Dah tak sempat nak post pasal tahun baru. Sibuk kot? HAHA Walaupun dah lewat, tetap jugak nak tulis pasal Tahun Baru ne. :)
Special thanks to Hana Qasrina okey. Seriously i'm glad to be Hana Qasrina.
*Hanya yang tahu sahaja memahami ini. :)
Hana Qasrina telah memberikan saya kebahagiaan infinity. Yes, bohong lah kalau tak ada benda sedih kan. Tapi apa yang Hana Qasrina ada, Hanim tak ada. Kadang-kala kita perlu melupakan benda lepas untuk move on. Tapi, jangan meninggalkan kenangan begitu sahaja, sebab perkara lalu lah yang mengajar kita untuk terus hidup.
“The difference between school and life? In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.” - Tom Bodett
Hana Qasrina telah mengubah hidup saya dan saya bahagia menjadi Hana Qasrina. Saya juga sedar tak semua positive, tapi sekurang-kurangnya benda yang saya nak "buang" tu dah hilang. Alhamdulillah. :) Bagi anda anda yang sokong saya, terima kasih sangat-sangat. Anda tahu siapa diri anda. ♥
Untuk Tahun 2010, tersangat bezanya hidup saya dari tahun-tahun yang lain. Walaupun perkara tersebut sudah berlalu, tapi tak mungkin terhapus dari kotak ingatan saya. Kerana itu memandu saya untuk terus berjaya. 2010 cinta saya atau saya cinta 2010 ? :)
Mana mungkin saya mensuratkan segala di sini buat tatapan umum, tapi saya tahu ada yang menghargai kewujudan saya walaupun hanya beberapa kerat sahaja. Saya tak sama macam orang lain, saya pelik dan saya berbeza. Saya mengaku tentang diri saya, Tapi Hana Qasrina jauh lebih baik dari diri saya. Saya harap Hana Qasrina akan terus maju untuk hidup dan melangkah lebih jauh dari ini.
2010 banyak memberikan cerita dalam hidup saya. Penuh dengan drama dan telenovela. Bukan rekaan semata-mata tapi itulah kenyataannya. ^^ 2010 lah saya menjadi Hana Qasrina dengan ceritera yang baru dan semangat yang berbunga-bunga.
Permulaan 2010 saya bersama kawan-kawan yang saya sayang, Last Corner. LC memberikan impak yang besar dalam hidup saya, mengajar saya untuk belajar. LC lah yang paling banyak memberi kenangan 2010. Masa yang saya berikan untuk LC adalah masa emas saya, kerana tak mungkin saya akan jumpa sahabat seperti LC. Walaupun LC semakin retak, tapi saya masih menaruh harapan agar kita kekal sampai mati. ♥
Bersama kita menuju ke puncak, pada 2010 juga lah saya belajar untuk belajar. Keputusan SPM dikeluarkan pada 2010. Dan pada 2010 jugalah saya bersedia untuk membuat keputusan untuk hidup saya sendiri. Ini adalah pilihan saya dan saya bangga dengan pilihan ini. Pilihan yang mengubah corak hidup dan masa depan saya. (:
2010 adalah tahun saya yang paling bertuah. Kerana tiada lagi krisis "itu". Sesungguhnya saya sangat gembira bersama 2010. Air mata saya bukan lah untuk "itu". Terima kasih sangat kawan-kawan UiTM Puncak Alam. Ya, kawan-kawan. Di sini lah saya belajar untuk berkawan. Bukan lagi anak manja yang suka mengadu-domba. :) Saya berdikari untuk diri sendiri. Tahniah untuk Hana Qasrina. ♥ dan terima kasih 2010! :D
Setiap yang baik, ada buruknya. Sekali lagi saya mengalami krisi hati. Cinta yang didambarkan terhenti. Ini telah menyukarkan diri untuk terus berdiri kerana itulah yang menjadi tulang belakang untuk terus berlari. Tapi diri telah menerima suratan takdir yang itu bukan lagi milik yang sejati.
Saya mempunya motto sendiri iaitu "kekalahan adalah litar untuk sebuah kejayaan". Ya, kekalahan itulah yang membuatkan saya berjaya menambat kembali cinta yang terputus di tengah jalan. *jiwang mood* Seperti yang saya katakan tadi, saya bangga dengan pilihan ini. Kerana pilihan ini lah yang telah menemukan kembali si cinta hati. Satu-satunya insan yang menerima saya dengan sepenuh hati.
Dan paling menarik, saya rasa saya semakin cantik pada 2010 ! :P Bukan maksud saya cantik paras rupa, tapi cantik dengan diri sendiri. Tak la banyak sangat perubahan yang saya buat, tapi agak berbeza lah saya sekarang dan saya yang sebelum ne. ♥
Okey, saya dah tutup 2010 dengan senyuman dan menyambut 2011 dengan manisan.
bras for less. ♥