02 April 2011

Perlu ke curang?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:05
Reactions: 

Gambar : Lelaki curang atau perempuan yang curang?

Pernah suatu ketika dahulu ada orang tanya saya pasal curang-mencurang ni. Dengan ilmu yang cetek ni saya pun bagi la pendapat ikut akal walaupun kadang-kadang macam tak masuk akal je.

Momot : Apa pendapat awak pasal perempuan yang curang dengan lelaki lain?

Mimit : Perli saya ke apa ni?

Momot : Eh, tak la. Saja ja nak tanya.

Mimit : Okey, pendapat saya mudah ja. Pertama : saya lebih salahkan si pakwe perempuan tu sebab tak pandai jaga dia. Kalau dia bagi layanan elok, mesti perempuan tu tak cari lelaki lain kan? Perempuan ni mudah je, bagi layanan yang bagus, konfem dalam tangan. 

Momot : Kedua?

Mimit : Kedua , memang salah perempuan tu jugak, yang curang tu kenape? Tak sedar ke dah ada boyfriend? Kalau ya pun tak suka kat balak tu, putus je dulu. Jangan tikam orang dari belakang.

Momot : Ada lagi? Macam mana dengan lelaki tu.

Mimit : Tu yang ketiga. Jadi last sebab dia ada jugak hak nak berkawan dengan siapa pun. Tapi bagi saya tetap salah. Kalau nak kawan tu tak ape lah, jangan merampas. Tu awek orang, tak kan tak tahu kot. Berpada-pada lah kalau nak kawan pun. Banyak lagi perempuan lain kat luar tu, kenapa awek orang jugak jadi mangsa?

Momot : Jadi, kalau lelaki yang curang, terbalikkan fakta lah?

Mimit : Yup, benda yang sama jugak tapi terbalikkan watak. Bagi saya semua pun salah. Entah, cinta monyet tu biasa lah kan.

Momot : Oh, kalau macam tu saham saya naik lah.

Mimit : Saham?

Momot : Saham dalam koperasi, saya melabur dalam tu.

Mimit : Oh? Ok. -__-"



Yes, saya pun pernah curang jugak dulu. Sengaja nak bukak cerita balik zaman budak-budak. Memang kalau kita suka kat orang tu, kita sentiasa nak dekat dengan dia, sentiasa bersama dia. Tapi kalau dah kita je berusaha, letih jugak kan? Give and take lah babe. Nak bercinta buat cara nak bercinta. Bila dah cakap nak bersama, bagi lah kerjasama. Tak kan sebelah pihak je berusaha, kan?

Kadang-kadang curang ni bukan sebab fizikal seperti orang itu lebih kaya, atau lebih cantik atau lebih tampan etc. Tak dinafikan memang ada, tapi tu orang mereng je buat. Joke. Ia melibatkan perasaan. Nak bercinta bukan dengan fizikal ja, tapi spiritual jugak. Luar dalam. Kalau dah rasa macam bertepuk sebelah tangan, buat apa kan? Nak putus, SAYANG katanya. Tapi memerlukan kasih sayang. Orang lain boleh bagi jauh lebih bagus, jadi memilih untuk curang.

Mungkin bahagia bila ber-curang ni. Yang nak dapat, yang diimpikan pun dapat. Pernah dengar lagu Antara Dua? Lebih kurang macam tu lah kot. Kan. Tu lah cerita saya dulu. Di sini membahagiakan, di sana tersangatlah tampan. Okey, budak bengong je buat gitu. Last sekali melepas dua-dua. Terbaik.

Jadi, tak payah lah nak curang-mencurang ni. Tamak sangat eh. Setia lebih bagus. Banyak manfaatnya. Orang kata kalau kita curang, nanti pasangan kita jugak curang. Hihi :D Jangan buat dah ye. Sekarang saya ne jujur terlebih. Nak keluar dengan lelaki lain pun bagitahu boyfriend. -.- Tersangat jujur. Takpe, lebih baik jujur dari menipu, kan? Sayangilah hubungan yang telah sekian lama kita bina dengan penat lelah tu. Kalau kita sayang orang, orang tu pun akan sayang kita, hopefully. :)

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez