12 December 2010

Cakap tak serupa bikin !

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:55
Oh tajuk yang hot. Saya tujukan ini buat bukan seorang tapi ber.orang-orang. HAHA

Haihh. Penat doh nak jaga perasaan semua orang kan? Perasaan kita seciput ja yang nak jaga. Tapi takpa lah kan, kita IKHLAS. Bukan nak buat baik kerana ada udang disebalik batu ke hapa. Memang kita kena buat baik dengan semua orang pun. Kalau kita baik dengan orang, orang pun nak baik dengan kita. Kalau kita jahat dengan orang, tak mustahil kita orang nak buat jahat balik kat kita. Tapi kita jangan la buat jahat kat orang kalau orang tu buat jahat kat kita, takut-takut sampai kiamat pun duk berdendam. Ishk, bahaya tu. Hidup mati kita taktau, buat takdan nak bertaubat, haa padan muka diri sendiri. -__-"

Entry ne ditulis bukan sebab ada orang buat jahat ke saya atau apa. Saja lah busan kan pada weekend ni. Baru lepas study Engineering Chemistry, nak rileks sekejap. :) Jangan pulak ada yang salah faham okey. Tapi kalau nak terasa, lagi bagus. Macam saya cakap awal-awal tadi tu, saya tujukan bukan untuk seroang, tapi ber.orang-orang. Maksudnya untuk semua la. Termasuk diri saya sendiri jugak. ^^ Tak salah kalau kita saling nasihat-menasihati. Kalau tak boleh dengan tangan, gunakan suara. Kalau tak mampu jugak, ini jela yang dapat saya lakukan. Melalui tulisan. Tak semestinya saya menulis ne saya perfect. Semasa menaip pun saya berfikir untuk diri saya, bukan semata-mata nak tuju kepada orang lain sahaja.

Tak specific kepada orang tertentu, tapi banyak orang la kan. Cakap tak serupa bikin. Mula-mula cakap itu tak boleh, ini salah, ini tak betul, jangan itu ini. Tapi akhirnya dia sendiri yang buat. Meluat kan bila kita jumpa orang macam tu. *Tapi kita tak sedar yang kadang-kadang kita pun macam tu jugak! HAHA. Ini boleh terima lagi bila dah lama dia cakap benda tu lepas tu baru dia TERbuat ke hapa. Yang paling tak boleh blahh tu bila dia sedang buat dan bercakap benda tu. Contoh lah kan, "Awak kena solat lima waktu, solat tu wajib." Sedangkan dia tu sendiri solat tak cukup, pandai pulak nak nasihat orang. CONTOH lah ne.

Saya taktau macam mana nak cakap dengan orang tu bila dia cakap tak serupa bikin. Dulu bukan main cakap facebook tu lagho, melalaikan, merosakkan. Sekarang, dia pulak yang 24jam online mengalahkan saya. Ewah, tak sedar diri ke ha? Siap suruh saya deactivate facebook kot dulu. Haha Sekarang seronok je dia onlinee. Haih, manusia manusia. tak letih ke awak hidup macam tu? Jangan nak rasa diri tu betul je. Lain kali berfikir dulu sebelum bercakap. Lepas tu jangan asyik nak salahkan orang ja. Diri  sendiri tu melampau-malampau tak sedar pulak kan. Ishk, tekanan betul dengan orang begitu. -.-

Kita kan hidup bermasyarakat sekarang. Nak nak lagi yang duduk hostel. Tak kurang yang pergi sekolah ke universiti ke. Dah tahu kita bukan nak berhidup sorang-sorang kan. Amalan berkongsi tu perkara biasa la. Saya mengaku, dulu saya tak selesa nak kongsi-kongsi barang ne sebab saya dah biasa kat rumah barang kalau beli saya guna sorang je, takda nak kongsi-kongsi dengan kakak. Masuk je U ni, tinggal dalam apartmen kan, ada roomate pulak. First time memang tak selesa, tapi lepas tu okey la. At least saya tak sebut "JANGAN AMBIL BARANG SAYA." Jadi saya bagi ja orang nak pinjam ke ambil terus ke, tak luak pun hidup saya. Nak jadi cerita lagi, ada manusia tu, tahu nak ambil barang orang je, barang dia kedekut sangat. Sekali lagi jangan salah paham. Saya tak kisah orang nak pinjam barang saya. Kan dah cakap, Kalau kita baik dengan orang, orang pun nak baik dengan kita . Ini sendiri cakap tak boleh ambil barang dia, tapi setiap hari kebas barang orang. Memang orang tu tak kisah, tapi awak tak sedar diri ke yang awak tu macam Cakap tak serupa bikin? Tak pelik ke dengan diri sendiri? Hoh, pelik bebenor lah awak ne. 

Dulu masa sekolah lagi seronok. Budak-budak kan. Biasa lah, tak matang lagi kot. (Macam la sekarang dah matang, hehe) Bab-bab homework ni la. Orang yang dah siap, kedekut sangat nak bagi pinjam dia punya. Tak bagi orang tiru la konon. Time dia tak siap, HAHA. Semua tak nak kasi kat dia. Kan kan? Padan muka. Haha Hampeh. Macam nak ketuk-ketuk je kepala orang tu. Pastu ada jugak yang kedekut makanan. Bawak bekal la mak dia masak. Orang mintak, kedekut. Tak bagi. Heh, yang orang dia nak. Pulak dah. Awat jadi lagutu? MOhohoho Manusia-manusia.

Ada lagi yang jenis dia berkawan dengan orang lain boleh, orang nak berkawan dengan orang lain tak boleh. Hoh? Paham tak? Hehe. Berbelit kan? Bior lah. Dah malas nak menulis ni. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Moga-moga pandai lah kita nak bermuhasabah ye. :D

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez