15 February 2011

Jaga Hati Saya Sama Boleh?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 00:22
Reactions: 
Jika Sudah ditakdirkan kita hidup bersama setelah sekian lama, adakah masih susah untuk kamu menerima kenyataannya? Susah senang harus setia, namun apakan daya aku hanya insan biasa yang punya cacat cela. Maaf dipinta andai ada salah tersilap bahasa, cuma satu pintaku. Jaga hatiku sama.

Aku sudah mencuba yang terbaik untuk sehidup dengan kamu, tetapi inikah balasan untukku? Apa salahku terhadapmu? Sikit pun tiada dendam yang terbuku dihatiku. Segala kesalahnmu telah kukuburkan dalam benak sanubariku. Sungguh aku terasa denganmu. Ingin sekali aku ucapkan, memohon sejuta kemaafan. Malang sekali aku tidak tahu apa sebenarnya dosaku padamu. Tinggal sedikit sahaja waktu untuk kita saling bertemu. Ingin sekali aku menghabiskan sisa ini dengamu. 



Jika ini keputusanmu, aku rela, aku redha. Tapi izinkan aku tahu mengapa ini terjadi. 

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez