tersebut satu cerita
yang terbina di kala duka
aku dihina dan dicaci
aku diherdik dan tidak dipeduli
atas nama ilahi
dia kini telah ku benci
jahat di hati baik di mulut
rupanya dialah musuh di dalam selimut
menanam tebu di tepi bibir
ku percaya dialah yang paling hampir
aku miskin tanah kera sekangkang
tiada aku sangka akan ditikam dari belakang
mungkin ada udang di sebalik batu
terang lagi bersuluh ingin memisahkan kami yang masih menyatu
hanya manikam yang dikenal jauhari
dia batu api yang tidak dapat dikenal pasti
dia syaitan bertopengkan manusia
sesungguhnya iblis lebih mulia darinya!
apabila tiba masanya
semua akan terbongkar jua
kini aku mangsanya
siapa tahu esok dia yang seterusnya
tuhan maha adil lagi bijaksana
untuk menghukumku sangatlah dia tidak berkuasa
hari ini, esok dan lusa
dia bakal menerima padah yang sama
aku percaya pada hukum karma
setiap kita akan dihitung di sana..
nukilan hanim
5 sc 3 16 Julai 2009
5 years ago
0 comments:
Post a Comment