01 December 2022

Hari Pertama Menganggur

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:42

 1 Disember 2022

Semalam merupakan hari terakhir bersama kerjaya yang telah dibina sejak hampir 6 tahun.

26 Disember 2017 adalah titik permulaan bersama Mary Kay. Kerjaya yang paling disayangi, kerjaya yang telah banyak mengubah hidup, kerjaya yang memberikan nafas kepada keluarga.

Tapi sayang, kerjaya itu bukan milik kita selamanya. Ia tidak kekal.

Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang sebati bersama sejak 6 tahun setelah mengharungi pelbagai onak dan duri, jatuh tergolek, luka berdarah, namun bangkit seperti tiada apa yang berlaku. Setiap hari berjalan terus, tanpa toleh ke belakang lagi, tanpa sedar ia sedang membunuh diri.

Jiwa tak boleh dipaksa. Sabar juga ada hadnya. Terima dengan hati yang terbuka, dan melepaskannya dengan rela.


Terima kasih untuk segala kenangan, pengalaman dan kejayaan ini. 


Akanku terbang lebih tinggi....


0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez