09 January 2011

Oh UiTM ! Part 9

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 10:53
SEMESTER 2

Dah nak habis sem baru nak update ye? Bukan apa, TAK SEMPAT nak update. HAHAHAHAHA -.-

Seperti azam saya haritu, nak jadi rajin la sem dua ni. Alhamdulillah, baik la dari sem satu dulu. Ada la jugak perubahan kan. Sekurang-kurangnya buat tutorial walaupun ada yang tak siap kadang-kadang sebab tak tahu, tapi buat jugak. Tak macam dulu, buat pun tak apatah lagi siap. Walaupun tak perfect, at least lebih baik. Bersyukur dengan diri sendiri. :) Sekarang dalam dewan pun amek perhatian bila lecture, bagus kan? Ha, notes pun buat sendiri. Buat kemas-kemas, cantik-cantik. Saya jela kata cantik dah saya yang buat sendiri. Hoho :D

Dari dalam hati, saya nak sangat 4FLAT, sape yang tak nak kan? Kan? Tapi kita tahu kemampuan diri sendiri, setakat mana yang kita boleh. Mahupun begitu saya tetap ingin merasa 4FLAT jugak suatu hari nanti, tak mustahil, insyaAllah. :)



Semester akhir Asasi ne saya rasa lebih seronok berbanding dulu walaupun semester lepas saya lagi banyak main dan rasa FUN, tapi tak sama. Masa yang ada, diluang dengan sebaiknya. Dulu-dulu asyik nak melangut je, tak pun main FACEBOOK. Sekarang dah tak macam tu, rasa la jugak macam student. Dah menyesal kan pointer sem lepas sangat hampeh sebab tak mencapai target walaupun beralasan. Masih dan tetap sedih. Sem ne saya perlu bertungkus lumus jugak. Engineering ne suma orang dah cakap susah, tapi saya degil nak masuk jugak, pandai-pandai la nak survive. -.- Kalau boleh nak la pointer 3.5 ke atas, takpun sekurang-kurangnya 3.2+. Sikit je kan target saya? Saya harap nak CGPA 3.0+ sudah. Nak dapat CGPA 3.5 tu memang harapan la walaupun tak mustahil. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik. =)

Dan jugak saya sedikit berjimat sem ni. Walaupun duit dapat selambak hampir 2K, tapi kena fikir jugak masa depan. Nanti habis Asasi nak pakai duit apa? Nak masuk degree nu bulan 9 nanti. Bapak lah lama nak menganggur. T_T Sejak sem dua ne saya dah kurang kedekut. Hehe, bukan apa dulu ne saya SANGAT KEDEKUT. Entah la, saya ne bukan kaya sangat nak pemurah dengan orang. Setakat sikit-sikit boleh lah kan. Ha, pemurah senyuman. Pemurah duit? Ada la jugak untuk kawan-kawan. Semoga lebih murah rezeki di  masa akan datang ne. Bersedekah kepada orang yang menuntut ilmu tu banyak pahalanya. Tak kisah pun, mereke kan kawan saya jugak.

Nak cakap pasal pemurah tu, ada kawan baik saya ne Hanna Izzati . Ya Allah, sumpah baik gila OK! Pernah dah saya cakap pasal dia dalam post yang lepas-lepas. Dia ne sangat BAIK sampai saya pun dah speechless nak cakap tahu. Dia lah tutor saya kat sini. Kalau tak tahu ke, tak paham ke tanya dia lah. Pandai dan sangat rajin orangya. Susah nak jumpa orang macam ni. Pemurah sangat-sangat. Tapi, saya berkawan dengan dia ne bukan sebab HARTA. Sesungguhnya saya kawan ja dengan semua orang. Kalau ya pun Hanna ni tak berharta, saya tetap suka kawan dengan dia. Kat sini dia lah sumber inspirasi saya. Teringin nak jadi macam dia, rajin sangat-sangat. Dah la kalau presentaion, pergh! MANTAP habis~ Dia bercita-cita nak jadi Engineer Petroleum, sama-sama lah kita berdoa semoga hajatnya tercapai. Ameen. :)

Yang  lain, semester ne saya rapat dengan tiga orang. RAPAT ye bukan maksud tak kawan dengan orang lain ok? Ha, orangya Hanna Izzati, Jaja Lala, dan Mida Nordin. Kemana sahaja kami berempat je berkepit. 24jam lah orang kata. Hoho Pergi kelas sama-sama. Dahtu pulak mesti nak duduk sebelah-sebelah tak boleh berasing pun. Aduyai~ Sayangnya dengan mereka ne. Teringat jugak ada orang cakap, "kawan tu biar ramai-ramai, nanti susah ramai orang tolong" Tapi terfikir jugak, kalau kawan ramai-ramai , sempat ke nak rapat dengan semua orang? Tak kan? Biar tak ramai mana, tapi baik dengan semua orang. Teman yang rapat tu je yang sebenarnya nak tolong kita di kala susah senang. Ibarat mereke bertiga ni lah. Susah bersama-sama, senang pun sama-sama. Bersyukur sangat-sangat ada kawan macam tu. Semoga Allah tak tarik nikmat ni dari saya. Ameen. ^_^


Ini cinta hati saya. ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez