haruskah untuk aku memilihantara cinta dan kasih
haruskah untuk aku memilih
antara kasih dan simpati
haruskah aku memilih
antara simpati dan rindu
haruskah aku memilih
antara rindu dan sayang
haruskah aku memilih
antara sayang dan hati
haruskah aku memilih
antara hati dan perasaan
haruskah aku memilih
antara perasaan dan kasihan
haruskah aku memilih
antara kasihan dan pujukan
haruskah aku memilih
antara pujukan dan ajakan
haruskah aku memilih
antara sekarang dan masa depan
haruskah aku memilih
antara hari ini dan hari depan
haruskah aku memilih?
senyumlah
tika kau gembira
mahupun sedang berduka
senyumlah
untuk menghadapi
ujian dari ilahi
senyumlah
walau hati mu dilukai
senyumlah
apabila bala menimpa diri
senyumlah
walau sekali
untuk satu hari
senyumlah
dikala matahari terbit dini hari
senyumlah
untuk semua yang disayangi
senymlah
untuk menghilangkan sedih di hati
senyumlah
untuk ibu dan dapa sendiri
senyumlah
wahai diri ini
senyumlah
buat para sahabat nan nabi
senyumlah
tetapi menangislah
di waktu bertemu ilahi
untuk meluahkan isi hati
supaya hari-hari yang dinanti
pasti akan deberkati
senyumlah!
demam pada 13 Ogos 2009
^_^
hati telah dicuci
habis bersih lagi murni
mencuci segala sisa daki
yang terdampar sejak hakiki
tulisan yang terakhir
atas segala janji yang mungkir
menuju ke satu titik yang hampir
akan aku buka lembaran baru
untuk menuju ke satu mercu
22 Julai 2009
mungkin inilah ruang
untuk aku merebut peluang
akan aku lupa
segala cerita
dan semua cita-cita
dengan segala pancaindera
aku didera
hati hancur dan terluka
demikianlah proses asimilasi
untuk bertukar nakhoda dan para kelasi
buka jiwa dan minda
untuk meninggalkan segala nostalgia
kekusutan di dalam dewan
23 Julai 2009
suatu hari
di bawah sinaran mentari
telah aku sedari
tentang rahsia yang tersembunyi
rakan yang disangka puteri
rupanya seorang yang keji
sanggup menghina rakan sendiri
semata-mata ingin mengawal lelaki
dia sering ingin dipuji
tetapi tidak sedar kemampuan diri
selalu berasa diri yang tertinggi
dia tidak berpijak di atas bumi ilahi
banyak yang telah aku pelajari
akan aku atur setiap langkah selepas ini
untuk menjauhi syaitan dan iblis duniawi..
duka hati
30 Julai 2009
setelah sekian lama
aku menyimpan coretan lara
kini aku telah terima
qada dan daqar-Nya
mungkin aku lebih bahagia
apabila hidup tanpanya
telah aku bina
hidup baru bersama meraka
untuk menuju gerbang cita-cita
sudah tiba masanya
aku perlu kuat berusaha
agar sama-sama berjaya
rakan dan cinta
perlu kasih yang sama
dan terus tersenyum gembira
catatan hati
23 Julai 2009
tersebut satu cerita
yang terbina di kala duka
aku dihina dan dicaci
aku diherdik dan tidak dipeduli
atas nama ilahi
dia kini telah ku benci
jahat di hati baik di mulut
rupanya dialah musuh di dalam selimut
menanam tebu di tepi bibir
ku percaya dialah yang paling hampir
aku miskin tanah kera sekangkang
tiada aku sangka akan ditikam dari belakang
mungkin ada udang di sebalik batu
terang lagi bersuluh ingin memisahkan kami yang masih menyatu
hanya manikam yang dikenal jauhari
dia batu api yang tidak dapat dikenal pasti
dia syaitan bertopengkan manusia
sesungguhnya iblis lebih mulia darinya!
apabila tiba masanya
semua akan terbongkar jua
kini aku mangsanya
siapa tahu esok dia yang seterusnya
tuhan maha adil lagi bijaksana
untuk menghukumku sangatlah dia tidak berkuasa
hari ini, esok dan lusa
dia bakal menerima padah yang sama
aku percaya pada hukum karma
setiap kita akan dihitung di sana..
nukilan hanim
5 sc 3 16 Julai 2009
secebis coretan untuk aku
untuk terus bahagia sampai bila-bila
kebahagiaan kekal selamanya
secebis coretan untuk dia
supaya sentiasa tersenyum ceria
secebis coretan untuk mereka
untuk terus berkata-kata
dan bersuka ria
secebis coretan untuknya
untuk berhadapan di hari muka