TEKANAN !!!!
Hari ne 10 Muharam. Hari baik kan. But something had turn around. Memang sangat-sangat mendukacitakan. Rasa nak meraung, menangis, menjerit, mengguling, meng - meng lah! Ha. Tension gila kot hoi!
Sangat emosi start dari kelmarin dulu lagi. bertambah dan bertambah lagi and now dah meletup SIKIT. Macam gunung berapi la kann. Berasap-berasap lepastu keBAABOOOMM!!! Macam tu lah saya sekarang. Memang emosi habis lah. Rasanya ne 1st time kot duk kat UiTM Puncak Alam, saya se-emosi ini. Dulu pernah ja emosi, tapi belum sampai tahap marah orang. Ha, hari ne memang ada lah kan mangsa yang sangat malang. :D
Mula-mula boleh emosi tu ada la sebabnya kan, tak boleh tulis kat blog. Satgi ada pulak yang nak marah. Kan? Kan? Payah macam ni. PEREMPUAN MEMANG EMOSI, SILA PAHAM. =) OK foinee la pasal tu, dah xkesah. Dalam hati selalu cakap "cena pun takpa". Perempuan kan lembut hati. ♥ Kelmarin okey saja, masih boleh bersabar. Cuba menjalani hidup senormal mungkin. Tapi sampai part malam, bermula lah letusan gunung berapi sikit-sikit. Dengan serabut pasal lab report yang tertangguh tu, memang hampeh la kan. Takpa, part saya and Jaja dah setel semalam walaupun ber-emosi. Duk menggila pun masih lagi boleh siapkan. Tapi kalau cakap pasal "tu", memang sorry to say. Sangat sakit hati saya. :)
Tidur awal semalam dengan harapan nak puasa, sebab hari bagus Khamis ni. Dah kunci jam pukul lima pagi, ajak jaja puasa jugak. Tapi malang tidak berbau, saya tak dapat berpuasa hari ni. Dengan sangat sedih dan hampa, saya tidur semula. :( Dan kesian dekat jaja sebab saya cakap nak kejut dia sahur, tapi tak pegi pon. =( *SORRY JAJA! Okey, dan macam biasa. Kalau tidur awal akan mengantuk, kalau tidur lewat pun akan mengantuk. Tapi yang lagi dasyat bila tidur awal dari kebiasaannya. Resultnya adalah nak tidur dan nak tidurr lagi.!!! Itu saya lah, orang lain taktau. Kalau tidur lewat tu, biasa la mengantuk sekejap tapi lepas tu okey. Ini tak, tidur awal, tapi masa lecture kimia tadi mengantuk gila tahap yang tak pernah rasa lagi. Rasanya dah tertidur dalam dewan kot. (Maaf Dr. Rosli :'( huhu~ )
Masalah ketiga hari ini apabila dalam makmal komputer. Haih, sangat tekanan ye hari ini. Masalah boleh diletak nombor pulak kan. HAHA Tadi buat exercise Programming. WOW! Budak engin la katakan. -__-" Mula-mula hilang la sikit emosi sebab boleh buat Soalan SATU, lepas tu start la nak menon situ sini. Padahal benda kecik ja kot silap, terus tak jadi. Memang serabut+menyampah dengan CodeBlocks tu! >.< Disini lah saya mula nak klimaks punya emosi. Sebab nak balik tidur, tapi kerja tak siap so tak boleh balik awal. Grr! Memang silap lah saya bagi cadangan dekat Puan tu suruuh start kelas awal. Ingatkan start awal boleh balik awal. HUH! Dah nak balik tu, hujan lebat gila. Memang best la kan nak naik tangga dengan basah-licin tu. ++ Jaja yang pakai selipar tu, ha memang lah jadi OKU sebentar. =p Dah sampai kolej, sesungguhnya saya nak tidur dan malas untuk beli makanan. T____T Maka dengan itu saya tidak lunch. Sampai bilik ja terus MATI. Haha, bangun ja LAPAR! Nak turun beli makanan jangan harap lah kan. Makan la roti sekeping and megi Farah. Dan sesungguhnya juga saya tak lalu nak makan megi tersebut. Bukan selera saya, tapi digagahkan juga makan separuh. ~.~
Seterusnya, lecture computing. YES! Ini serroonokk. Tahu? Saya dengan Jaja tak belajar langsung kot dua jam tu sebab dok ngesohkan Lab report fizik. Budak-budak laki memang takleh harap pun kan nak buat kerja. Harap tulisan ja LAWA, tapi HAMPEH! Memang saya tak lupa la nak cakap terima kasih sebab tolong buat experiment, tapi jangan la merosakkan lab report tu. Tak tahu ke carry mark tu? T__T Masa tu lah nak buat cover page, nak buat semula graph. Dengan table tak complete. Haih, useless tahu? Saya tak marahkan awak, cuma geram. Saya tak dapat belajar langsung dua jam tu. Tekanan kot! Urgh, sembang bagus ingat dah complete. haish, tekanan haku begini~
Lepas lecture, memang terbaikk punya saya emosi. =)) Sambil tungu nak masuk lab, perlu settlekan report. Tup-tup saya and jaja tak bawak assignment. WARGHH!!~ Memang lah bahagia kalau hari-hari begini kan. =D Berkejar-kejar lah nak naik tangga maut tu masa tengah-tengah hari ye. Tapi iman saya tak cukup kuat nak naik tangga, maka saya pun naik bus. T__T semata-mata nak pergi ambil assignment yang tertinggal atas katil. Hah, sukeenyee saya! Dah ambil tu, berkejar-kejar pulok lah nak ke lab. Tak tekanan mana pun laaa kan??????? Huh. Sampai je, tutor terus usha. -____-" Paling sakit hati bila setiap kali lab je, budak laki ja yang buat experiment tu. Saya dengan Jaja tengok je. Tak paham pun. Tiba-tiba tutor datang tanya soklan. Memang kami boleh jawab la kan? !@#$%^*()(&%$ pffttt! Ini lah masanya perasaan saya yang dah tak terkawal. Apa la yang dah nak jadi tak tahu ha? Tu satu tekanan. Lagi tambah emosi bile bergaduh pasal report yang kedua ni. Benda remeh je kot? Susah sangat ke ha? OK, Takpa. Aku buat semua. Senang. Hampa tak payah buat apa pun. Biaq, biaq aku buat sorang. Ha, puas hati? Kalau buat report 1st ni elok takpa jugak nak complain, ni hampeh. Pastu sedap ja kata kami tak buat kerja? What the .......? Tahu tak, lepas tu kena lagi dengan tutor. Memang bagus lah hari kamis ni kan? Suka cinta ini hari.
Last, ini tak ikut turutan. Saja nak tambah. Sebab tadi kan, ada la saya bercakap dengan orang tersebut. tapi dia buat tak tahu ja. Kalau jauh takpe jugok, ne saya bercakap sebelah dia kot. Langsung dia tak berpaling. Haih, apa masalah awak ha? Saya ada buat salah ke? Kalau ada cakap depan-depan la. Orang buat baik dengan dia, dia layan orang macam ni. Foinee, tak kesah sangat. Tapi jangan awak yang nak buat emosi sudah. Takdak masa saya nak layan nanti ye.
LEPAS TENSIONNN!!
Yea meh. Lepas selesai lab, kami semua pun pulang. =) Sampai je Raflesia, saya sesungguhnya nak lepas tension. Maka dengan itu saya beli buah dan keropok dan nasi goreng pattaya. Naik bilik je, saya habiskan makanan dengan tekanannya. T____T Padahal tak lapar sangat, cuma nak lepas tension. ^^ Sambil makan sambil onlinee dan sambil tulis blog. Sangat lama saya menulis sebab nak kena cover story supaya tak sensetive kepada mana-mana pihak. :)
HAPPY ENDING ♥
Nak tahu ke? Hehe. Tadi kan saya dan Jaja tersangat emosi dalam lab. Semua soklan tutor tanya tak boleh jawab. Lepas tu kena lagi dan lagi. Rasanya dah kena banned kot dengan beliau. Lalu selepas selesai ja kelas, kami berdua pergi berjumpa Miss dan memohon maaf atas ketidak sopanan kami dalam lab tadi. Kami sangat lah serabutt dari pagi tadi. Padahal semalam merancang untuk hidup dengan bahagianya hari ini. Dan tahu kah anda bahawa tutor tu cakap, nothing lah. Next time buat baik-baik. ^^ Dia tak marah pun, cuma tinggikan suara ja. :) *Sayang MISS banyak-banyak! Maaf ye miss, janji tak buat lagi. Hee~
0 comments:
Post a Comment