Showing posts with label kekalahan adalah litar untuk sebuah kejayaan... Show all posts
Showing posts with label kekalahan adalah litar untuk sebuah kejayaan... Show all posts

01 December 2022

Hari Pertama Menganggur

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:42 0 comments

 1 Disember 2022

Semalam merupakan hari terakhir bersama kerjaya yang telah dibina sejak hampir 6 tahun.

26 Disember 2017 adalah titik permulaan bersama Mary Kay. Kerjaya yang paling disayangi, kerjaya yang telah banyak mengubah hidup, kerjaya yang memberikan nafas kepada keluarga.

Tapi sayang, kerjaya itu bukan milik kita selamanya. Ia tidak kekal.

Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang sebati bersama sejak 6 tahun setelah mengharungi pelbagai onak dan duri, jatuh tergolek, luka berdarah, namun bangkit seperti tiada apa yang berlaku. Setiap hari berjalan terus, tanpa toleh ke belakang lagi, tanpa sedar ia sedang membunuh diri.

Jiwa tak boleh dipaksa. Sabar juga ada hadnya. Terima dengan hati yang terbuka, dan melepaskannya dengan rela.


Terima kasih untuk segala kenangan, pengalaman dan kejayaan ini. 


Akanku terbang lebih tinggi....


01 October 2022

Comeback ! 😊

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 08:11 0 comments

Wife : Awak, kalau saya nak tulis blog boleh tak?

Husband : Boleh. Tapi awak nak share ka?

Wife : Haaa tak! Kalau nak share baik tulis kat IG story. 😂


Husband & wife : *insert ketawa*



HAHAHAHAHA

So, here I am! Comeback to my world. Paling suka menulis dan bercerita. Tapi kadangkala ada cerita kita perlu disimpan. Namun, kita hanya manusia biasa yang perlu untuk melepaskan.


Maka, bermulalah perjalanan blogging pada hari ini. Semoga setiap titipan ini akan membantu untuk menyembuhkan luka di hati. Amin.


27 March 2012

HIJAB

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:16 1 comments
In one evening, i had a conversation with mama,


Me : Mama, adik nak pi usrah la.

Mama : Usrah mana?

Me : Usrah kat sini la, smart group.

Mama : Ada geng ka?

Me : Ada la sorang kawan adik, Zima.

Mama : Ha, pi la.

Me : Tapi kan, segan la. Depa semua pakai tudung labuh.

Mama : Tak kan semua tudung labuh kot?

Me : Yalah, tudung semua sampai siku. Malu la.

Mama : Mai mama pos tudung mama, mau dak?

Me : Err, tak mau lah. Segan. :|

Mama : Pakai la labuh sikit, senget pun adik pakai tudung.

Me : Tutup dada la jugak. -_-

Mama : Takpa, pakai labuh sikit. Start la warna basic dulu. Warna hitam ka putih ka.

Me : Huu tengok dulu.


Today, i already opened a new book to write about my life. It is a step forward like my words yesterday. Even I know it will not last, but better something than nothing right? :)

Today's class begin with TITAS (Tamadun Islam & Tamadun Asia) and Ustaz didn't come to the class. We'll feel upset as there wasn't any notice. Or maybe because it was raining, perhaps. But I think it should not be an excuse to not attend the class. After blablabla with friends, i went to ladies and i saw one of my classmate was taking her wudhu'. She wanted to pray Dhuha. I followed her to surau. And I saw her.

While waiting, i was thinking myself. She can pray even without wearing telekung. Why? Because she covered her aurat. The aurat is enough covered if you can pray with what you wear. As we know, telekung is not compulsory. Its about aurat. My heart beats loudly. The screenshot appeared on my mind. Again I remembered about the last days. I used to be like her, but not now. ..

The intention is very important. At least. At least you have the intention to be better. It is good enough for the first step. Like a baby. They can't run without trying to walk. It same goes to us. To be the best, we should be good-better-best. :) Step by step we will make a move.

Islam sebagai ad-deen.
Remember the quote. Its not from me, not from books. It's from Allah. We ere His slave. We must follow. We are Muslims. We must take Islam entirely not semi-ly. I'm not good enough to ask people to be better. Because I know who I am. But I want it. This is not riak, this is a mission.We must tell people so it will a booster for you to reach the target. Allah will not only see the result, in fact He also see the effort. Everyone can be good, but not all can istiqamah. ♥


HIJAB is not only about wearing scarf and covering aurat. Hijab means protector, security of the woman. Take it as an advantage to be the world's most beautiful jewelry. Wanita adalah hiasan dunia. Dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. :) 

22 February 2012

Mengalah Sebelum Kalah?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 11:38 0 comments
Mengapa berputus asa sebelum bermula? Kenapa mengalah sebelum kalah? Banyak lagi ruang dan peluang yang terpampang. Jangan tutup pintu hati kita untuk masa depan yang lebih cerah. tak di dunia, di akhirah. Adat lah belajar kan, mana ada yang senang. Kalau senang, semua orang boleh masuk universiti. Kalau senang, semua orang boleh jadi doktor, semua orang boleh jadi engineer. Hakikatnya memang belajar ni susah, tapi akan jadi mudah kalau kita buat dengan cara yang betul. Tak kisah lah berapa pun pointer, janji semua lulus. Iya ke? Persepsi masyarakat kan, bukan. Persepsi semua orang bergantung pada keputusan. Hari result je semua sibuk nak tahu keputusan orang lain. Kalau orang tu dapat elok, takpelah jugak nak share share ni. Naknye kalau dapat kurang dari orang lain, gigit jari la bang.

Senyum.
Semua orang yang belajar, semua nak lulus dengan cemerlang. Ada ke pergi belajar tapi nak gagal? Ala, bila nak dapat result semua cakap 'result reflects efforts'. Pon boleh. Kadang-kadang ada jugak orang yang usaha lebih dari orang lain tapi dapat kurang dari orang. Itu namanya Allah nak uji. Ikhlas ke nak menuntut ilmu? Ke sebab nak dapat pointer tinggi? Nak dapat banyak A? Nak orang puji? Fikir balik.

Mungkin kalau dapat elok sangat kita riak. Takabbur. Nanti rasa bangga diri pulak. Sem depan tak mau berusaha lepas tu gelong pulak kan. Tapi kalau boleh bawak diri bagus la. Boleh bantu orang lain, dapat motivasi untuk usaha lebih sem sem akan datang, takut takut malu pulak sem pertama je dapat dekan. Manusia, lain orang lain cara lain hati lain fikiran kan. Kita semua tak tahu apa orang fikir, tapi apa yang orang fikir kadang kita pun fikir benda yang sama. Betul ke idok?

Sentap.
Siapa tak sedih kalau dapat result teruk. Kawan-kawan tengah seronok meloncat-loncat kita duk sedih kurung diri dalam bilik. Pilu. Tapi kena ingat la, tuhan bagi macam ni ada sebab. Nak kita usaha lebih di masa akan datang. Jangan berputus asa, perjungan belum selesai. Usaha dan terus usaha. Kalau tak dapat sekarang dapat nanti. Kalau tak dapat nanti, ketahuilah bahawa Allah maha maha mengetahui, Dia yang lagi bijaksana. Dia adalah sebaik-baik perancang. Jangan sedih sangat, mungkin rezeki kat tempat lain.



Pandang kejauhan.
Apa-apa pun tahniah untuk diri sendiri. Lain masa cuba lagi. Baru permulaan kan. Baru nak merangkak. Esok-esok berjalan. Tulat tunggin berlari la. Jangan mengeluh, bersyukur seadanya. Yang penting, jangan mengalah sebelum kalah! ;)

20 February 2012

Jangan berputus asa sebelum bermula,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 03:35 0 comments
Saya minta maaf awak, saya cuma mahu jadi muslimah yang lebih baik dan anak yang solehah. Dalam menuju itu, saya perlukan awak untuk membantu saya. Tak banyak yang saya pinta, cuma jangan berputus asa sebelum bermula. InsyaAllah, kalau kita berusaha tuhan pasti tidak akan menghampakan kita. Gigih sikit sahaja awak, lepas itu kita berserah. Allah tak akan mengubah nasib sesuatu umat melainkan mereka mengubahnya sendiri. Tetapkan pendirian, kuatkan hati. Fikirkan yang terbaik untuk kita, untuk semua. 

11 December 2011

I'm not weird, I'm just different.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:48 3 comments
Assalamualaikum friends. :)

How are you everyone? Hope everything went excellent. Please take a look again on my tittle. Read again for the third time. Okay thank you very much for your attention, my fellow friends. I appreciate it much.

Second, read this quote again and again. Am I annoying? That annoying I mean seriously annoying huh? Okay I'll stop.

Enough is enough. Yes I'm tired to live as I am now. I don't wish to, but I have too. It is not easy to be others and live well, very well.  Have you noticed what are weird about me? Okay I am weirdo ; totally freak. They said, "Tak pernah lagi kot jumpa orang macam ni, first time." Am I that loser? Yes of course I was touching. Then suddenly I would remember what my daddy said, "Adik bukan pelik, adik cuma istimewa." Thank you abah.

Quote accepted. Am I right? If you feel the pain, even they were sorry toward us they'll never know how it was actually. Its a fact that no one can deny. Crying sometimes helpless when we can't afford the burden. Somehow we just can let the time judge our life.

I am sorry for being too weird. I am always fall sick ; sometimes twice a week. I have to eat on time. I'm choosy at food. I'm too neat doing my work. I have so may allergies toward many things. I went hard to sleep. I am easy to wake up. I got problem with my bones. I can't run, I can't use stairs for three levels in a second. I have a cartoon voice. I love to talk. I am annoying. Okay, full stop.

I am partially agreed with this statement. That is just what words can say. Deep inside, we need people ; we need friends. We can't live by our own in our world. We definitely can't stay away from those people, but we can avoid being dumped. We cannot be like others or split personality or two-faced evil to get attention ; but we can try our best. :)

Can you accept me as who I am? A few of them asked me how he can stand with me, with my behavior? The answer is very simple. People are not perfect, so do I. Even if she is weird, she has her strength and power. She just can't express.   

Have you found this quote? If not, read it twice. Not all people can understand the way I am. Some people hate me while others love me. But I love the way I don't pretend to be someone I'm not just to impress anyone. My tears drop suddenly after I wrote this quote. I am very pity to myself. I am just being me. And I know many of you love me and can take me as who I am.

I am Hana Qasrina, and I love being her. It is not I want to change myself. I just want to move on in a different way. They love me, they talk to me, they wish me and they noticed me. They know that Hana Qasrina is exist. I am not Hanim anymore. And I even wish I don't know her. Until there is enough tears I couldn't stop.

I am lying if I am not miserable. Those harsh words that come from their mouth are killing me, stopping my heartbeat. It was very pain. Too much ache. I know people don't know me, so I have to let go of the hate and forget the pain. I have no choice after all. If you read this till the end of this entry, I am glad to have you. I do.


Pray hard to live, stay strong to our life. Live your life happily. "Lagi banyak ujian yang Allah bagi, menandakan lagi Dia sayangkan hamba-Nya ; dan bertambah lah kasih sayang Dia terhadap kita." Wish all the best and remember, I'm not weird I'm just different.

Ain, Tirah and Me
Just a million thanks to my friends, who will be with me in tears and happiness. Not to forget, my dearest Syaiful Faris ; Thank you for standing by my side for years ago. Last but not least, you ; the reader.

Love,
♥ Hana Qasrina 


25 November 2011

My Friend My Enemy,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:54 0 comments
Assalamualaikum and hello people!
No more short post today, haha. There is a topic that I wish to write about today and I hope my friends will see it. Jyeah, as always. I just can wish and wish. Only true friends will read my post. Not because they want to know what it is about but because they care. Love, ♥

Hm. Why I want to write this entry? Oh. last night I went to "Peers Clinic". It was like a lecture or talk on every Thursday night at my Faculty. Activity coupon and foods provided. Who attends the talk, will get marks for KI (Kemahiran Insaniah ; UiTM co-curriculum). The main reason I went to the talk just because I remember what my dad said, "Cari lah ilmu di tempat lain jugak, bukan dalam kelas saja. Pengisian diri tu penting untuk membina benteng diri". And I enjoyed the talk.

The topic is very interesting. "Kawanku Musuhku". As usual, they didn't talk much about the related ideas. But I was thinking myself. Do my friends hate me? Do people get annoying with me? What do people talk about me? Am I that suck? Omg. I can't be perfect so do everyone. At this moment, I really DO NOT HATE ANYONE. And I repeat, anyone. If you don't want people to hate you, so you can't hate others. It's a cycle. :)

You can't ever blame people if they hate you or even do not like you or else, whatever! It must be your fault at instant, but you can blame people that make other people hate you too. #What a quote? Huh. Enough with hate word. Do you have any? Enemy? Pleaseee. I don't want to have it. >.<

Yes, the the quote wholly perfect ! Assume it is not your fault. It is their fault. Somehow, people got jealous with you. Want to be like you. Likes you? They be your friends just want to take advantages of you. Want be with you. Or, have too. 

I'm glad here, when friends shout my name even from far away or from upstairs or downstairs or in the middle of the traffic or wherever. Yes I appreciate it much much ! So thankful to be Hana Qasrina, like seriously. I can't talk the sensitive issue, cause there are somewhere or stalker out there that "hate" you and want to destroy you even you just type an entry about "friends". Urgh, what's a life! 

How wonderful your life when all your friends love you like you do. Err, you do? Okey like I do. It is hard to make people love you back. It is either you look fabulous or you have to be hypocrite. Really? The easiest way is be yourself. Up to them whether they want to be with you or not. If nobody wants to, then you mess up with yourselves. -.-

In fact, people the most closed with you always be your enemy and become back stabber. Because they have solid secrets about you ; about your good and bad behavior. Friends always be friends. In case you never been stabbed, you are somehow a loser. Haha. It is life to have both good and bad friends. Could you choose your friends? Then you are a totally offensive person. T-T

Alhamdulillah, everywhere I went to, there would be a best friend that could help me. It is either male or female I am very grateful to meet them. Lotsa love people. I will improve myself, not to be hypocrite. :)


#Friend stab you in front of you? 




01 October 2011

A Degree Student !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 11:06 4 comments

Assalamualaikum and hello big people!
Have a very nice weekend jyeah everyone. ♥

Soooo long no update from me and idk why. -_-" As usual, some of you and you asked me for updates. Because we are separated by distance. And yes, I miss you too mate! ;)

Okey sudah lah berbahasa orang putih sebabnya saya ne tak putih pun. Jadi mari kita berbahsa melayu campuran ye. ^_^

Back to the topic, most of the people know i got an offer from USIM with "Kaunseling" program. And yes, i went there BUT only for a few days. Dah berorentasi kat sana and suddenly i got an offer from UiTM with engineering program.

First, nak story pasal USIM. Ramai orang tak tahu what is USIM and where it is. Universiti Sains Islam Malaysia. Located at Nilai. A new university with a poor facilities. Bukan niat nak memburukkan nama USIM, but its a fact. Better for me to stop talking about USIM cause it will make me frustrated. AHAHA lol -_-''

Then ramai pulak yang tertanya how i got the offer from UiTM. The answer is i meet the Dekan of the faculty. At first mmg ada ramai orang dalam, but since the UiTM policy dah berubah, non of my "orang dalam" can help. So, i just try my luck to write a letter and alhamdulillah i am here today.

What a boring story hana? T-T Sorry tak ada idea nak menulis. Plus no picture. The most important for a student is to have a FRIEND. Jyeah, almost semua kawan kat sini baik-baik belaka. Roomates yang bagus, and paling suka is bestfriend yang baik. ♥ Later updates about them okey! ;)

So, goodbye people. 
Hana Qasrina Hanim :)

19 August 2011

Aku Ingin Berubah,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:13 1 comments
Assalamualaikum and Hello !

Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Kalian bagaimana ya? Semoga hidup kita tidak disia-siakan begitu sahaja. Seperti pepatah arab : Masa umpama pedang, Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. InsyaAllah

Hari ini saya nak kongsikan satu pengalaman hidup saya. Suatu ketika dahulu saya pernah disekolahkan disebuah sekolah agama dimana sekolah tersebut tersangat popular dengan akhlak terpuji dan ilmu agama yang tinggi para pelajarnya. Alangkah bagusnya jika ketika itu saya sedar betapa indahnya Islam. Alangkah gembiranya jika ketika itu saya sedar betapa agungnya cinta Allah kepada hamba-hambanya. Tapi malangnya, saya tidak mengambil endah akan semua itu. Saya juga gadis biasa yang naif dengan kehidupan remaja.

Selama saya tahu hakikat agama Islam, sudah banyak kali saya ingin berubah kepada jalan kebaikan. Tetapi putus di tengah jalan. Kenapa? Kerana ilmu yang cetek. Kerana tidak mencari pembimbing yang sebenarnya. Saya masih terikut dengan perubahan zaman, pengaruh rakan dan ajakan syaitan. Saya yang lemah. Nauzubillah, minta dijuahkan. Susahnye nak berubah. :(

Pernah juga satu masa saya seakan tekad dengan sekuat hati, sepenuh jiwa untuk kembali ke jalan-Nya. Sehinggakan saya meminta mama belikan beberapa helai tudung labuh untuk dipakai kekita satu program yang saya sertai setiap hujung tahun. Alhamdulillah indahnya bersama orang-orang yang alim. Kata mereka, "Hanim, ukhti istiqamah lah berjubah. Sangat cantik ukhti begini." Allahuakbar, teringat lagi kata-kata itu dari naqibah tersebut. Ya, saya memang gemar berjubah. Tapi untuk istiqamah tu saya belum bersedia. Kelak mungkin, insyaAllah.

Namun perjalanan tetap berhenti di situ sahaja. Tiada yang kekal. Saya kembali kepada kehidupan asal. Sehingga tiba suatu masa Allah mahu saya mencuba lagi. Dan saya terus mencuba dan mencuba. Saban hari menangis dengan dosa sendiri, tetapi transformasi tetap menjadi basi. Betapa sayangnya Allah pada kita, sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita bertaubat kepadanya, kita pula selalu leka dengan keasyikan dunia. T-T

Niat di hati nak berubah tika umurku 21. Bila dicanang, kata mereka, "Pastikah awak akan hidup esok? Apatah lagi sehingga umurmu 21?" Astaghfirullahalazim. Benar katanya, ya esok itu pasti tapi kita belum tentu lagi. Mungkin hari ini, mungkin sebentar lagi. Ajal maut di tangan tuhan, siapa lah kita nak menentu akhir usia. Sering kali manusia mengatakan belum tiba masanya untuk berubah, umur masih muda, tak sampai seru dan sebagainya. Ketahuilah semua itu alasan yang sudah lapuk dek zaman jahiliah lagi.

Ulasan ini bukan untuk riak, bukan untuk bangga. Tetapi untuk berkongsi sesama saudara. Sesungguhnya saya sedang berubah cara, harap kalian begitu juga. Walau sedikit sekurang-kurangnya kita tidak lagi dihimpit. Doakan saya untuk menempuh onak ranjau dan duri serta liku-liku yang bakal dilalui. Saya bukan sempurna, sama seperti gadis lain juga. InsyaAllah.



Renung-renungkan. Sesungguhnya Islam itu indah. ♥


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA,
Qasrina.

16 August 2011

Semoga Terbuka Hatinya,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:33 0 comments
Assalamualaikum and Hello !

Apa khabar iman kita hari ini? Apa khabar jasad kita hari ini?
Tepuk dada tanya akal.

So long since my last update. Terima kasih kepada yang sentiasa menziarah blog usang ni. Syukran kerana selalu support penulisan saya yang biasa-biasa ni. InsyaAllah, jika masih dikurniakan idea dan kudrat yang sihat saya akan terus menabur sumbangan buat santapan minda kalian.

Post saya kali ini mungkin sedikit berlainan dari yang sebelum ne. Tapi ada diantara kalian yang sejak awalnya follow blog saya, tahu apa yang sering saya sampaikan. Iaitu kisah hidup saya. Detik-detik sukar yang sering saya lalui, saat-saat gembira yang berdetik tika mata saya berkelip.

Alhamdulillah. Kita masih hidup hari ini. Ketahuilah, kita masih dihidupkan oleh Allah kerana Dia sedang memberi kita peluang untuk bertaubat dan berubah. Sesungguhnya Dia lah Maha Mengatahui lagi Maha Penyayang. Syukurlah pabila Allah mengekalkan hidayah-Nya kepada kita. Kerana hidayah itu hanya diberikan kepada manusia yang terpilih. Syukur.

Di bulan indah ne sama-sama lah kita melakukan transformasi dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan sentiasa mendapat redha-Nya. Bicara saya ne jangan pula disalah tafsir. Saya bukanlah gadis yang sangat baik, masih melakukan kesalahan. Tapi Alhamdulillah, Allah sedang menurunkan pertolongan kepada hambanya yang naif ini.

Kadang-kala kita bertekad untuk berubah, pasti akan muncul pelbagai dugaan dan halangan. Dan itulah ujian dari Dia. Sejauh mana kesediaan kita untuk mendapat rahmat-Nya. Banyak sangat gangguan di fikiran. Godaan syaitan lebih kuat menguasai akal, kerana dunia tak akan pernah cukup!

InsyaAllah, saya telah buka hati saya untuk Dia yang kekal. Untuk menuju redha-Nya. Dengan ini saya harap si dia juga terbuka hatinya. Amin.♥

Hamba Allah yang daif ilmunya,
Qasrina.

16 July 2011

A Night Being A Lovely Mom ♥

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 08:52 0 comments
Assalamualaikum and hello !

Semalam ramai dari kalangan yang lahir tahun 1992 dapat tahu result upu. And yes, termasuk saya. Tapi tak perlu kot nak cerita panjang lebar kat sini. Suratan takdir dah mengatakan itu yang terbaik, jadi terima lah dengan hati yang terbuka. :)


Ramai yang curious pasal result saya ne. Saya tak pernah bagi tahu sesiapa pun pasal kursus ni. Ya, saya ada apply for USIM. Dan ini yang mama saya mahukan. Doa ibu lebih kuat dari kelayakan atau apa-apa sahaja. Jadi, saya terima dengan hati yang rela. Semoga saya dapat melalui perjalanan baru ini dengan baik. InsyaAllah. ♥

Tapi this is not the main story okey. Hehe Ape yang saya nak cerita ne adalah pengalaman pertama menjadi seorang mama, like seriously. I mean SERIOUSLY !

Okey, petang semalam saya kena jadi driver for mom pergi UUM kat Sintok. Kena dengar cakap mak okey, anak mithali ne. Oleh kerana saya pun dah ada baby now, so I have to bring him along. Ni dah start jadi mak tau. Sebab kena prepare makanan and minuman dia, tempat tido dia, toys and kain lampin. -__-"

I put him dalam bonding pouch Domo yang baru tu. Yeay first time pergi jalan dengan pouch baru. Suka la dia tu. Tido je sepanjang jalan. Dah sampai, pandai pulak bangun. Kesian dia tak makan tak minum, saya pun bagi la dia minum guna botol dia tu. And kawan mama said, " Eh bagusnye, boleh practice dah dari sekarang. Macam jaga bayi." Err okey fine.

* first time makan tomato *

Malam pulak bila dia dah bangun, I took Tupperware yang ada buah tu nak bagi dia makan. Mak cik kakak pak cik abang semua tengok saya bagi si comel ni makan. Teruja sebab dorang tak pernah tengok. Okey, saya suka kongsi si comel dengan orang. But si comel tak suka orang ramai tengok dia, dia takut lalu mengangis aka "barking". Lepas tu saya pun tepuk-tepuk dia sikit and diam. YES MACAM BAYI !


*  TOMATO TOMATO TOMATO *

Malam pulak dia jadi notty boy. Tak kesian kat mummy dia nie. Lepas bagi dia main-main makan semua saya pun nak tido. Around 3 pagi, letak dia dalam bonding pouch Domo sebab takut xselamat letak dalam bakul tu. Tiba-tiba zip Domo  buat hal. T__T. Saya pun letak la pin tiga ketui kat zip tu hope dia tak cuba escape. :( Pukul 3.30 pagi dia NANGIS SEKUAT-KUATNYA. >.< Know what? I have to open the lamp, lepas tu letak pouch kat atas badan saya then baru dia diam. GRRR What a baby ni?

*  first time sleep with mummy *

Tak pasal-pasal pukul empat pagi ++ terasa lembut je pipi ni. Whatta hell my baby boy keluar dari pouch?! Ya Allah nakalnye dia. T-T Kalau hilang macam mana? Kalau masuk celah almari besi yang berat tu how sayangku? Tapi nasib baik si Ryan ni masih berkelakuan bagus. Tak lari kemana pun. Main-main atas katil je. Saya pun biar lah kejap. Lepas tu letak dia dalam sleeping pouch, tak sampai seminit dia tido. Masa tu dah pukul 5.15 pagi. :( Gerak dia pun dia buat dek je. Haih anak ku sorang~

* Ryan tido neynyak *

Tunggu sampai subuh, mama pun bangun. Lepas tu saya mintak mama tolong tengokkan Ryan sebab saya dah tak tahan nak gi toilet. Wohoo jaga anak sepanjang malam, believe it or not? Like seriously tak semua orang boleh buat. Tapi sebab sayang, tak tidur 24 jam pun takpe. :)

Tapi ceritanye belom habis, dia tido kejap je pastu bangun balik, melantak! Asyik makan je. Mentang-mentang lah dapat tomato. Hihi Tapi dia makan dua menu. With apple. ^_^ Ya Rabbi, saya tak jadi tido menjaga dia je. Comel sangat. Sayang baby Ryan! Tak tahu lah kalau terpaksa berpisah dengan dia, apa jadi kat say ne. :(

* makan makan makan *

Lepas makan epal, dia tido kejap. Pastu bangun makan tomato lagi. -_-" Now, 08:40 dia dah masuk tido tanpa di suruh. Grr Saya nak tido gak please! >.<

23 April 2011

Hati dan Naluri

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:35 0 comments
Itu lah manusia kan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Tapi bila dah dapat, buat sampai jadi tak ketahuan.
Mentang-mentang dia lelaki, kita perempuan.
Sesuka hati ja nak buat simpanan.

Kadang-kadang bila dah dapat, sukar untuk dilepaskan.
Sedangkan yang terbaik menanti dihadapan.
Mencari-cari erti kehidupan, yang tenang dan aman.

Berfikir yang terbaik apa yang perlu diteruskan.
Kerana semuanya bakal menjadi warisan.
Sebab yang sempurnya menjadi setiap idaman.
Cukup dan hentikan semua tangisan.

Inginkan suasana yang penuh dengan senyuman.
Tawa riang yang meringankan beban.
Membuang ke lautan segala kesedihan.
Menjadikan kegembiraan sebagai permulaan.

Dunia tak akan lenyap jika ditakhluki. Air mata tak akan habis jika ditangisi. Hati tak akan sembuh walau sudah diubati. Senyuman tak akan terukir setelah dicurangi. Masa tak akan berhenti walau kita sudah mati.

Apa yang kita cari tak akan terhenti walau nyawa terpaksa bersilih ganti. Itu lah fakta yang belum kita terokai. Berjanji bukan untuk ditepati, tetapi untuk dikhianati. Segala pilihan berdasarkan hati dan naluri.

18 April 2011

LUTSINAR

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:33 0 comments

Pernah tak rasa macam mana menjadi lutsinar?
Keadaan di mana kehadiran kita tidak disedari oleh semua orang.
Tidak terkecuali seorang pun. Tiada walau satu mata memandang kearah kita.

Bagaimana rasanya bila terpaksa hidup sengsara.
Jika ditanya pasti akan ditertawa.
Oh peritnya!

10 April 2011

Gembira Tak Semestinya Bahagia

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:39 0 comments
Gembira dan bahagia adalah dua perkara yang berbeza. Gembira mampu membuat kita tertawa tetapi bahagia menyebabkan kita senyum sampai ke telinga. Gembira bertahan buat seketika tetapi bahagia untuk selamanya. Gembira untuk diraikan bersama-sama tetapi bahagia untuk diri sendiri cukup bermakna.

Tadi ada seorang sahabat mengirimkan sms kepada saya bertanyakan tentang sesuatu yang menarik perhatian saya untuk bercerita. Dia juga merupakan sumber inspirasi saya sejak dari dahulu kala. Membantu saya untuk hidup gembira. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk hidup bersama.

Sahabat : Adakah anda gembira dengan hidup anda?

Saya : Kenapa bertanya?

Sahabat : Saja. Jawab lah.

Saya : Kalau saya jawab tidak?

Sahabat : Jangan ada kalau, jawab terus saja.

Saya : Saya tak gembira tapi saya bahagia.

Sahabat : Tahniah kerana anda bahagia dengan hidup anda. :)

Saya : Tapi saya tak gembira.

Sahabat : Teruskan usaha untuk menggembirakan hidup anda. :)

Saya : Bagaimana caranya?

Sahabat : Awak nak gembira yang macam mana?

Saya : Yang tak perlu menitiskan air mata.

Sahabat : Cari punca mengapa menitiskan air mata, selepas itu selesaikannya.

Saya : Dah banyak cara dilakukan, tapi tidak berkesan.

Sahabat : Cara menyelesaikkannya itu tidak betul, sebab tu tidak berkesan.

Saya : Susah untuk dijelaskan.

Sahabat : Tidak perlu untuk dijelaskan. :)

Perbualan kami terhenti disitu sahaja. Namun membuat saya terkesima. Ya, gembira dan bahagia jauh bezanya walaupun sesetengah mengatakan ia perasaan yang sama. Itulah yang dinamakan hidup ibarat roda. Kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah juga. Tak semua yang kita impikan muncul di depan mata. Usaha tawakkal dan doa itu lah senjata kita sebagai manusia biasa.

Tetapi gembira dan bahagia tidak semestinya datang bersama. Mungkin juga bertandang bahagia itu dengan air mata. Dan gembira itu setelah selesai bersengketa. Kita sebagai hamba-Nya tidak boleh sama sekali untuk berputus asa terhadap ujian-Nya.

Jika dikata kita tidak gembira, banyak lagi manusia yang sedang merana di luar sana. Jika disebut kita tidak bahagia, ramai lagi yang hidupnya porak-peranda. Bersyukur lah dengan apa yang ada, kerana ini rezeki dan nikmat untuk kita. Bila-bila masa sahaja segalanya ditarik begitu sahaja.

Bergembiralah kita bersama keluarga dan dengan yang tercinta. Peluang yang ada sekali cuma. Mungkin esok sudah tiada, siapa dapat menyangka. Berbahagialah dalam riwayat kita, kerana kita tidak selamanya muda. Tua sedang menanti di hujung sana, yang belum tentu sampai ke syurga.

Di sini ada beberapa tips untuk hidup lebih bahagia. Jika tidak ada gunanya, jadikanlah buat santapan minda. Mungkin berguna dikala anda memerlukannya. ^_^

1. Jangan Takut dan Khawatir
    Perasaan takut dan khawatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Mahukah kita membawanya sepanjang hidup? Jangan sia-siakan kuasa kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energy kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan fikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus kerana itu akan membuat kita semakin tertekan.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
    Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak dan tidak berkualiti.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
    Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil posisi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut, itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri, kita hanya membantu di belakang tabir.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
    Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan kita terlena didalamnya. Tumpukanlah dengan apa yang terjadi saat ini, kerana kita akan merasai banyak kebahagiaan lagi. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih bahagia jika kita merayakan apa yang terjadi waktu ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
    Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengar masalah kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengar orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan  Mengganggu Hidup
    Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksudnya kita janganlah menyerah pada tekanan. Maju kehadapan. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
    Bersyukur dan berterima kasih lah atas semua yang kita dapat, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, kerana dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang boleh kita ambil ikhtibar.


 Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

09 April 2011

Sendirian Mencapai Kejayaan !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:26 0 comments
Hey Guys!
Bersyukur kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Ada orang cakap, nak berjaya tak boleh sorang-sorang. Betul ke? Satu hari saya ada dengar satu stesen radio ni masa dalam perjalan balik ke kampung. Masa tu segmen apa entah, sedang bersoal jawab antara pemanggil dan penceramah.

Pemanggil : Assalamualaikum Dr. Saya Minah binti Ahmad (bukan nama sebenar) mempunyai seorang anak perempuan yang sumbing. Dia sekarang di sekolah dalam Tahun Enam. Dia selalu balik mengadu kepada saya yang rakan-rakan sekelas tidak mahu berkawan dengannya. Dan setiap kali ada kerja berkumpulan, tidak ada seorang pun yang ingin mengajaknya menjadi ahli. Sekarang minat belajarnya dah berkurang. Jadi bagaimana perlu saya lakukan untuk menaikkan semula semangat anak saya ni, Dr.?

Okey, itu je yang saya ingat. Apa yang Dr. tu terang saya tak terlulis balik sebab panjang sangat. Tapi point beliau lebih kurang macam ini lah.

1. Beritahu anak tersebut, bahawasanya jika kawan tidak sukakan kita, kita perlu ingat yang kita mempunyai Tuhan yang Maha Esa yang sentiasa menyayangi kita. Kita juga tidak boleh melupakan-Nya.

2. Ibu bapa harus sentiasa menyokong anak-anak dalam apa jua bidang yang diminatinya. Sentiasa memberi semangat dan ucapkan kata-kata sayang kepada anak. Beritahu mereka yang walaupun mereka mempunyai kekurangan, pasti ada kelebihan lain yang orang lain tak nampak.

3. Memberitahu kepada gurunya supaya tidak membelakangkannya walau dalam apa jua aktiviti. Kerana anak-anak ini masih kecil dan tidak bagus untuk merasakan dirinya dipersiakan.

4. Menghantar anak itu ke pusat tuisyen supaya dia dapat belajar dengan lebih kondusif lagi berinovatif. Kerana mungkin tumpuannya di sekolah tertanggu akibat perselisihan dengan rakan-rakannya.

5. Sentiasa membantu anak mengulang kaji dan mendorong dia untuk berjaya. Jangan terlepas dari berkomunikasi yang efektif bersama mereka.

Itu point ada yang saya tambah sendiri sebab tak ingat dah apa yang dipesan oleh Dr. tu. Kat sini ada jugak satu cerita di mana keadaan yang sama berlaku pada seorang budak perempuan. Sewaktu di bangku sekolah lagi beliau sering kali dihina dan dikutuk oleh kawan-kawan kerana paras rupanya. Semangat beliau kian hari semakin menurun. Beliau tidak ada keyakinan diri untuk bertemu rakan-rakan di sekolah.


Oleh kerana beliau sering diejek oleh rakan-rakan, beliau sering kali duduk bersendirian. Beliau tidak lagi mahu dibuli oleh mereka. Semasa bersendirian itu lah beliau cuba untuk memotivasikan diri. Memikirkan kekurangan diri dan bertekad untuk melawan rakan-rakannya. Tetapi pandangan dan matlamat beliau jauh sekali berbeza dari pemikiran orang lain. Cara berjuang yang tidak disangka rakan-rakannya.


Sungguhpun beliau tidak dapat bersama dengan rakan-rakan, beliau berusaha sendirian, sehingga berjaya. Dan sejak itulah rakan-rakan yang dahulunya menyindir beliau, kini memandang tinggi terhadap beliau. Setelah berfikir panjang, beliau bertekad untuk meninggalkan mereka semua, dan cuba untuk mencipta lebih lagi kejayaan.


Malangnya nasib tetap tidak menyebelahi beliau. Sejarah berulang kembali. Di tempat baru beliau juga dihina, difitnah dan dicaci setelah beliau cuba untuk membina hidup baru disitu. Semua teman yang sentiasa berada di sampingnya kini memaling muka terhadapnya. Khabar angin yang disebarkan telah merobek maruahnya. Betapa kasihan si anak kecil itu.


Namun semangat juang seorang budak perempuan ini tidak berhenti di situ sahaja. Di bertekad untuk membuktikan kepada mereka semua sahabat tidak semestinya membantu untuk berjaya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali maruah yang tercela. Sehingga lah suatu hari, dia dinobatkan sebagai orang yang berjaya.


Biasa lah adat manusia, berpura-pura lupa tentang sengketa. Kini mereka semua memohon kepadanya, perturunkan ilmu di dada. Itu lah pengajarannya. Sesungguhnya ilmu itu lah yang membantu untuk orang menghormati kita. Bukan paras rupa atau pun harta semata-mata. Di antara mereka hanya beliau yang berjaya menuju ke angkasa.


Ini lah antara yang dapat kita tengok. Walaupun ditinggalkan berseorangan, kita juga mampu untuk berjaya. Jangan pandang siapa kita sebelmnya, tetapi siapa kita selepas ini. Jangan bicara soal kejayaan, jika tidak mahu melakukan pengorbanan. Tidak ada orang yang terus senang, tanpa melalui kesusahan. :)

Tujuh Perkara Ganjil

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 16:12 0 comments

Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya.



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Pemuda : Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.

Pemuda : Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?

Ahli ibadah : Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.


Pemuda : Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?

Ahli ibadah : Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.


Pemuda : Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.

Ahli ibadah : Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda.


Pemuda : Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?

Ahli ibadah : Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.


Pemuda : Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya.

Ahli ibadah : Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda.

Pemuda : Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.

Ahli ibadah : Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya.

Pemuda : Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?


Ahli ibadah : Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.


08 April 2011

Wujudkah Peluang Ketiga?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:14 0 comments


Dikhianati, dilaknati, dipersiakan atau apa-apa lagi yang membuatkan peluang kedua adalah sesuatu yang mustahil walaupun ada sesetengah orang mampu memberikan sehingga peluang ke lima puluh dua.

Cinta. Again. Kasih sayang sesama manusia. Itu semua khayalan belaka yang tidak memberi apa-apa makna sehingga lah muncul seseorang yang memberikan erti peribadi kepada kita. Setiap orang merasakan perasaan yang berbeza walaupun mengakui dilamun rasa bahagia cinta. Ya, bahagia itu tidak boleh disukat, ditimbang apatah lagi dicipta.



Kadang-kadang seringan atau seberat mana pun sesuatu kesalahan, seseorang tu harus diberikan peluang kedua agar dia dapat memperbaiki kesilapan kali pertama yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja ataupun mempunyai unsur luar dan diri sendiri yang belum matang dalam membuat keputusan. Tidak semestinya kita terus menghukum mereka dengan hukuman yang menyakitkan. Mungkin wajar jika kita memberikan peluang seterusnya supaya hubungan yang retak itu diberi nyawa.

Bagaimana jika kesalahan yang sama terus berulang? Adakah wujud peluang ketiga dan seterusnya? Peluang entah kali ke berapa juga boleh diberikan kerana kita lebih mengenali situasi yang dihadapi dalam hidup sendiri. Seringkali kita terdampar sendiri memikirkan haluan selepas ini. Keputusan kita terbatas dengan ego yang tinggi.

Kesilapan dalam perhubungan kadang-kala berlaku akibat perselisihan atau ketidak-seimbangan perasaan. Ia sesuatu yang kita sendiri tidak dapat menghalang dari berlakunya. Tidak kira jika ia adalah cinta atau sekadar sebuah persahabatan, tak mungkin semuanya berlaku seperti yang diharapkan.

Hope is the most exciting thing in life and if you honestly believe that love is out there, it will come. And even if it doesn't come straight away there is still that chance all through your life that it will.

Doa dan usaha supaya segala kembali pilih seperti biasa. Jika setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi. Mungkin dengan sedikit komunikasi, sesuatu hubungan dapat dijernihkan lagi. Diskusi bersama juga merupakan satu jalan untuk mendapatkan solusi.







 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez