21 January 2011

So Long ..

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:31
Reactions: 
0 comments
You, I Miss You. I Miss Our Moments Together. Every second , every minute, every day, every week, everything. But the truth is I can't be with you anymore. Sometimes, Yes I do Miss You. I Miss You. Do you ever remember me even a second? Its me and still me. Still me and I Miss You. I Miss You. Once again, I Miss You. Please, I'm begging You. To be with me again. You know who you are, I know You know. I Miss You, ..

11 January 2011

11.1.11

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:36
Reactions: 
3 comments
Perlu ke describe pasal tarikh ini? Malas dan malas dan malas. Rasa macam tak ada perasaan ja. -.-

Hari Ahad tido pukul 3pagi. Hari Isnin jadi mengantuk sangat. Habis kelas tido dari pukul 430-7. Dan malam pukul 10 dah tutup lampu. Tido lebih kurang pukul 11-630. Lepas subuh tadi tido lagi. Pagi satu kelas ja, balik tu tido dari pukul 12-130. Terbaik kan? Dan malam ni bercadang nak tido pukul 12. :) Padahal esok kelas pukul 1030. ^^ Asyik nak tido je, dah rasa malas. Berlagak macam orang genius lah kot, tak payah nak study dah? T__T

Okey, cakap pasal pelajaran. Semakin hari rasa semakin improve, bagus lah kan. Mungkin cita-cita nak dapat 4FLAT tu dah semakin dekat. Bukan nak meninggi diri, tapi semua orang pun ada cita-cita kan? Saya ne bukan lah macam orang lain yang tak perlu study pun boleh dapat markah tinggi-tinggi. Dah la ada symptom cepat lupa, jadi apa yang belajar tu kena keep remind in mind dengan cara hari-hari kena buat revision sampai exam. Tapi malangnya saya tak serajin itu. Ada pernah kawan saya bertanya, SZ namanya. "Kau rase sem ni kau ok sikit tak belajar?". And my answer is YES. Tak bermaksud saya ni dah pandai tapi rasa perubahan tu lah yang saya pernah cakap dalam entry yang lepas-lepas. :)

Lama tak cakap pasal cinta kan? Sebab tak bercinta kat sini. Kekasih hati sudah start sem baru, jadi malas nak kacau. Lelaki ne suka dengan kawan-kawan dari dengan awek. So, malas nak komen. Cukup setakat itu. Tapi harp-harap boleh la berjumpa dengan beliau dalam masa terdekat. Rindu. :'(

SAMAN

Tak dak apa yang heboh pun. Hehe. Kena saman DUA KALI JA. :)

p/s : Entry ni xda kaitan pun dengan 11.1.11 kan? Sebab tak ada apa-apa yang special pun. -_-

10 January 2011

3 BULAN DAH AIH

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:17
Reactions: 
0 comments
Cepat kan masa berlalu? Dah tiga bulan kita bersama kembali. Tapi tak akan pernah cukup untuk hati ini disakiti. Memang dalam hidup tak semuanya indah, kadang-kadang perselisihan itu yang akan membuatkan kita semakinn sayang. Semoga kita mendapat yang terbaik. Ameen.










p/s : Saya rindu awak yang dalam tempah dua minggu itu. Boleh tak saya dapat awak yang itu?

09 January 2011

RINDU :'(

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:36
Reactions: 
1 comments
Tadi siang pergi mcD dengan Yuyun dan Yana serta classmate Yuyun, si Hanim dan Rem. :) Pergi mcD yang dekat luar kampus tu je, dekat cett. ^^ Pergi naik bus jee.

Okey, favourite saya kalau makan mcD ne sama je. Bubur ayam dan Chicken McNugget set. Itu je sokmonye. Yang lain kurang lah. Burger macam tak kecuali Prosperity dan yang lagi satu tu entah, tak ingat sebab dah xda jual sekarang. :'(

Ha, masa makan bubur tu lah teringat mama. T__T Fine, rindu sangat-sangat sampai rasa nak balik. :( Tak pernah lagi rasa rindu macam ni padahal baru seminggu ja kat puncak ne. Bukan apa, masa cuti seminggu midsem haritu kan saya demam. Mama hari-hari masak moi(bubur la tu, tp orang kedah panggil moi). Dah la lama nak ambil masa nak buat moi tu, kan nak bagi lembik, hancur nasi tu. Tapi mama sabar je layan anak dia ne. Baik kan mama saya? Mama awak ade buat macam tu? Kalau demam, makan jela pape yang ade kan? kan? Ha, serious tak semua mak akan buat macam tu kat anak-anak dia, tapi tak bermaksud tak sayang. Masing-masing ada cara tersendiri. :)

Ni dalam bilik yang sunyi pada waktu maghrib, si Mek Yana, roomie saya tengah makan bubur ayam. Lagi lah bertambah rindu dekat mama. :( Bukan teringin pun kat bubur dia, tapi rindu kat mama lahh! RINDU. Paham ke? HUaaaa~ T_T

Petang tadi tengok muvi sorang-sorang. cerita Rapunzel. Hurm, mula lah berjiwang SIKIT. Makan ter'rindu kat buah hati. Padahal baru lepan otp je waktu tu. Tak tahu lah, rasa rindu dekat semua orang. RINDU RINDU RINDU !!! :(

Kat Facebook pulak, kawan-kawan kelas 5SC3 duk post dalam group. Dan saya sangat rindu dengan kawan-kawan saya. Rindu nak gelak sama-sama. Rindu nak buat homework sama-sama. Rindu nak makan sama-sama. Sungguh la! Walaupun banyak kenangan pahit kat situ, tetap kenangan yang manis tidak dilupakan *ayat keling sikit di situ* HAHA -.-

Saya kata saya rindu, maksudnya saya rindu. OK! :'(

Main Nombor Nombor !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 16:28
Reactions: 
0 comments
O-yeah! Sempena tahu nbaru haritu kan kat Facebook ramai yang main nombor-nombor neh. Saya tak main pun mulanya. Tak request dan tak direquest. Dimulakan oleh Yaya yang inbox saya. Lepas tu mula lah yang lain nak inbox jugak HAHA -.- Jadi saya pun inbox lah mereka-mereka yang main game nih. Game ke? Okey. Post ni saya tak tiru sesiapa pun. Kalau anda rasa saya tiru post anda, anda silap lah. Sebab dah lama saya taip post ne tapi tak POST pun. Sebab mencari-cari siapa lagi yang saya request. Muehehhe :D Ini antara feedback yang saya dapat. :)

































Dan yang paling special bagi saya adalah post dari mereka berdua ini. Hoho. Kelakar sangat! :D






Post yang ada orang like, dari Dija. Huahuahua. -.-




Konklusinya, semua pakat cakap saya ne kecik dan kecik dan kecik! Warghhh! >.< Hoho, kecik sangat ke? zz sampai saya ada post pasal tu. Ade la jugok orang like. Aduyai~








Hoho, pape pun. time kasih kawan-kawan. :) Bahagia kan kalau orang puji je? HAHA ^^ Ada lagi post yang lain, tapi malas nak print screen dah. Kuikuikui. Cukup setaka itu. Nanti kembang pulok. Teneneow™

ber-NAZAR.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 15:54
Reactions: 
0 comments


Test dan Test dan Test

Sebelum cuti midsem haritu ada Test Engineering Mathematics. Dan sangat mengecewakan apabila saya tersilap formula. Sedih sangat-sangat. Tapi dah tahu, mungkin tuhan nak tunjukkan sesuatu kat saya la tu. Biar saya je yang tahu apa itu. Kesedaran tu lah yang membuat saya berubah dan ingin terus berubah. Itu yang terbaik, kalau tidak mungkin saya masih terus leka dan tak sedar diri, kan?

Lepas cuti tu ada dua test. TERBAIK punya bila masa cuti punya lah semangat bawak balik semua notes dan tutorials tapi satu hapak pun tak study. OK? Puas hati. Asyik date sahaja dan demam. *Alasan je tak habis-habis* Bila bukak je mula lah nak pecah kepala kan? Biasa lah tu, bukan nak study awal-awal. pfftt!

Hari Selasa tu ada Test Engineering Physics. And malam Isnin tu baru nak start study, bagus kan? Macam ni nak dapat 4FLAT? :D Dah tu study bukan nak focus betul-betul. Biasa je lah kan. Tapi bagus lah jugak dari dulu, study jugak. Harap je yang terbaik. :) Lepas je test tu, malas nak fikir pape dah. Study tak, apa pun tak. Tido je sampai esoknye. Hoho ^^

Hari Selasa pagi tu, sebelum Test, ada tutorial Mathematics. Dah masuk kelas, dapat pulok mark untuk Test Engineering Mathematics. Yeah, bagai nak nangis saya bila dapat kertas tu. :( Itu lah kan saya cakap, tuhan nak tunjuk sesuatu supaya saya sedar. Saya terima dengan redha. Walaupun sangat down, tapi saya masih focus untuk Test Engineering Physics sekejap lagi. Air mata hampir jugak berguguran tai saya tahan jelah. Dah bukan rezeki saya kan, kena cuba lagi. Sebab sedih dengan Test Math tu, saya buat lah baik-baik Test Physics.

Hari Rabu pulak, kelas start lewat. Apa lagi, bangun pun lewat lah. Pergi je ke kelas, tengok-tengok tak boleh masuk lagi. Dahtu terserempak dengan Miss Siti (Tutor Physics). Kawan-kawan sibuk bertanya beliau pasal Test semalam. T_T Tahu ke apa miss cakap? "Ada lapan orang dapat FULL MARK. Tapi ni ha, yang perempuan kenapa semua markah rendah-rendah je? Lelaki pulak bagus." Grr. Bagai nak luruh jantung mendengarnye. ~.~ Dan dengan muka selumbernye saya cakap kat kawan-kawan saya, "Kalau Hana dapat FULL MARK FIZIK, Hana belanje korang sume ais krim!" Maka semua orang pun mengaminkan cakap saya tu. :)

Hari Rabu dah la kelas sampai pukul 5ptg. Memang penat lah kan. Malam tu nak study untuk Test Engineering Chemistry pulak untuk esoknye. Alahai, susah sangat rasanya. Study pun dah rasa susah, macam mana lah soalannya nanti. Sampai pukul 1pg je saya tahan nak study, lepastu tido. Redha jelah apa nak jadi pun. Hari Khamis memang dah tak sempat nak study sebab jadual FULL. Dah pulak kelas Engineering Computing. Puan tu memang suka bagi latihan. Kena perah otak lagi sebelum test. TERBAIK kan??????

Dengan pasrahnye, masuk lah dewan. Dan soalan sangat SUSAH. :) Terima kasih jelah. Harapan saya agar tak fail sahaja. Ameen. ^^ Itu lah, rasanya dah buat yang semampu boleh. Tapi memang ramai yang cakap susah. Ada yang sampai mencarut pun ada. Soalan yang tak pernah buat pun boleh keluar. Entah, berserah jelah. -.-

Jadual hari Khamis memang FULL. Lepas test tu ada lagi Lecture. Lepas tu Lab Physics. Haihh. Memang sangat penat. Tapi ini lah klimaks untuk post saya kali ne. Habis je lab, kawan-kawan nak tengok markah untuk Test. Miss cakap ok. Pergi bilik dia. Ramai pulak tu pakat serbu. -.- Saya ne berdebar lah kan, yela Miss cakap perempuan banyak yang rendah. Tup-tup sekali tengok Miss letak lapan orang yang full mark tu kertasnya atas sekali. And, ...... ♥

Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Tuhan dah makbulkan doa saya dan kawan-kawan yang mengamikan kata-kata saya semalam tu. Dan nazar saya harus dilaksanakan. Tak expect pun, mungkin rezeki saya kali tu. Mungkin tuhan tak mahu saya terus kecewa dengan markah Test Math yang dapat haritu. Terima kasih tuhan. Terima kasih kawan-kawan. Dan paling berterima kasih kepada Hanna Izzati sebab banyak sangat tolong saya. :)


Balik ja dari situ, saya pun belanja lah kawan-kawan Cornetto sorang satu. :D Walaupun sampai pokai tapi saya gembira. Itu rezeki saya dan itu rezeki kawan-kawan saya. Itu lah, tuhan maha adil. Sekali dia bagi kita di bawah tak selamanya kita di bawah. Merasa jugak saya berada di atas walaupun sekali seumur hidup. :) Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah padahal ini hanyalah Test. Tapi saya masih tetap bersyukur dan bersyukur dengan apa yang saya dapat. InsyaAllah saya mahukan yang terbaik untuk semester kedua ini. Ameen. ^^


Jadi saya ada lah post kat Facebook tentang orang pandai. Tak tahu lah apa orang ingat. Ramai tak ramai sangat lah yang komen. Saya tulis " seronoknya kalau jadi orang pandai, semua orang suka. :) " dan ramai pulak yang like. Maksudnya lebih kurang betu lah kan statement saya tu. 






Saya bukannya nak pandai sebab nak semua orang bangga, suka, puji, meninggikan saya. Tapi suka kalau dapat berkongsi ilmu dengan orang. Kalau dah tak pandai, apa yang kita ada? Nak sedekah duit, saya tak kaya. Kalau pandai, sekurang-kurangnya dapat membantu yang kurang upaya. Lagi pula, dengan ilmu lah kita nak hidup. Tanpa ilmu, siapa kita? Tambahan, orang selalunya menyanjung orang yang berilmu nie. Menjadi tempat rujukan. Orang suka. Tapi kita jangan lah bangga diri pulak. Ye, saya tak bangga. Cuma post ni nak kongsi dengan follower saya supaya anda pun dapat berjaya. Tak ada orang sangka pun saya boleh dapat, tapi dengan usaha dan doa, tak ada yang mustahil. Ingat, tuhan maha adil. :)

Oh UiTM ! Part 9

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 10:53
Reactions: 
0 comments
SEMESTER 2

Dah nak habis sem baru nak update ye? Bukan apa, TAK SEMPAT nak update. HAHAHAHAHA -.-

Seperti azam saya haritu, nak jadi rajin la sem dua ni. Alhamdulillah, baik la dari sem satu dulu. Ada la jugak perubahan kan. Sekurang-kurangnya buat tutorial walaupun ada yang tak siap kadang-kadang sebab tak tahu, tapi buat jugak. Tak macam dulu, buat pun tak apatah lagi siap. Walaupun tak perfect, at least lebih baik. Bersyukur dengan diri sendiri. :) Sekarang dalam dewan pun amek perhatian bila lecture, bagus kan? Ha, notes pun buat sendiri. Buat kemas-kemas, cantik-cantik. Saya jela kata cantik dah saya yang buat sendiri. Hoho :D

Dari dalam hati, saya nak sangat 4FLAT, sape yang tak nak kan? Kan? Tapi kita tahu kemampuan diri sendiri, setakat mana yang kita boleh. Mahupun begitu saya tetap ingin merasa 4FLAT jugak suatu hari nanti, tak mustahil, insyaAllah. :)



Semester akhir Asasi ne saya rasa lebih seronok berbanding dulu walaupun semester lepas saya lagi banyak main dan rasa FUN, tapi tak sama. Masa yang ada, diluang dengan sebaiknya. Dulu-dulu asyik nak melangut je, tak pun main FACEBOOK. Sekarang dah tak macam tu, rasa la jugak macam student. Dah menyesal kan pointer sem lepas sangat hampeh sebab tak mencapai target walaupun beralasan. Masih dan tetap sedih. Sem ne saya perlu bertungkus lumus jugak. Engineering ne suma orang dah cakap susah, tapi saya degil nak masuk jugak, pandai-pandai la nak survive. -.- Kalau boleh nak la pointer 3.5 ke atas, takpun sekurang-kurangnya 3.2+. Sikit je kan target saya? Saya harap nak CGPA 3.0+ sudah. Nak dapat CGPA 3.5 tu memang harapan la walaupun tak mustahil. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. =)

Dan jugak saya sedikit berjimat sem ni. Walaupun duit dapat selambak hampir 2K, tapi kena fikir jugak masa depan. Nanti habis Asasi nak pakai duit apa? Nak masuk degree nu bulan 9 nanti. Bapak lah lama nak menganggur. T_T Sejak sem dua ne saya dah kurang kedekut. Hehe, bukan apa dulu ne saya SANGAT KEDEKUT. Entah la, saya ne bukan kaya sangat nak pemurah dengan orang. Setakat sikit-sikit boleh lah kan. Ha, pemurah senyuman. Pemurah duit? Ada la jugak untuk kawan-kawan. Semoga lebih murah rezeki di  masa akan datang ne. Bersedekah kepada orang yang menuntut ilmu tu banyak pahalanya. Tak kisah pun, mereke kan kawan saya jugak.

Nak cakap pasal pemurah tu, ada kawan baik saya ne Hanna Izzati . Ya Allah, sumpah baik gila OK! Pernah dah saya cakap pasal dia dalam post yang lepas-lepas. Dia ne sangat BAIK sampai saya pun dah speechless nak cakap tahu. Dia lah tutor saya kat sini. Kalau tak tahu ke, tak paham ke tanya dia lah. Pandai dan sangat rajin orangya. Susah nak jumpa orang macam ni. Pemurah sangat-sangat. Tapi, saya berkawan dengan dia ne bukan sebab HARTA. Sesungguhnya saya kawan ja dengan semua orang. Kalau ya pun Hanna ni tak berharta, saya tetap suka kawan dengan dia. Kat sini dia lah sumber inspirasi saya. Teringin nak jadi macam dia, rajin sangat-sangat. Dah la kalau presentaion, pergh! MANTAP habis~ Dia bercita-cita nak jadi Engineer Petroleum, sama-sama lah kita berdoa semoga hajatnya tercapai. Ameen. :)

Yang  lain, semester ne saya rapat dengan tiga orang. RAPAT ye bukan maksud tak kawan dengan orang lain ok? Ha, orangya Hanna Izzati, Jaja Lala, dan Mida Nordin. Kemana sahaja kami berempat je berkepit. 24jam lah orang kata. Hoho Pergi kelas sama-sama. Dahtu pulak mesti nak duduk sebelah-sebelah tak boleh berasing pun. Aduyai~ Sayangnya dengan mereka ne. Teringat jugak ada orang cakap, "kawan tu biar ramai-ramai, nanti susah ramai orang tolong" Tapi terfikir jugak, kalau kawan ramai-ramai , sempat ke nak rapat dengan semua orang? Tak kan? Biar tak ramai mana, tapi baik dengan semua orang. Teman yang rapat tu je yang sebenarnya nak tolong kita di kala susah senang. Ibarat mereke bertiga ni lah. Susah bersama-sama, senang pun sama-sama. Bersyukur sangat-sangat ada kawan macam tu. Semoga Allah tak tarik nikmat ni dari saya. Ameen. ^_^


Ini cinta hati saya. ♥♥♥

Saya kena TAG, anda? :)

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:50
Reactions: 
0 comments
1.1# DESCRIBE ORANG YANG MEN TAG ANDA

Ha,ada dua orang yang tag saya ne. Sorang, dia ne lah si Yuyun kesayangan saya kat Puncak Alam ne. Dia ne housemate saya. Orangnya baik-baik aje. Pernah kan saya describe pasal budak ne dulu dalam part Oh! Uitm. :D

Kedua, si Shada yang cumil tuh. Dia sangat senang tido dan 24jam depan lappy. :) Baik jgk orangnya. Kawan-kawan saya ne semuanya baik-baik blake. :D




1# ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT?

HOT? YES! Saya rasa saya HOT. AHAHA. -.- Ade pulok nak mengaku HOT sendiri? Hehe. Tak la, saya memang mengaku saya HOT. ;)



2# UPDATE WALLPAPER YANG ANDA GUNA SEKARANG 




3# CERITA ABOUT THIS WALLPAPER

Okey, nak tahu ke? Mari-mari saya cerita. Gambar ne di ambil oleh si cinta hati menggunakan handphone saya pada suatu pagi. Hari sebelum tu kitorang pergi overnight kat penang. Tgh malam tu balik lah and sampai kat Jitra dalam pukul 4pagi kot. Kami menunggu siang dekat kedai mamak kot. Dan si dia ajak saya melihat matahari terbit kat tasik. wiwink* Masa menunggu tu lah dia amek gambar ne. Hehe, sebab apa saya buat wallpaper? Sebab rindu, tapi taknak letak muka beliau, nanti orang cakap *macam dia sorang je ade boyfriend* HAIHH! -.- Tapi cumil je kan? Tu selipar baru beli kat PA. HAHA =))


4# KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA

Masa cuti midsem haritu, makan dengan mama and kakak. Saya yang belanja mereka sebab kakak asyik bising je bila saya dah dapat elaun. HOHO *belanja ikhlas ke tak nih?* HEHE bahagia je bila dapat belanja orang yang tersayang. ;)


5# LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR

La, tak ingat dah. Baru ja dengar tadi. Haha Guna handfone jaja masa buat lab report. kuikui :P



6# APA YANG ANDA BUAT SELAIN SELESAIKAN TAG NI

FACEBOOK. -.-


7# SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA

Nama saya Hana Qasrina Hanim. Selain nama sendiri orang panggil Ana, Anim, lagi? er, ada ke? Tak ingat. :D


8# TAG LAGI 5 ORANG

Sakinah Shokri

Anis Najwa
Kak Tat
Luqman Azmi
Yaya Papaya


9# SIAPA ORANG NUM 1 DENGAN ANDA

Kawan sekolah menengah saya. Saya rapat dengan dia selepas habis sekolah. Tapi masa sekolah tu kenal lah, dia ne AJK Sejarah dalam kelas dia tu. Selalu ulang alik ke kelas saya ne. Perasan la jugak. Start kawan pun lepas sekolah la, kenal melalui LC. ;)


10# KATAKAN SESUATU PADA ORANG NUM 5

Yaya, dah lama tak update blog. Busy sangat ke? Hoho :D Dah lama tak makan aikrim skali ne. =)


11# NUM 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA

MUHAMMAD RAHIMI bin RAMLAN :D


12# BAGAIMANA PULA DENGAN NUM 2

ADDY. wiwink! <3


13# KATAKAN CINTA PADA NUM 4

Erk. No 4? Silap la pulok pergi tag lelaki no 4 ye? HAHA -.- Sayoong beliau. Dia ne baikkk sangat. Suka tolong orang. Bertanggungjawab. Yang penting, ada sifat kepimpinan. *Ade kaitan dengan CINTA ke? :D


14# BERIKAN 4 FAKTA TENTANG ORANG YANG TAG ANDA

1. Uyuun ne budak Asasi Kejuruteraan kat UiTM Puncak Alam.
2. Housemate saya kat Kolej R5.
3. Uyuun ne asalnya dari Pahang.
4. Uyuun malas mandi. :D

1. Shada pun budak Asasi Kejuruteraan kat UiTM Puncak Alam jugak.

2. Shada ne roomie Uyuun.
3. Almost setiap minggu dia balik rumah sebab rumah dia kat Meru je. :(
4. Shada sangat senang tidur sampai saya naik jealous!





Okey, dah siap. Dan sebenarnya saya sudah sangat mengantuk ne. Uyuun dan Sahada, maaf ye saya lambat reply TAG ne, almaklumlah sibuk. HAHA -.-

08 January 2011

so, i put it in my blog.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 23:23
Reactions: 
0 comments
Okey, terasa nak menjangok pulak hari tu. Bukan apa, malam isnin tu aka malam esok tu nak test FIZIK, housemates saya serronok bermain-main dengan shawl. Saya pun melihat mereka dengan pasrah sekali. HAHA -.- Bukan apa, mereka rileks je tak study. Padahal esoknye ada test. OK Fine, mereka pandai. Tak macam saya. T_T


Tutup kes pasal TEST! Nak cerita pasal ne. Tudung. Hai, tudung sekarang ada banyak jenis ye. Banyak sangat-sangat. Sampai tak tahu nak pakai yang macam mana. Kalau tak ikut arus, orang cakap kuno lah ketinggalan zaman lah. Erk. Macam mana pun takpa. -.- Jadi saya pun tak ketinggalan dari mencuba berjenis-jenis tudung tersebut. Tapi masih kurang confident nak memakainya di khalayak ramai. Aduyai~


Ha, ne antara tudung-tudung yang saya pernah pakai. Mana yang terbaik? :D



Ne cara yang biasa ja dipakai, tapi dh dikira KUNO. -.-


Yang ne pun biasa jugak, tapi dah xramai org pakai skg.


Ne shawl, dulu saya biasa pakai begini. :)


Lepas tu cuba macam ne pulok. ^^


Sekarang ramai kan orang pakai begini?


Yang ne terbaru, ok ke? :)

HAHA nak ketawa ke? Gelak lah berdekah-dekah. Saya pun nak jugak rasa melawa. Er, tak lawa ke? haha Maksud saya, nak jugak rasa fesyen baru. Asyik biasa je kan kan? :D

02 January 2011

Terima Kasih Hana Qasrina :)

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 17:10
Reactions: 
0 comments
Dah tak sempat nak post pasal tahun baru. Sibuk kot? HAHA Walaupun dah lewat, tetap jugak nak tulis pasal Tahun Baru ne. :)

Special thanks to Hana Qasrina okey. Seriously i'm glad to be Hana Qasrina
*Hanya yang tahu sahaja memahami ini. :)

Hana Qasrina telah memberikan saya kebahagiaan infinity. Yes, bohong lah kalau tak ada benda sedih kan. Tapi apa yang Hana Qasrina ada, Hanim tak ada. Kadang-kala kita perlu melupakan benda lepas untuk move on. Tapi, jangan meninggalkan kenangan begitu sahaja, sebab perkara lalu lah yang mengajar kita untuk terus hidup.

“The difference between school and life? In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.” - Tom Bodett


Hana Qasrina telah mengubah hidup saya dan saya bahagia menjadi Hana Qasrina. Saya juga sedar tak semua positive, tapi sekurang-kurangnya benda yang saya nak "buang" tu dah hilang. Alhamdulillah. :) Bagi anda anda yang sokong saya, terima kasih sangat-sangat. Anda tahu siapa diri anda.


Untuk Tahun 2010, tersangat bezanya hidup saya dari tahun-tahun yang lain. Walaupun perkara tersebut sudah berlalu, tapi tak mungkin terhapus dari kotak ingatan saya. Kerana itu memandu saya untuk terus berjaya. 2010 cinta saya atau saya cinta 2010 ? :)

Mana mungkin saya mensuratkan segala di sini buat tatapan umum, tapi saya tahu ada yang menghargai kewujudan saya walaupun hanya beberapa kerat sahaja. Saya tak sama macam orang lain, saya pelik dan saya berbeza. Saya mengaku tentang diri saya, Tapi Hana Qasrina jauh lebih baik dari diri saya. Saya harap Hana Qasrina akan terus maju untuk hidup dan melangkah lebih jauh dari ini.

2010 banyak memberikan cerita dalam hidup saya. Penuh dengan drama dan telenovela. Bukan rekaan semata-mata tapi itulah kenyataannya. ^^ 2010 lah saya menjadi Hana Qasrina dengan ceritera yang baru dan semangat yang berbunga-bunga. 

Permulaan 2010 saya bersama kawan-kawan yang saya sayang, Last Corner. LC memberikan impak yang besar dalam hidup saya, mengajar saya untuk belajar. LC lah yang paling banyak memberi kenangan 2010. Masa yang saya berikan untuk LC adalah masa emas saya, kerana tak mungkin saya akan jumpa sahabat seperti LC. Walaupun LC semakin retak, tapi saya masih menaruh harapan agar kita kekal sampai mati.

Bersama kita menuju ke puncak, pada 2010 juga lah saya belajar untuk belajar. Keputusan SPM dikeluarkan pada 2010. Dan pada 2010 jugalah saya bersedia untuk membuat keputusan untuk hidup saya sendiri. Ini adalah pilihan saya dan saya bangga dengan pilihan ini. Pilihan yang mengubah corak hidup dan masa depan saya. (:

2010 adalah tahun saya yang paling bertuah. Kerana tiada lagi krisis "itu". Sesungguhnya saya sangat gembira bersama 2010. Air mata saya bukan lah untuk "itu". Terima kasih sangat kawan-kawan UiTM Puncak Alam. Ya, kawan-kawan. Di sini lah saya belajar untuk berkawan. Bukan lagi anak manja yang suka mengadu-domba. :) Saya berdikari untuk diri sendiri. Tahniah untuk Hana Qasrina. dan terima kasih 2010! :D

Setiap yang baik, ada buruknya. Sekali lagi saya mengalami krisi hati. Cinta yang didambarkan terhenti. Ini telah menyukarkan diri untuk terus berdiri kerana itulah yang menjadi tulang belakang untuk terus berlari. Tapi diri telah menerima suratan takdir yang itu bukan lagi milik  yang sejati.

Saya mempunya motto sendiri iaitu "kekalahan adalah litar untuk sebuah kejayaan". Ya, kekalahan itulah yang membuatkan saya berjaya menambat kembali cinta yang terputus di tengah jalan. *jiwang mood* Seperti yang saya katakan tadi, saya bangga dengan pilihan ini. Kerana pilihan ini lah yang telah menemukan kembali si cinta hati. Satu-satunya insan yang menerima saya dengan sepenuh hati.

Dan paling menarik, saya rasa saya semakin cantik pada 2010 ! :P Bukan maksud saya cantik paras rupa, tapi cantik dengan diri sendiri. Tak la banyak sangat perubahan yang saya buat, tapi agak berbeza lah saya sekarang dan saya yang sebelum ne.

Okey, saya dah tutup 2010 dengan senyuman dan menyambut 2011 dengan manisan.


bras for less.


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez