wahai sahabatku
hari ini kau memanggilku
hari ini kau menyayangiku
wahai sahabatku
hari ini aku memanggilmu
hari ini aku menyayangimu
wahai sahabatku
hari ini kita bersama
dalam suka atau pun duka
wahai sahabatku
seluruh hidupku mempercayaimu
segala rahsia cerita kepadamu
wahai sahabatku
terima kasih dariku
kerana sudi menjadi rakanku
walau seminit cukup sudah bagiku
wahai sahabatku
mungkin segalanya sudah berakhir
tapi bagiku ini bukan yang terakhir
wahai sahabatku
aku terlalu menyayangimu
kau sebahagian dari hidupku
wahai sahabatku
tanpamu siapalah aku
tergapai-gapai di awangan tiada sesiapa membantu
wahai sahabatku
ampunkanlah aku
jika tersalah berbicara atau perilaku
wahai sahabatku
mengapakah tega kau berbuat begitu
lupakah engkau pada janji-janji manismu
wahai sahabatku
di sini aku setia menunggumu
setiap saat dan ketika hanya kau difikiranku
wahai sahabatku
jika itu jalan yang kau pilih
tidak akan aku paksa memilih kasih
wahai sahabatku
di sini ingin aku nyatakan rasa pilu
sedih kecewa melanda diriku
wahai sahabatku
entah mengapa aku terasa kehilangan
seorang rakan yang sentiasa berpegangan tangan
wahai sahabatku
air mataku mula mengalir
derita yang ku rasa terlalu hampir
wahai sahabatku
tiadakah rasa simpatimu terhadapku
terlalu bencikah kau padaku
wahai sahabatku
nyatakanlah kesalahan dan dosaku
aku ingin berada di sampingmu
wahai sahabatku
sekali lagi terima kasih dariku
terhadap kasih sayang darimu
wahai sahabatku
akan aku jadikan sebuah kenangan
lestari yang berpanjangan~