11 December 2010

saya bahagia, awak pun bahagia.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 14:56
Reactions: 
Bagus lah kalau awak bahagia sekarang. Dulu saya risau saya tak bahagia, tapi asalkan awak bahagia. Walaupun kerisauan saya hanya sia-sia, tapi tidak mengapa. Saya redha kerana saya ikhlas dengan awak. Apa yang saya fikirkan selama ini rupanya jauh panggang dari api. Saya tak kisah pasal diri saya, saya kisah pasal awak. Saya bingung, saya pening, saya tekanan pun tidak apa-apa, asalkan awak baik-baik sahaja. Now, terserlah awak lagi bahagia dari saya. TAHNIAH lah ye buat awak.

Maaf, entry ne bukan sebab saya cemburu atau rindu atau ada apa-apa dengan awak. Saya cuma terasa letih sangat. Buat saya hendak berbicara dengan diri saya sendiri. Sangkaan saya meleset sama sekali terhadap awak. Cukup sampai di sini saya fikirkan tentang awak. Sesungguhnya saya tidak larat lagi untuk menerima tohmahan dari manusia yang tidak pernah mengerti tentang ini. Sekiranya saya yang bersalah, saya perlu memohon maaf. Tapi sememangnya ini bukan salah saya dan mungkin hm. Semoga awak terus bahagia, dan terima kasih atas segala lakonan awak yang sempurna.

Salam sayang,
Hanim.

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez