Mengapa berputus asa sebelum bermula? Kenapa mengalah sebelum kalah? Banyak lagi ruang dan peluang yang terpampang. Jangan tutup pintu hati kita untuk masa depan yang lebih cerah. tak di dunia, di akhirah. Adat lah belajar kan, mana ada yang senang. Kalau senang, semua orang boleh masuk universiti. Kalau senang, semua orang boleh jadi doktor, semua orang boleh jadi engineer. Hakikatnya memang belajar ni susah, tapi akan jadi mudah kalau kita buat dengan cara yang betul. Tak kisah lah berapa pun pointer, janji semua lulus. Iya ke? Persepsi masyarakat kan, bukan. Persepsi semua orang bergantung pada keputusan. Hari result je semua sibuk nak tahu keputusan orang lain. Kalau orang tu dapat elok, takpelah jugak nak share share ni. Naknye kalau dapat kurang dari orang lain, gigit jari la bang.
Senyum.
Semua orang yang belajar, semua nak lulus dengan cemerlang. Ada ke pergi belajar tapi nak gagal? Ala, bila nak dapat result semua cakap 'result reflects efforts'. Pon boleh. Kadang-kadang ada jugak orang yang usaha lebih dari orang lain tapi dapat kurang dari orang. Itu namanya Allah nak uji. Ikhlas ke nak menuntut ilmu? Ke sebab nak dapat pointer tinggi? Nak dapat banyak A? Nak orang puji? Fikir balik.
Mungkin kalau dapat elok sangat kita riak. Takabbur. Nanti rasa bangga diri pulak. Sem depan tak mau berusaha lepas tu gelong pulak kan. Tapi kalau boleh bawak diri bagus la. Boleh bantu orang lain, dapat motivasi untuk usaha lebih sem sem akan datang, takut takut malu pulak sem pertama je dapat dekan. Manusia, lain orang lain cara lain hati lain fikiran kan. Kita semua tak tahu apa orang fikir, tapi apa yang orang fikir kadang kita pun fikir benda yang sama. Betul ke idok?
Sentap.
Siapa tak sedih kalau dapat result teruk. Kawan-kawan tengah seronok meloncat-loncat kita duk sedih kurung diri dalam bilik. Pilu. Tapi kena ingat la, tuhan bagi macam ni ada sebab. Nak kita usaha lebih di masa akan datang. Jangan berputus asa, perjungan belum selesai. Usaha dan terus usaha. Kalau tak dapat sekarang dapat nanti. Kalau tak dapat nanti, ketahuilah bahawa Allah maha maha mengetahui, Dia yang lagi bijaksana. Dia adalah sebaik-baik perancang. Jangan sedih sangat, mungkin rezeki kat tempat lain.
Pandang kejauhan.
Apa-apa pun tahniah untuk diri sendiri. Lain masa cuba lagi. Baru permulaan kan. Baru nak merangkak. Esok-esok berjalan. Tulat tunggin berlari la. Jangan mengeluh, bersyukur seadanya. Yang penting, jangan mengalah sebelum kalah! ;)
0 comments:
Post a Comment