09 April 2011

Sendirian Mencapai Kejayaan !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:26
Reactions: 
Hey Guys!
Bersyukur kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Ada orang cakap, nak berjaya tak boleh sorang-sorang. Betul ke? Satu hari saya ada dengar satu stesen radio ni masa dalam perjalan balik ke kampung. Masa tu segmen apa entah, sedang bersoal jawab antara pemanggil dan penceramah.

Pemanggil : Assalamualaikum Dr. Saya Minah binti Ahmad (bukan nama sebenar) mempunyai seorang anak perempuan yang sumbing. Dia sekarang di sekolah dalam Tahun Enam. Dia selalu balik mengadu kepada saya yang rakan-rakan sekelas tidak mahu berkawan dengannya. Dan setiap kali ada kerja berkumpulan, tidak ada seorang pun yang ingin mengajaknya menjadi ahli. Sekarang minat belajarnya dah berkurang. Jadi bagaimana perlu saya lakukan untuk menaikkan semula semangat anak saya ni, Dr.?

Okey, itu je yang saya ingat. Apa yang Dr. tu terang saya tak terlulis balik sebab panjang sangat. Tapi point beliau lebih kurang macam ini lah.

1. Beritahu anak tersebut, bahawasanya jika kawan tidak sukakan kita, kita perlu ingat yang kita mempunyai Tuhan yang Maha Esa yang sentiasa menyayangi kita. Kita juga tidak boleh melupakan-Nya.

2. Ibu bapa harus sentiasa menyokong anak-anak dalam apa jua bidang yang diminatinya. Sentiasa memberi semangat dan ucapkan kata-kata sayang kepada anak. Beritahu mereka yang walaupun mereka mempunyai kekurangan, pasti ada kelebihan lain yang orang lain tak nampak.

3. Memberitahu kepada gurunya supaya tidak membelakangkannya walau dalam apa jua aktiviti. Kerana anak-anak ini masih kecil dan tidak bagus untuk merasakan dirinya dipersiakan.

4. Menghantar anak itu ke pusat tuisyen supaya dia dapat belajar dengan lebih kondusif lagi berinovatif. Kerana mungkin tumpuannya di sekolah tertanggu akibat perselisihan dengan rakan-rakannya.

5. Sentiasa membantu anak mengulang kaji dan mendorong dia untuk berjaya. Jangan terlepas dari berkomunikasi yang efektif bersama mereka.

Itu point ada yang saya tambah sendiri sebab tak ingat dah apa yang dipesan oleh Dr. tu. Kat sini ada jugak satu cerita di mana keadaan yang sama berlaku pada seorang budak perempuan. Sewaktu di bangku sekolah lagi beliau sering kali dihina dan dikutuk oleh kawan-kawan kerana paras rupanya. Semangat beliau kian hari semakin menurun. Beliau tidak ada keyakinan diri untuk bertemu rakan-rakan di sekolah.


Oleh kerana beliau sering diejek oleh rakan-rakan, beliau sering kali duduk bersendirian. Beliau tidak lagi mahu dibuli oleh mereka. Semasa bersendirian itu lah beliau cuba untuk memotivasikan diri. Memikirkan kekurangan diri dan bertekad untuk melawan rakan-rakannya. Tetapi pandangan dan matlamat beliau jauh sekali berbeza dari pemikiran orang lain. Cara berjuang yang tidak disangka rakan-rakannya.


Sungguhpun beliau tidak dapat bersama dengan rakan-rakan, beliau berusaha sendirian, sehingga berjaya. Dan sejak itulah rakan-rakan yang dahulunya menyindir beliau, kini memandang tinggi terhadap beliau. Setelah berfikir panjang, beliau bertekad untuk meninggalkan mereka semua, dan cuba untuk mencipta lebih lagi kejayaan.


Malangnya nasib tetap tidak menyebelahi beliau. Sejarah berulang kembali. Di tempat baru beliau juga dihina, difitnah dan dicaci setelah beliau cuba untuk membina hidup baru disitu. Semua teman yang sentiasa berada di sampingnya kini memaling muka terhadapnya. Khabar angin yang disebarkan telah merobek maruahnya. Betapa kasihan si anak kecil itu.


Namun semangat juang seorang budak perempuan ini tidak berhenti di situ sahaja. Di bertekad untuk membuktikan kepada mereka semua sahabat tidak semestinya membantu untuk berjaya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali maruah yang tercela. Sehingga lah suatu hari, dia dinobatkan sebagai orang yang berjaya.


Biasa lah adat manusia, berpura-pura lupa tentang sengketa. Kini mereka semua memohon kepadanya, perturunkan ilmu di dada. Itu lah pengajarannya. Sesungguhnya ilmu itu lah yang membantu untuk orang menghormati kita. Bukan paras rupa atau pun harta semata-mata. Di antara mereka hanya beliau yang berjaya menuju ke angkasa.


Ini lah antara yang dapat kita tengok. Walaupun ditinggalkan berseorangan, kita juga mampu untuk berjaya. Jangan pandang siapa kita sebelmnya, tetapi siapa kita selepas ini. Jangan bicara soal kejayaan, jika tidak mahu melakukan pengorbanan. Tidak ada orang yang terus senang, tanpa melalui kesusahan. :)

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez