Cinta lagi.
Sejak dua menjak ni asyik cakap pasal cinta je. Tahu lah buah hati jauh di mata pun. Tapi masih dekat di hati. Dah tu, banyak pulak dugaan yang datang ye. Semua orang yang berhubung dengan saya nak cakap pasal cinta ja. Ingat saya ne doktor cinta ke? Pandai la sangat nak bagi pendapat ni kan.
Tiba-tiba di tengah pagi yang suram, ada pulak message masuk dalam inbox. Kawan lama mungkin. Nak bertanyakan pendapat ,
Kawan : Apa pandangan kalau nak rapat macam couple dengan seorang perempuan ni tapi tak couple?
Saya : Nampak macam couple lah. Haha
Kawan : Kalau saya rapat macam couple dengan perempuan tu tapi orang tak tahu or tak cakap couple, selalunya apa perasaan perempuan tu?
Saya : Dah sudah. Ni lah selalunya buat perempuan tersiksa. Semestinya ingat awak suka kat dia.
Kawan : Lepas tu, kalau tiba-tiba saya tak baik dengan dia, dikira playboy tak?
Saya : Er, boleh dikatakan jugak kot. Playboy suka stick dengan perempuan sekejap, lepas tu blah. -.-
Kawan : Kalau saya cakap saya dah buat macam tu dekat lima perempuan, awak terkejut tak?
Saya : Betul ke?
Kawan : Jawab la soalan tu dulu.
Saya : Oh, tak tahu lah. Dulu rasanya bukan jenis macam tu kan. Sepatutnya saya terkejut. Tapi pernah ada ja orang yang berubah selepas putus cinta.
Kawan : Saya masih macam dulu dan bukan playboy.
Wujud ke teman tapi mesra? Iaitu kawan baik atau teman baik atau bestfriend tetapi berlainan jantina. Rasional kah? Mungkin. Tetapi ceritu itu selalunya ada pengakhiran. Sama ada "ter"jatuh cinta atau frust menonggeng atau bertepuk sebelah tangan atau keluarga bahagia? Mungkin jugak.
Perempuan ke lelaki ke sama saja. Tapi kebanyakan perempuan ni mudah salah faham dengan kebaikan lelaki. Ye lah, dah baik sikit ingat lelaki tu nak memikat dia. Lepas tu mula lah nak mengharap setinggi gunung. Tup-tup akhirnya dia berpacaran dengan perempuan lain. Tak ke bengong begitu?
Bila dah sentiasa bersama tu, mula lah dua hati nak menjadi satu. Tapi kalau pandai kawal perasaan, boleh ja. Sentiasa ingat yang itu ialah kawan kita. Sini ada some rules lah untuk dijadikan panduan, bagi kita-kita ni yang ada teman tapi mesra tetapi berlainan jantina. ^^
Okey, ada yang tidak boleh diguna pakai boleh sahaja ditolak ketepi. Rasanya ada yang boleh dijadikan panduan. Idea merepek ini direka ketika bosan. Saya juga ada teman tapi mesra, tapi tak ada lah sampai menggila untuk jatuh cinta. Mungkin tidak saya, tetapi MEREKA. :)
Nota kaki : Jika sudah bersetuju untuk menjadi teman tapi mesra, jangan pula berpura-pura seperti orang yang bercinta.
1. Just for fun
Dah nama pun teman tapi mesra, jangan pulak nak amek serius dengan semua tingkah laku si dia. Kadang-kadang sifat caring si dia tu boleh membuatkan kita jatuh cinta. Tapi selagi si dia tidak melakukan langkah seterusnya, jangan meletakkan apa-apa harapan.
2. Bersiap-sedia dengan gosip
Dah standard zaman sekarang, pantang nampak rapat ja mesti nak gossip kalian itu berpacaran. Pernah je terjadi. Jangan pulak sebab gossip tu, nak rosakkan persahabatan kalian.
3. Tidak boleh cemburu
Teman tapi mesra kan? Bukannya pasangan kekasih. Si dia dan kita sendiri ada hak untuk berkawan dan keluar dengan sesiapa pun. Tidak boleh sama sekali untuk rasa cemburu kepada si dia, kerana dia bukan kekasih kita, tetapi teman setia.
4. Mencari pasangan
Walaupun sudah berteman, jangan pulak lupa untuk mencari pasangan lain. Jangan biar orang menyangka itu buah hati kita. Cukup sekadar teman tapi mesra. Kerana bukan dia yang akan menemani kita hingga ke akhirnya.
5. Happy being single
Kalau kita memutuskan untuk tidak mahu berpacaran, haruslah seronok hidup single. Sebabnya takut kita mengaharap yang amat sangat pada teman kita itu. Sebabnya dia sentiasa di sisi kita di kala susah atau senang, yang mendengar kita setiap ketika. Jangan pula terjatuh dalam jerat yang kita sendiri bina, takut merana.
6. Berhenti Berharap
Point paling penting. Jangan terlalu berharap. Ceh, padahal semua point pun cakap benda yang sama. Bukan apa, nanti kita jugak yang merana. Walau kita berusaha sekuat mana pun, kalau bukan jodoh, tak akan dapat. Macam tu jugak sebaliknya, kalau jodoh tak perlu dikejar, ia datang sendiri. Tetapi perlu mencari. ♥
7. Hindari Janji Palsu
Janji bererti memberikan harapan. Oleh itu, hindarilah dari berjanji kalau kita tahu itu tak mungkin terjadi.
8. Neutral
Buat seperti biasa. Nama pun teman rapat, bukan kekasih. Contohnya kalau hari jadi si dia. Tak perlu buat surprise yang melampau untuk menyentuh hatinya, ditakuti tersalah faham dengan perasaan kita.
9. Sentuhan Fizikal
Yang perlu ditegaskan dari awal kerana cukup sensitif. Paling aman jika menghindari dari sentuhan fizik untuk memberi rasa yang bagus dan nyaman. Kecuali kalau secara riflek atau tidak sengaja.
10. Berhenti Bila Tiba Masanya
Apabila perasaan kita sudah tidak "normal" lagi, berterus-terang lah pada si dia dan bertanyakan perasaannya. Jika ternyata si dia biasa-biasa sahaja, mungkin itu menunjukkan saatnya teman tapi mesra diakhiri. Kalau keduanya masih boleh mengawal keadaan, tidak salah untuk meneruskannya. Sama halnya kalau kita atau dia sudah berpacaran, tidak perlu lagi ada teman rapat. Kita juga tidak mahu kalau pasangan kita punya teman seperti itu kan?
Okey, ada yang tidak boleh diguna pakai boleh sahaja ditolak ketepi. Rasanya ada yang boleh dijadikan panduan. Idea merepek ini direka ketika bosan. Saya juga ada teman tapi mesra, tapi tak ada lah sampai menggila untuk jatuh cinta. Mungkin tidak saya, tetapi MEREKA. :)
Nota kaki : Jika sudah bersetuju untuk menjadi teman tapi mesra, jangan pula berpura-pura seperti orang yang bercinta.
1 comments:
na share :)
Post a Comment