Assalamualaikum and Hello !
Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Kalian bagaimana ya? Semoga hidup kita tidak disia-siakan begitu sahaja. Seperti pepatah arab : Masa umpama pedang, Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. InsyaAllah ♥
Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman hidup saya. Suatu ketika dahulu saya pernah disekolahkan disebuah sekolah agama dimana sekolah tersebut tersangat popular dengan akhlak terpuji dan ilmu agama yang tinggi para pelajarnya. Alangkah bagusnya jika ketika itu saya sedar betapa indahnya Islam. Alangkah gembiranya jika ketika itu saya sedar betapa agungnya cinta Allah kepada hamba-hambanya. Tapi malangnya, saya tidak mengambil endah akan semua itu. Saya juga gadis biasa yang naif dengan kehidupan remaja.
Selama saya tahu hakikat agama Islam, sudah banyak kali saya ingin berubah kepada jalan kebaikan. Tetapi putus di tengah jalan. Kenapa? Kerana ilmu yang cetek. Kerana tidak mencari pembimbing yang sebenarnya. Saya masih terikut dengan perubahan zaman, pengaruh rakan dan ajakan syaitan. Saya yang lemah. Nauzubillah, minta dijuahkan. Susahnye nak berubah. :(
Pernah juga satu masa saya seakan tekad dengan sekuat hati, sepenuh jiwa untuk kembali ke jalan-Nya. Sehinggakan saya meminta mama belikan beberapa helai tudung labuh untuk dipakai kekita satu program yang saya sertai setiap hujung tahun. Alhamdulillah indahnya bersama orang-orang yang alim. Kata mereka, "Hanim, ukhti istiqamah lah berjubah. Sangat cantik ukhti begini." Allahuakbar, teringat lagi kata-kata itu dari naqibah tersebut. Ya, saya memang gemar berjubah. Tapi untuk istiqamah tu saya belum bersedia. Kelak mungkin, insyaAllah.
Namun perjalanan tetap berhenti di situ sahaja. Tiada yang kekal. Saya kembali kepada kehidupan asal. Sehingga tiba suatu masa Allah mahu saya mencuba lagi. Dan saya terus mencuba dan mencuba. Saban hari menangis dengan dosa sendiri, tetapi transformasi tetap menjadi basi. Betapa sayangnya Allah pada kita, sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita bertaubat kepadanya, kita pula selalu leka dengan keasyikan dunia. T-T
Niat di hati nak berubah tika umurku 21. Bila dicanang, kata mereka, "Pastikah awak akan hidup esok? Apatah lagi sehingga umurmu 21?" Astaghfirullahalazim. Benar katanya, ya esok itu pasti tapi kita belum tentu lagi. Mungkin hari ini, mungkin sebentar lagi. Ajal maut di tangan tuhan, siapa lah kita nak menentu akhir usia. Sering kali manusia mengatakan belum tiba masanya untuk berubah, umur masih muda, tak sampai seru dan sebagainya. Ketahuilah semua itu alasan yang sudah lapuk dek zaman jahiliah lagi.
Ulasan ini bukan untuk riak, bukan untuk bangga. Tetapi untuk berkongsi sesama saudara. Sesungguhnya saya sedang berubah cara, harap kalian begitu juga. Walau sedikit sekurang-kurangnya kita tidak lagi dihimpit. Doakan saya untuk menempuh onak ranjau dan duri serta liku-liku yang bakal dilalui. Saya bukan sempurna, sama seperti gadis lain juga. InsyaAllah.
Renung-renungkan. Sesungguhnya Islam itu indah. ♥
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA,
Qasrina.
1 comments:
You are not that hard to find is it??
-MZY-
Post a Comment