Gambar : Hunny dan Hana. ♥
Alangkah baiknya jika kita mempunyai teman yang setia dalam segala keadaan, utuh di saat suka dan duka. Alangkah senangnya jika kita dapat kongsi apa yang kita rasakan. Alangkah seronoknya jika ada orang yang memahami kita. Dan alangkah bahagianya jika kita punya teman sejati. ♥
Oleh itu, mari berfikir sejenak. Kita ingin mempunyai teman yang setia, dapat berkongsi segalanya dan yang mengerti kita. Persoalannya, adakah kita sudah menjadi begitu? Adakah kita sudah menjadi teman yang setia dalam segala keadaan? Sudahkah kita memberikan yang terbaik untuk sahabat kita? Mahukah kita memahami rakan-rakan kita? ^^
Mari kita sama-sama renungkan. Saya dan juga anda-anda. Siapa yang akan memulakan semua itu jika bukan kita? Orang lainkah? Haruskah kita menunggu orang itu sedangkan kita boleh memulakannya dahulu. Jika inginkan teman yang setia, jadilah teman yang setia dahulu kepada teman kita. Jika mahukan teman yang mengerti kita, kita harus mengeri mereka dahulu.
Jika kita dapat melakukannya hari ini, mengapa perlu menunggu hari esok? Seorang teman sukar dicari. Maka jadilah teman sejati bagi teman kita, dan kita akan menemukan teman sejati itu.
Seorang teman sejati tak akan lenyap ditelan waktu, tak akan hilang kerana jarak, tak akan putus walau kita berubah. Teman sejati selalu setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan kita. Alangkah senangya jika mempunyai teman seperti itu.
Apakah kita hanya mahu menerima teman seperti itu? Lantas, siapa yang memberi kalau semua orang pun berfikir begitu? Bagusnya jika kita menjadi orang yang memberi itu. Kerana orang yang memberi lebih baik dari orang yang menerima. Mungkin kita terpisah berbatu-batu jauhnya dari teman kita, yang mampu dilakukan hanya berdoa kepadanya. :)
Jadi lah teman yang sejati, dan kamu akan mendapat teman sejatimu.
Nota kaki : Seronok juga berbahasa baku ni. Rindu teman-teman yang dahulu bersama dalam susah dan senang. Mungkin saya belum menjadi teman sejati sehingga sukar untuk menemukan teman yang setia. Berbahagialah anda jika punya teman baik. Itu sudah cukup buat kita gembira mungkin untuk suatu ketika. Mungkin dan mungkin.
0 comments:
Post a Comment