harapanku
hari ini menjadi kenyataan
hari ini menjadi suatu penyesalan
harapanku
mendapat kembali sebuah lestari
membina semula identiti
harapanku
dia kini bukan seperti dulu
dia kini semakin jauh dari pandanganku
harapanku
dia tersenyum
dia bersorak kegembiraan
harapanku
kini hancur lebur
kerana dia telah berpaling dariku
harapanku
menerima keputusan
menerima satu kesalahan
menerima satu kemaafan
harapanku
kembali ke pangkuanku
kembali menjadi rakanku
kembali menjadi sahabatku
harapanku
sahabatku.kawanku.rakanku.
harapanku
mungkin sebuah mimpi
yang tidak mungkin aku kecapi.~
5 years ago
0 comments:
Post a Comment