23 April 2011

Hati dan Naluri

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 18:35 0 comments
Itu lah manusia kan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Tapi bila dah dapat, buat sampai jadi tak ketahuan.
Mentang-mentang dia lelaki, kita perempuan.
Sesuka hati ja nak buat simpanan.

Kadang-kadang bila dah dapat, sukar untuk dilepaskan.
Sedangkan yang terbaik menanti dihadapan.
Mencari-cari erti kehidupan, yang tenang dan aman.

Berfikir yang terbaik apa yang perlu diteruskan.
Kerana semuanya bakal menjadi warisan.
Sebab yang sempurnya menjadi setiap idaman.
Cukup dan hentikan semua tangisan.

Inginkan suasana yang penuh dengan senyuman.
Tawa riang yang meringankan beban.
Membuang ke lautan segala kesedihan.
Menjadikan kegembiraan sebagai permulaan.

Dunia tak akan lenyap jika ditakhluki. Air mata tak akan habis jika ditangisi. Hati tak akan sembuh walau sudah diubati. Senyuman tak akan terukir setelah dicurangi. Masa tak akan berhenti walau kita sudah mati.

Apa yang kita cari tak akan terhenti walau nyawa terpaksa bersilih ganti. Itu lah fakta yang belum kita terokai. Berjanji bukan untuk ditepati, tetapi untuk dikhianati. Segala pilihan berdasarkan hati dan naluri.

18 April 2011

LUTSINAR

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:33 0 comments

Pernah tak rasa macam mana menjadi lutsinar?
Keadaan di mana kehadiran kita tidak disedari oleh semua orang.
Tidak terkecuali seorang pun. Tiada walau satu mata memandang kearah kita.

Bagaimana rasanya bila terpaksa hidup sengsara.
Jika ditanya pasti akan ditertawa.
Oh peritnya!

10 April 2011

Gembira Tak Semestinya Bahagia

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:39 0 comments
Gembira dan bahagia adalah dua perkara yang berbeza. Gembira mampu membuat kita tertawa tetapi bahagia menyebabkan kita senyum sampai ke telinga. Gembira bertahan buat seketika tetapi bahagia untuk selamanya. Gembira untuk diraikan bersama-sama tetapi bahagia untuk diri sendiri cukup bermakna.

Tadi ada seorang sahabat mengirimkan sms kepada saya bertanyakan tentang sesuatu yang menarik perhatian saya untuk bercerita. Dia juga merupakan sumber inspirasi saya sejak dari dahulu kala. Membantu saya untuk hidup gembira. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk hidup bersama.

Sahabat : Adakah anda gembira dengan hidup anda?

Saya : Kenapa bertanya?

Sahabat : Saja. Jawab lah.

Saya : Kalau saya jawab tidak?

Sahabat : Jangan ada kalau, jawab terus saja.

Saya : Saya tak gembira tapi saya bahagia.

Sahabat : Tahniah kerana anda bahagia dengan hidup anda. :)

Saya : Tapi saya tak gembira.

Sahabat : Teruskan usaha untuk menggembirakan hidup anda. :)

Saya : Bagaimana caranya?

Sahabat : Awak nak gembira yang macam mana?

Saya : Yang tak perlu menitiskan air mata.

Sahabat : Cari punca mengapa menitiskan air mata, selepas itu selesaikannya.

Saya : Dah banyak cara dilakukan, tapi tidak berkesan.

Sahabat : Cara menyelesaikkannya itu tidak betul, sebab tu tidak berkesan.

Saya : Susah untuk dijelaskan.

Sahabat : Tidak perlu untuk dijelaskan. :)

Perbualan kami terhenti disitu sahaja. Namun membuat saya terkesima. Ya, gembira dan bahagia jauh bezanya walaupun sesetengah mengatakan ia perasaan yang sama. Itulah yang dinamakan hidup ibarat roda. Kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah juga. Tak semua yang kita impikan muncul di depan mata. Usaha tawakkal dan doa itu lah senjata kita sebagai manusia biasa.

Tetapi gembira dan bahagia tidak semestinya datang bersama. Mungkin juga bertandang bahagia itu dengan air mata. Dan gembira itu setelah selesai bersengketa. Kita sebagai hamba-Nya tidak boleh sama sekali untuk berputus asa terhadap ujian-Nya.

Jika dikata kita tidak gembira, banyak lagi manusia yang sedang merana di luar sana. Jika disebut kita tidak bahagia, ramai lagi yang hidupnya porak-peranda. Bersyukur lah dengan apa yang ada, kerana ini rezeki dan nikmat untuk kita. Bila-bila masa sahaja segalanya ditarik begitu sahaja.

Bergembiralah kita bersama keluarga dan dengan yang tercinta. Peluang yang ada sekali cuma. Mungkin esok sudah tiada, siapa dapat menyangka. Berbahagialah dalam riwayat kita, kerana kita tidak selamanya muda. Tua sedang menanti di hujung sana, yang belum tentu sampai ke syurga.

Di sini ada beberapa tips untuk hidup lebih bahagia. Jika tidak ada gunanya, jadikanlah buat santapan minda. Mungkin berguna dikala anda memerlukannya. ^_^

1. Jangan Takut dan Khawatir
    Perasaan takut dan khawatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Mahukah kita membawanya sepanjang hidup? Jangan sia-siakan kuasa kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energy kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan fikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus kerana itu akan membuat kita semakin tertekan.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
    Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak dan tidak berkualiti.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
    Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil posisi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut, itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri, kita hanya membantu di belakang tabir.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
    Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan kita terlena didalamnya. Tumpukanlah dengan apa yang terjadi saat ini, kerana kita akan merasai banyak kebahagiaan lagi. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih bahagia jika kita merayakan apa yang terjadi waktu ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
    Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengar masalah kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengar orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan  Mengganggu Hidup
    Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksudnya kita janganlah menyerah pada tekanan. Maju kehadapan. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
    Bersyukur dan berterima kasih lah atas semua yang kita dapat, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, kerana dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang boleh kita ambil ikhtibar.


 Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

No More Happiness

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:52 0 comments

HAPPY 6TH MONTHSARY SYAIFUL FARIS





Itu lah perempuan kan. Benda remeh macam ni pun nak bising. Monthsary je kan. But tanpa ingat monthsary ni lah susah nak sampai ke anniversary. Walaupun awak tak ingat, tapi saya tetap sayang awak. Dulu awak jugak yang cakap kita kena celebrate, tapi seems it has turn around. Malah awak lupakan saya juga. Terima kasih sayang. ;)



One of the nuances of being in a relationship is keeping track of calendar events… the wholesome kind. The rest of the world seems to believe in it, promote it and celebrate it. The idea is that a couple celebrates anniversaries when they reach the first year, but have to give each other gifts and such every month on the same date. Example, If a girl and a guy hooked up during the first of January, they celebrate monthsary during the first day of the succeeding months until January comes again.

For me, it is not necessary to give each other the kind of gifts every month and going out to celebrate it. Enough to remember and wish each other. That way, the love will grow stronger. Try to make it forever is just a goals to live together ever after. ♥


09 April 2011

Sendirian Mencapai Kejayaan !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:26 0 comments
Hey Guys!
Bersyukur kita masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan meneruskan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Ada orang cakap, nak berjaya tak boleh sorang-sorang. Betul ke? Satu hari saya ada dengar satu stesen radio ni masa dalam perjalan balik ke kampung. Masa tu segmen apa entah, sedang bersoal jawab antara pemanggil dan penceramah.

Pemanggil : Assalamualaikum Dr. Saya Minah binti Ahmad (bukan nama sebenar) mempunyai seorang anak perempuan yang sumbing. Dia sekarang di sekolah dalam Tahun Enam. Dia selalu balik mengadu kepada saya yang rakan-rakan sekelas tidak mahu berkawan dengannya. Dan setiap kali ada kerja berkumpulan, tidak ada seorang pun yang ingin mengajaknya menjadi ahli. Sekarang minat belajarnya dah berkurang. Jadi bagaimana perlu saya lakukan untuk menaikkan semula semangat anak saya ni, Dr.?

Okey, itu je yang saya ingat. Apa yang Dr. tu terang saya tak terlulis balik sebab panjang sangat. Tapi point beliau lebih kurang macam ini lah.

1. Beritahu anak tersebut, bahawasanya jika kawan tidak sukakan kita, kita perlu ingat yang kita mempunyai Tuhan yang Maha Esa yang sentiasa menyayangi kita. Kita juga tidak boleh melupakan-Nya.

2. Ibu bapa harus sentiasa menyokong anak-anak dalam apa jua bidang yang diminatinya. Sentiasa memberi semangat dan ucapkan kata-kata sayang kepada anak. Beritahu mereka yang walaupun mereka mempunyai kekurangan, pasti ada kelebihan lain yang orang lain tak nampak.

3. Memberitahu kepada gurunya supaya tidak membelakangkannya walau dalam apa jua aktiviti. Kerana anak-anak ini masih kecil dan tidak bagus untuk merasakan dirinya dipersiakan.

4. Menghantar anak itu ke pusat tuisyen supaya dia dapat belajar dengan lebih kondusif lagi berinovatif. Kerana mungkin tumpuannya di sekolah tertanggu akibat perselisihan dengan rakan-rakannya.

5. Sentiasa membantu anak mengulang kaji dan mendorong dia untuk berjaya. Jangan terlepas dari berkomunikasi yang efektif bersama mereka.

Itu point ada yang saya tambah sendiri sebab tak ingat dah apa yang dipesan oleh Dr. tu. Kat sini ada jugak satu cerita di mana keadaan yang sama berlaku pada seorang budak perempuan. Sewaktu di bangku sekolah lagi beliau sering kali dihina dan dikutuk oleh kawan-kawan kerana paras rupanya. Semangat beliau kian hari semakin menurun. Beliau tidak ada keyakinan diri untuk bertemu rakan-rakan di sekolah.


Oleh kerana beliau sering diejek oleh rakan-rakan, beliau sering kali duduk bersendirian. Beliau tidak lagi mahu dibuli oleh mereka. Semasa bersendirian itu lah beliau cuba untuk memotivasikan diri. Memikirkan kekurangan diri dan bertekad untuk melawan rakan-rakannya. Tetapi pandangan dan matlamat beliau jauh sekali berbeza dari pemikiran orang lain. Cara berjuang yang tidak disangka rakan-rakannya.


Sungguhpun beliau tidak dapat bersama dengan rakan-rakan, beliau berusaha sendirian, sehingga berjaya. Dan sejak itulah rakan-rakan yang dahulunya menyindir beliau, kini memandang tinggi terhadap beliau. Setelah berfikir panjang, beliau bertekad untuk meninggalkan mereka semua, dan cuba untuk mencipta lebih lagi kejayaan.


Malangnya nasib tetap tidak menyebelahi beliau. Sejarah berulang kembali. Di tempat baru beliau juga dihina, difitnah dan dicaci setelah beliau cuba untuk membina hidup baru disitu. Semua teman yang sentiasa berada di sampingnya kini memaling muka terhadapnya. Khabar angin yang disebarkan telah merobek maruahnya. Betapa kasihan si anak kecil itu.


Namun semangat juang seorang budak perempuan ini tidak berhenti di situ sahaja. Di bertekad untuk membuktikan kepada mereka semua sahabat tidak semestinya membantu untuk berjaya. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali maruah yang tercela. Sehingga lah suatu hari, dia dinobatkan sebagai orang yang berjaya.


Biasa lah adat manusia, berpura-pura lupa tentang sengketa. Kini mereka semua memohon kepadanya, perturunkan ilmu di dada. Itu lah pengajarannya. Sesungguhnya ilmu itu lah yang membantu untuk orang menghormati kita. Bukan paras rupa atau pun harta semata-mata. Di antara mereka hanya beliau yang berjaya menuju ke angkasa.


Ini lah antara yang dapat kita tengok. Walaupun ditinggalkan berseorangan, kita juga mampu untuk berjaya. Jangan pandang siapa kita sebelmnya, tetapi siapa kita selepas ini. Jangan bicara soal kejayaan, jika tidak mahu melakukan pengorbanan. Tidak ada orang yang terus senang, tanpa melalui kesusahan. :)


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez