Test dan Test dan Test
Sebelum cuti midsem haritu ada Test Engineering Mathematics. Dan sangat mengecewakan apabila saya tersilap formula. Sedih sangat-sangat. Tapi dah tahu, mungkin tuhan nak tunjukkan sesuatu kat saya la tu. Biar saya je yang tahu apa itu. Kesedaran tu lah yang membuat saya berubah dan ingin terus berubah. Itu yang terbaik, kalau tidak mungkin saya masih terus leka dan tak sedar diri, kan?
Lepas cuti tu ada dua test. TERBAIK punya bila masa cuti punya lah semangat bawak balik semua notes dan tutorials tapi satu hapak pun tak study. OK? Puas hati. Asyik date sahaja dan demam. *Alasan je tak habis-habis* Bila bukak je mula lah nak pecah kepala kan? Biasa lah tu, bukan nak study awal-awal. pfftt!
Hari Selasa tu ada Test Engineering Physics. And malam Isnin tu baru nak start study, bagus kan? Macam ni nak dapat 4FLAT? :D Dah tu study bukan nak focus betul-betul. Biasa je lah kan. Tapi bagus lah jugak dari dulu, study jugak. Harap je yang terbaik. :) Lepas je test tu, malas nak fikir pape dah. Study tak, apa pun tak. Tido je sampai esoknye. Hoho ^^
Hari Selasa pagi tu, sebelum Test, ada tutorial Mathematics. Dah masuk kelas, dapat pulok mark untuk Test Engineering Mathematics. Yeah, bagai nak nangis saya bila dapat kertas tu. :( Itu lah kan saya cakap, tuhan nak tunjuk sesuatu supaya saya sedar. Saya terima dengan redha. Walaupun sangat down, tapi saya masih focus untuk Test Engineering Physics sekejap lagi. Air mata hampir jugak berguguran tai saya tahan jelah. Dah bukan rezeki saya kan, kena cuba lagi. Sebab sedih dengan Test Math tu, saya buat lah baik-baik Test Physics.
Hari Rabu pulak, kelas start lewat. Apa lagi, bangun pun lewat lah. Pergi je ke kelas, tengok-tengok tak boleh masuk lagi. Dahtu terserempak dengan Miss Siti (Tutor Physics). Kawan-kawan sibuk bertanya beliau pasal Test semalam. T_T Tahu ke apa miss cakap? "Ada lapan orang dapat FULL MARK. Tapi ni ha, yang perempuan kenapa semua markah rendah-rendah je? Lelaki pulak bagus." Grr. Bagai nak luruh jantung mendengarnye. ~.~ Dan dengan muka selumbernye saya cakap kat kawan-kawan saya, "Kalau Hana dapat FULL MARK FIZIK, Hana belanje korang sume ais krim!" Maka semua orang pun mengaminkan cakap saya tu. :)
Hari Rabu dah la kelas sampai pukul 5ptg. Memang penat lah kan. Malam tu nak study untuk Test Engineering Chemistry pulak untuk esoknye. Alahai, susah sangat rasanya. Study pun dah rasa susah, macam mana lah soalannya nanti. Sampai pukul 1pg je saya tahan nak study, lepastu tido. Redha jelah apa nak jadi pun. Hari Khamis memang dah tak sempat nak study sebab jadual FULL. Dah pulak kelas Engineering Computing. Puan tu memang suka bagi latihan. Kena perah otak lagi sebelum test. TERBAIK kan??????
Dengan pasrahnye, masuk lah dewan. Dan soalan sangat SUSAH. :) Terima kasih jelah. Harapan saya agar tak fail sahaja. Ameen. ^^ Itu lah, rasanya dah buat yang semampu boleh. Tapi memang ramai yang cakap susah. Ada yang sampai mencarut pun ada. Soalan yang tak pernah buat pun boleh keluar. Entah, berserah jelah. -.-
Jadual hari Khamis memang FULL. Lepas test tu ada lagi Lecture. Lepas tu Lab Physics. Haihh. Memang sangat penat. Tapi ini lah klimaks untuk post saya kali ne. Habis je lab, kawan-kawan nak tengok markah untuk Test. Miss cakap ok. Pergi bilik dia. Ramai pulak tu pakat serbu. -.- Saya ne berdebar lah kan, yela Miss cakap perempuan banyak yang rendah. Tup-tup sekali tengok Miss letak lapan orang yang full mark tu kertasnya atas sekali. And, ...... ♥
Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Tuhan dah makbulkan doa saya dan kawan-kawan yang mengamikan kata-kata saya semalam tu. Dan nazar saya harus dilaksanakan. Tak expect pun, mungkin rezeki saya kali tu. Mungkin tuhan tak mahu saya terus kecewa dengan markah Test Math yang dapat haritu. Terima kasih tuhan. Terima kasih kawan-kawan. Dan paling berterima kasih kepada Hanna Izzati sebab banyak sangat tolong saya. :)
Balik ja dari situ, saya pun belanja lah kawan-kawan Cornetto sorang satu. :D Walaupun sampai pokai tapi saya gembira. Itu rezeki saya dan itu rezeki kawan-kawan saya. Itu lah, tuhan maha adil. Sekali dia bagi kita di bawah tak selamanya kita di bawah. Merasa jugak saya berada di atas walaupun sekali seumur hidup. :) Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah padahal ini hanyalah Test. Tapi saya masih tetap bersyukur dan bersyukur dengan apa yang saya dapat. InsyaAllah saya mahukan yang terbaik untuk semester kedua ini. Ameen. ^^
Jadi saya ada lah post kat Facebook tentang orang pandai. Tak tahu lah apa orang ingat. Ramai tak ramai sangat lah yang komen. Saya tulis " seronoknya kalau jadi orang pandai, semua orang suka. :) " dan ramai pulak yang like. Maksudnya lebih kurang betu lah kan statement saya tu.
Balik ja dari situ, saya pun belanja lah kawan-kawan Cornetto sorang satu. :D Walaupun sampai pokai tapi saya gembira. Itu rezeki saya dan itu rezeki kawan-kawan saya. Itu lah, tuhan maha adil. Sekali dia bagi kita di bawah tak selamanya kita di bawah. Merasa jugak saya berada di atas walaupun sekali seumur hidup. :) Ramai yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah padahal ini hanyalah Test. Tapi saya masih tetap bersyukur dan bersyukur dengan apa yang saya dapat. InsyaAllah saya mahukan yang terbaik untuk semester kedua ini. Ameen. ^^
Jadi saya ada lah post kat Facebook tentang orang pandai. Tak tahu lah apa orang ingat. Ramai tak ramai sangat lah yang komen. Saya tulis " seronoknya kalau jadi orang pandai, semua orang suka. :) " dan ramai pulak yang like. Maksudnya lebih kurang betu lah kan statement saya tu.
Saya bukannya nak pandai sebab nak semua orang bangga, suka, puji, meninggikan saya. Tapi suka kalau dapat berkongsi ilmu dengan orang. Kalau dah tak pandai, apa yang kita ada? Nak sedekah duit, saya tak kaya. Kalau pandai, sekurang-kurangnya dapat membantu yang kurang upaya. Lagi pula, dengan ilmu lah kita nak hidup. Tanpa ilmu, siapa kita? Tambahan, orang selalunya menyanjung orang yang berilmu nie. Menjadi tempat rujukan. Orang suka. Tapi kita jangan lah bangga diri pulak. Ye, saya tak bangga. Cuma post ni nak kongsi dengan follower saya supaya anda pun dapat berjaya. Tak ada orang sangka pun saya boleh dapat, tapi dengan usaha dan doa, tak ada yang mustahil. Ingat, tuhan maha adil. :)
0 comments:
Post a Comment