mungkin
hari ini aku melihatnya menangis
hari ini aku melihatnya mengalirkan air mata
mungkin
kasih sayangnya tiada bandingan
hatiku luruh bergelimpangan
mungkin
dia tidak sedar semua ini
apa yang aku lakukan bukan pentingkan diri
tapi demi masa depan kami
mungkin
dia merasakan aku menghina
dia berasa terlalu hina
mungkin
dia serahkan segalanya padaku
memilih dan berfikir apa yang berlaku
mungkin
hari ini kami berpisah
bukan kerana berpecah-belah
mungkin
hari ini kami bersatu
ini kerana hati kami telah menyatu
mungkin
segalanya mungkin
aku dan dia segalanya mungkin
mungkin
semua tertanya-tanya
pasti akan terjawab jua.~
5 years ago
0 comments:
Post a Comment