Hye. Hari ni genap dah dua minggu saya berhibernasi kat rumah, bak kata kak Iffa. Rutin masih seperti biasa, tidak berubah. Tapi hari ini agak berbeza kerana saya dapat melihat dunia setelah sekian lama. Okey menipu, tiada kaitan dengan April Fool.
Hari ini teman mama pergi ke bank-bank kalau dalam bahasa Inggeris nya disebut banks sebab plural menunjukkan banyak walaupun hanya dua dan itu adalah lebih dari satu. Merepek. Lepas tu segera pergi mendapatkan contact lenses kerana saya sudah seharian membuta tanpa dapat melihat. Ketawa sinis.
Selain menghenyek tilam tu sampai berlubang, saya dah start ubah rutin yang bodoh ne. Sekarang menonton drama korea -.- dan baca buku! HAHA. Masa belajar tak pulak ye nak rajin membaca. Ni baru terhegeh-hegeh nak belajar kan. Dah la buku english pulak, memang rajin lah nak berbukak kamus lagi. Almaklumlah orang tak pandai bahasa Inggeris ni.
The Seven Secrets of Happiness
by SHARON OWENS
A tale if finding happiness in the most surprising places.

Bukan senang nak hidup senang, dan bukan susah nak hidup susah. Walau apa pun perlu ingat yang ilmu itu penting dalam apa pun. Dan keluarga adalah nombor satu. Walau punya kawan seribu, ingat juga kita punya tuhan itu. Cuba lah untuk bahagia sebab banyak lagi manusia yang menderita dari kita. Tuhan menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Tabah dan cekal dalam setiap bicara mampu menyelindung setiap luka dan duka. Tapi kita tak mampu menipu diri sendiri yang telah sekian lama tersiksa.
Nota kaki : Macam mana nak buat orang yang kita sayang, sayang kita balik? Kadang-kadang tak semua apa yang kita nak tu dapat kan. Berpura-pura untuk bahagia juga salah satu jalan untuk menjadikan hidup ini benar-benar bahagia, mungkin? Kalau tak pernah rasa susah, munkin kita tak akan kenal erti senang. :)
0 comments:
Post a Comment