melakukan transformasi dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan sentiasa mendapat redha-Nya. Bicara saya ne jangan pula disalah tafsir. Saya bukanlah gadis yang sangat baik, masih melakukan kesalahan. Tapi Alhamdulillah, Allah sedang menurunkan pertolongan kepada hambanya yang naif ini.

Kadang-kala kita bertekad untuk berubah, pasti akan muncul pelbagai dugaan dan halangan. Dan itulah ujian dari Dia. Sejauh mana kesediaan kita untuk mendapat rahmat-Nya. Banyak sangat gangguan di fikiran. Godaan syaitan lebih kuat menguasai akal, kerana dunia tak akan pernah cukup!

InsyaAllah, saya telah buka hati saya untuk Dia yang kekal. Untuk menuju redha-Nya. Dengan ini saya harap si dia juga terbuka hatinya. Amin.♥

Hamba Allah yang daif ilmunya,
Qasrina.


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez