03 January 2010

TAHUN BARU?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 17:58
start tahun baru
macam-macam perkara berlaku

seperti ada agenda tertentu
yang dua menjadi satu
yang sana letak situ

bagaimana hendak mengatasi
sesuatu yang belum pasti

harapan yang hanya tinggal kenangan
harapan yang menjadi angan-angan

perlukah untuk terus berjuang
atau berhenti di separuh jalan?

persoalan yang belum terungkai
menjadi tanda tanya setiap insan yang bergelar manusia

ya. manusia
seorang manusia itu adalah seorang insan

insan
tidak lari dari kesilapan
kerana insan sendiri memberi maksud "lupa"

siapakah kita hendak melawan takdirnya?
tidak mungkin kita akan membiarkannya begitu sahaja

manusia perlu melakukan anjakan paradigma
kerana kita tak selalunya diatas sana

untuk merungkai tali yang terikat
perlu kerjasama dan kata yang bulat

namun insan yang kerdil ini
hanya mampu menunggu dan menanti

pertolongan hanya dari yang Esa
kerana hanya Dialah yang berkuasa

hamba ini ingin memohon
berlindung di bawah pohon

bantulah hambaMu ya tuhan
hanya darimu hamba pinta ya tuhan

bebaskanlah hambaMu dari ikatan yang menyeksakan
berilah kebahagiaan yang berterusan ..






berilah kelainan dan keadilan..



layar hati yang terluka.
3 Januari 2010

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez