25 January 2010

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 11:18
apabila ingin berbicara, hati mula berkata di mana bagaimana siapa bila ? kadangkala manusia alpa. terleka dengan keindahan dunia ciptaanNya. namun siapakah kita untuk menghukum mereka? kita hanya manusia biasa, yang tidak terlepas dari neraca untuk ke syurga mahupun neraka. tapi kita harus melakukan anjakan paradigma untuk menjauhkan dari segala nestapa, nescaya yang Maha kuasa melihatnya. tepuk dada tanyalah selera. siapa kita tanpa sujud padaNya? kita semua makhluk ciptaanNya yang teristimewa, tapi mengapa kita lupa tentang apa yang telah dikurniakan olehNya? aku juga seperti mereka. yang inginkan kebebasan hidup di dunia. seringkali diundang dengan pelbagai masalah dan pancaroba. sesiapa pun inginkan cerita yang penuh dengan pancarona tapi kita tidak layak untuk melakukan pancasona. buka hati bukalah minda. keluarkan diri dari sangkar yang telah dibina. mengapa harus bersama ke destinasi yang masih belum dicipta? Dia telah memberikan segalanya kepada kita. syukurlah wahai manusia. bersama kita memartabatkan sunnahnya. aku bukan lah wanita bukan juga seorang gadis permata. selalu diukur sebagai kaca yang tidak bersinar kilauannya. aku masih berpijak di bumi yang nyata bersama mereka memilih satu kata. apabila orang berbudi kita berbahasa. sopan santun budaya kita. tapi di mana hakikatnya apabila si dewasa berkata ha ha ha. senyuman yang diukir di bibir menunjukkan sifat mazmumah yang tidak patut dicontohi oleh generasi kita. amalan mulia di mana? sekolah agama bukanlah ukuran di sana, tapi amalan kita di dunia. kesukaan kebencian kecintaan kefanatikan semuanya adalah sementara yang dipinjam olehNya. sujudlah wahai manusia. keyakinan kita haruslah lurus padaNya. bukanlah akhlak terpesong dan tersasar di jalannya. fanatitisme yang kuat terhadap dunia yang fana tidak akan membawa kita ke mana-mana. bangkitlah wahai umat manusia! bantulah aku dan mereka. jauhi kami dari fatalisme dan fatamorgana yang menjadi khayalan semata-mata. ketika nakhoda berkata-kata pernahkah berfikir tentang kebenarannya? membuang masa dengan mereta-reta sesuatu yang tidak terdapat faedah padanya. perspektif yang persuasif adalah sesuatu yang pasif bukan aktif.

rekayasa hanimhasan.


0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez