05 April 2011

Bila Cinta Itu Buta ,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:29

Hye, Tahniah sebab kita masih lagi hidup.

Bila hidup ni, kita nak rasa bahagia je sokmo kan. Tak mahu langsung sedih-sedih ni. Ingat syurga ke apa? Kalau kat syurga ye lah kot boleh menangis keluar emas. Nak aje menangis hari-hari kan. Ni menangis buang masa je baik tak payah.

Ketawa.
Suatu malam yang dingin ada seorang ini, bakal bekas kekasih dahulu. Eh, maksud? Dia pernah melamar untuk jadi girlfriend dia, tapi ditolak. Lalu bermula lah perbualan yang agak serious ini. Walaupun kadang-kadang rasa macam budak-budak.


Acap : I sayangkan you.

Hanim : Jangan macam ni, you dah ada orang lain begitu juga I.

Acap : Tapi I tak pernah lupakan you. Walaupun you tolak I dulu, you masih ada dalam hati I.

Hanim : I tak nak curang dengan boyfriend I. I sayang relationship kami.

Acap : I pun tak nak curang, tapi I sayangkan you.

Hanim : You kena sayangkan buah hati you tu.

Acap : Memang I sayangkan dia jugak. Tapi I tak boleh tinggalkan dia tanpa sebab. Dia pun ada hati dan perasaan jugak kan.

Hanim : Ya, jangan mengkhianati kasih sayang tu.

Acap : Kenapa you tolak I dulu?

Hanim : Kan I dah cakap, masa tu I tak ready.

Acap : You cakap ke you tak ready? Kalau you cakap mesti I tunggu you. Walaupun I ada orang lain, tapi you masih lagi I suka. Kalau orang lain mesti dah lupakan.

Hanim : I pernah cakap. Sepanjang tahun tu I tak pernah ada hubungan dengan sesiapa. Sebab I tak ready.

Acap : Tak apa lah. Benda dah lepas, mungkin tak ada rezeki. Boleh I Tanya? Apa lelaki idaman you?

Hanim : Lagi soalan begini. I suka cara dressing macam you. I paling tak suka lelaki merokok. I suka bila dia boleh sentiasa ada dengan I supaya I rasa safe. Tapi entah la, when it goes to love, seems like everything have turn around. Boyfriend I smoking, suka keluar malam lepak sampai 2-3 pagi. I pun tak tahu kenapa I suka dia.

Acap : Cinta itu buta kan. I dulu suka you, tapi lepas you tolak I entah macam mana dia boleh jadi girlfriend I.

Hanim : Kenapa pilih dia?

Acap : Tak tahu. Mungkin sebab masa tu dia yang selalu dengan I. Lagi pun lepas you tolak I, kita dah jarang berhubung kan.

Acap : You sayang boyfriend you?

Hanim : Ya, macam you sayang I. Kami pernah couple masa 2007, tapi kami berpisah. Walaupun I dengan orang lain lepas tu, tapi I tak pernah lupakan dia.

Acap : Oh, okey. Selama you tinggalkan dia, betul dia tak ada girl lain?

Hanim : Yup. Dia cakap. Lagipun tak pernah nampak tanda-tanda dia bersama perempuan lain pun. Dia pernah give up menunggu I, tapi tak berjaya. Dia pernah cakap maybe I tak boleh jadi kekasih dia, tapi dia akan menunggu saat apabila dia boleh melamar I untuk jadi isteri dia.

Acap : You, kalau kita tak dapat couple atau kahwin pun, ingat yang I tetap suka you.

Hanim : Jangan macam tu. Hm

Acap : Tak tahu. Tak boleh lupakan you since kita kenal.

Hanim : Cubalah, untuk kebaikan you jugak.

Acap : Tak nak. Biar lah.

Hanim : Jangan buat I rasa bersalah.

Acap : Tak lah. Kan dah cakap, I suka you tapi you dah milik orang lain. Bukan cara I nak rampas-merampas ni. Mungkin suatu hari, kita tak tahu takdir kan. Walau you dengan orang lain asalkan tak buat you menderita. I bahagia kalau you bahagia.

Hanim : Harap macam tu lah. Tapi kalau takdir you dengan dia, you pun kena bahagiakan dia juga tau.




Bagitu lah bicaranya kami pada malam itu. Bila cinta itu buta. Dan jika tiada cinta, tidak ada gunanya bersama. Seperti dia yang berkasih dengan bukan orang yang dicintanya. Kasihan kekasihnya menjadi mangsa.  Terima lah seadanya, mungkin tu yang terbaik buat kita.

Cinta juga tidak memerlukan sebab. Jika punya sebab, katanya itu bukan cinta tetapi suka. Cinta lah sebagaimana mereka, jika tidak cinta itu akan membunuh kita. Seperti kita cintakan ibu bapa. Bukan kerana mereka membesarkan kita, tapi kerana mereka ialah ibu dan bapa kita. Cinta akhirat dan dunia.

Bahagiakan mereka yang ingin membahagikan kita. Cintailah mereka yang menyintai kita. Kerana mungkin peluang yang ada sekali cuma, kita tidak tahu takdir-Nya. Bergembiralah bersama manusia di sekeliling kita.

Jangan pula kita pernah membandingkan cinta sesama manusia. Kerana setiap hati kita, hanya tuhan yang mengetahui apa yang tersirat didalamnya. Kita cuma manusia biasa yang tidak tahu disebalik takdirnya. Bersyukurlah jika kita mampu untuk bercinta sesama makhluknya.

Mingkin cinta sejati berkekalan selamanya, tapi jangan lupa tuhan yang Maha Esa yang mencipta kita. :)

Nota kaki : Cinta cinta cinta. Bahagianya jika boleh bercinta. Tapi kalau masih muda, apakah itu dinamakan cinta? Berjuang demi cinta tapi bukan untuk mengorbankan nyawa. Kalau ya pun cinta itu buta, jangan pulak buta tak nampak bangunan tinggi, takut kaki terseliuh jadi bunuh diri. Hehe Selamat bercinta! ^_^

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez