30 June 2009

aku di sini

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:35
Reactions: 
0 comments
aku di sini
untuk meluahkan rasa hati
yang terluka diguris rasa sepi

aku di sini
untuk melepaskan perasaan
yang terpaksa dipendam

aku di sini
untuk menceritakan kisah
sesuatu yang tidak bersalah

aku di sini
untuk rasa bahagia
menjauhkan dari rasa terluka

aku di sini
untuk semuanya
bukan untuk selamanya

air mata ini

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:22
Reactions: 
0 comments
air mata ini mengalir
kerana seorang rakan
kerana seorang sahabat

air mata ini mengalir
kerana ingin membantu
kerana ingin melihatnya bahagia

air mata ini mengalir
kerana terlalu kasihkannnya
kerana terlalu sayangkannya

air mata ini mengalir
untuk seorang kawan
untuk seorang teman

air mata ini mengalir
kerana sedikit salah faham
kerana batu api menikam

air mata ini mengalir
kerana terlalu mempercayai
sehingga diri ini telah dibohongi

air mata ini mengalir
kerana menjaga sahabat
kerana cintakan sahabat

air mata ini mengalir
kerana hati penuh dengan kesabaran
kerana hati menerima segala cengkaman

air mata ini mengalir
kerana mempertahankan persahabatan
namun disangka penyebab dalam persengketaan

air mata ini mengalir
kerana telah disisihkan
hati terluka hanya dipendam

air mata ini mengalir
tiada siapa un yang faham
apa erti persahabatan dalam keikhlasan

air mata ini mengalir
kerana terpaksa melalui semua getir
mengaharungi liku-liku kecil

air mata ini mengalir
terseksa jiwa raga dan batin
tiada apa yang boleh mengubati

air mata ini mengalir
bukan untuk memohon simpati
bukan untuk meraih undi

air mata ini megalir
kerana selama ini terlalu ikhlas
tapi nasib masih terbatas

air mata ini mengalir
dan terus mengalir
dan terus mengalir..~

27 June 2009

wahai sahabatku

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:33
Reactions: 
0 comments
wahai sahabatku
hari ini kau memanggilku
hari ini kau menyayangiku

wahai sahabatku
hari ini aku memanggilmu
hari ini aku menyayangimu

wahai sahabatku
hari ini kita bersama
dalam suka atau pun duka

wahai sahabatku
seluruh hidupku mempercayaimu
segala rahsia cerita kepadamu

wahai sahabatku
terima kasih dariku
kerana sudi menjadi rakanku
walau seminit cukup sudah bagiku

wahai sahabatku
mungkin segalanya sudah berakhir
tapi bagiku ini bukan yang terakhir

wahai sahabatku
aku terlalu menyayangimu
kau sebahagian dari hidupku

wahai sahabatku
tanpamu siapalah aku
tergapai-gapai di awangan tiada sesiapa membantu

wahai sahabatku
ampunkanlah aku
jika tersalah berbicara atau perilaku

wahai sahabatku
mengapakah tega kau berbuat begitu
lupakah engkau pada janji-janji manismu

wahai sahabatku
di sini aku setia menunggumu
setiap saat dan ketika hanya kau difikiranku

wahai sahabatku
jika itu jalan yang kau pilih
tidak akan aku paksa memilih kasih

wahai sahabatku
di sini ingin aku nyatakan rasa pilu
sedih kecewa melanda diriku

wahai sahabatku
entah mengapa aku terasa kehilangan
seorang rakan yang sentiasa berpegangan tangan

wahai sahabatku
air mataku mula mengalir
derita yang ku rasa terlalu hampir

wahai sahabatku
tiadakah rasa simpatimu terhadapku
terlalu bencikah kau padaku

wahai sahabatku
nyatakanlah kesalahan dan dosaku
aku ingin berada di sampingmu

wahai sahabatku
sekali lagi terima kasih dariku
terhadap kasih sayang darimu

wahai sahabatku
akan aku jadikan sebuah kenangan
lestari yang berpanjangan~

istimewa

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:57
Reactions: 
0 comments
istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
kali pertama bertentang mata
terpaut sudah rasa cinta

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
di sisi setia menemani
di samping gadis yang dikasihi

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
mencintaiku
sepenuh hatinya

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
rasa kasih dan sayang
menyelubungi perasaan seseorang

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
dia terlalu prihatin
jika sakit akan dipimpin
jika sihat akan tidak akan menyepi

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
walaupun skema
dia juga tetap dimata

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
paras rupa bukan yang diimpikannya
yang penting kasih sayang dan bahagia

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
akan sama-sama membina
sebuah bahtera indah bersama

istimewa
dia begitu istimewa

istimewa
dia istimewa
di mataku hatiku jiwaku

23 June 2009

saat ini

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:44
Reactions: 
0 comments
saat ini
terbuka sudah ceritera baru
yang dianggap semuanya rahsiaku

saat ini
dia telah meluahkan semuanya
rakyat sekeliling telah menghina

saat ini
apalah salahku sebegini dihukum
mereka berkata-kata padaku dan si majnun

saat ini
terlalu aku takut kehilangan semuanya
yang telah lama aku cuba untuk membina bersama

saat ini
sedih, aku sangat sedih
apa yang perlu dilalui amat pedih

saat ini
rasa pilu, terlalu pilu
rakan yang sentiasa bersamaku
sudah tiada, hilang, pergi dan berlalu

saat ini
tiada siapa yang mengerti
perasaan luka yang mengguris hati

saat ini
hanya si dia yang sudi menemani
saat suka dan duka sama-sama dilalui

saat ini
dia yang ku lupa
dia yang ku hina
dia yang ku cerca
dia yang bersama

saat ini
ingin aku memohon ampun
kepada seorang sahabat setahun

saat ini
kepadamu aku pohon
bersama walau dimana pun
setia bersama bertahun-tahun

saat ini
ingin ku gapai
kebahagiaan yang belum dicapai
mengorak langkah untuk membina santai

saat ini
terima kasih sahabatku
walau apa pun yang berlaku
kau akan tetap dihatiku selalu..





saat ini
siapalah aku
tanpamu~

22 June 2009

harapan

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:54
Reactions: 
0 comments
harapanku
hari ini menjadi kenyataan
hari ini menjadi suatu penyesalan

harapanku
mendapat kembali sebuah lestari
membina semula identiti

harapanku
dia kini bukan seperti dulu
dia kini semakin jauh dari pandanganku

harapanku
dia tersenyum
dia bersorak kegembiraan

harapanku
kini hancur lebur
kerana dia telah berpaling dariku

harapanku
menerima keputusan
menerima satu kesalahan
menerima satu kemaafan

harapanku
kembali ke pangkuanku
kembali menjadi rakanku
kembali menjadi sahabatku

harapanku
sahabatku.kawanku.rakanku.

harapanku
mungkin sebuah mimpi
yang tidak mungkin aku kecapi.~

21 June 2009

mungkin

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:10
Reactions: 
0 comments
mungkin
hari ini aku melihatnya menangis
hari ini aku melihatnya mengalirkan air mata

mungkin
kasih sayangnya tiada bandingan
hatiku luruh bergelimpangan

mungkin
dia tidak sedar semua ini
apa yang aku lakukan bukan pentingkan diri
tapi demi masa depan kami

mungkin
dia merasakan aku menghina
dia berasa terlalu hina

mungkin
dia serahkan segalanya padaku
memilih dan berfikir apa yang berlaku

mungkin
hari ini kami berpisah
bukan kerana berpecah-belah

mungkin
hari ini kami bersatu
ini kerana hati kami telah menyatu

mungkin
segalanya mungkin
aku dan dia segalanya mungkin


mungkin
semua tertanya-tanya
pasti akan terjawab jua.~

20 June 2009

hari ini

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 13:41
Reactions: 
0 comments
hari ini
aku memulakan sesuatu yang baru
aku mengharapkan semuanya sebagai lestari

hari ini
aku amat merindui
aku amat menyesali

hari ini
ingin aku terbang
ingin aku bebas di awangan

hari ini
dia kucintai
dia impian hidup ini

hari ini
dia aku harapkan
dia aku tinggalkan

hari ini
kebahagiaan diimpikan
kebahagiaan diharapkan
kebahagiaan dikejarkan

hari ini
ingin aku beritahu dunia
ingin aku berterus terang
ingin aku lepaskan semuanya

hari ini
apa yang aku idamkan
untuk sisa-sisa kehidupan
hanyalah secebis kebahagiaan

hari ini
aku telah melakukan
untuk seseorang yang aku sayangi
walaupun semuanya hanya angan-angan
aku tidak ingin dihargai.cuma diingati diri ini

hari ini
aku sudah kehilangan
kehilangan sahabat rakan dan taulan
yang aku punya hanya serpihan dari kasihan

hari ini
aku punya kekasih
tapi aku lepaskan bukan kerana tersisih
cuma sedikit ruang untuk aku berfikir dan memilih

19 June 2009

yang pertama

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:19
Reactions: 
0 comments
pertama

buat pertama kalinya
aku menulis untuk diriku
aku menulis untuk dirinya
aku menulis untuk hidupku
aku menulis untuk hidupnya

buat pertama kalinya
aku bertemu dengannya
aku bertemu dengan hidupku
aku bertemu dengan hidupnya

buat pertama kalinya
aku berasa sangat bahagia
aku berasa sangat gembira


buat pertama kalinya
kini aku mencipta sejarah
kini aku mencipta jejak langkah
kini aku mencipta sebuah barakah

buat pertama kalinya
aku ingin bercerita
aku ingin bercerita tentangku
aku ingin bercerita tentangnya
aku ingin bercerita tentang kita

buat pertama kalinya
aku menulis untuk semua..


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez