05 April 2011

Bila Cinta Itu Buta ,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:29 0 comments

Hye, Tahniah sebab kita masih lagi hidup.

Bila hidup ni, kita nak rasa bahagia je sokmo kan. Tak mahu langsung sedih-sedih ni. Ingat syurga ke apa? Kalau kat syurga ye lah kot boleh menangis keluar emas. Nak aje menangis hari-hari kan. Ni menangis buang masa je baik tak payah.

Ketawa.
Suatu malam yang dingin ada seorang ini, bakal bekas kekasih dahulu. Eh, maksud? Dia pernah melamar untuk jadi girlfriend dia, tapi ditolak. Lalu bermula lah perbualan yang agak serious ini. Walaupun kadang-kadang rasa macam budak-budak.


Acap : I sayangkan you.

Hanim : Jangan macam ni, you dah ada orang lain begitu juga I.

Acap : Tapi I tak pernah lupakan you. Walaupun you tolak I dulu, you masih ada dalam hati I.

Hanim : I tak nak curang dengan boyfriend I. I sayang relationship kami.

Acap : I pun tak nak curang, tapi I sayangkan you.

Hanim : You kena sayangkan buah hati you tu.

Acap : Memang I sayangkan dia jugak. Tapi I tak boleh tinggalkan dia tanpa sebab. Dia pun ada hati dan perasaan jugak kan.

Hanim : Ya, jangan mengkhianati kasih sayang tu.

Acap : Kenapa you tolak I dulu?

Hanim : Kan I dah cakap, masa tu I tak ready.

Acap : You cakap ke you tak ready? Kalau you cakap mesti I tunggu you. Walaupun I ada orang lain, tapi you masih lagi I suka. Kalau orang lain mesti dah lupakan.

Hanim : I pernah cakap. Sepanjang tahun tu I tak pernah ada hubungan dengan sesiapa. Sebab I tak ready.

Acap : Tak apa lah. Benda dah lepas, mungkin tak ada rezeki. Boleh I Tanya? Apa lelaki idaman you?

Hanim : Lagi soalan begini. I suka cara dressing macam you. I paling tak suka lelaki merokok. I suka bila dia boleh sentiasa ada dengan I supaya I rasa safe. Tapi entah la, when it goes to love, seems like everything have turn around. Boyfriend I smoking, suka keluar malam lepak sampai 2-3 pagi. I pun tak tahu kenapa I suka dia.

Acap : Cinta itu buta kan. I dulu suka you, tapi lepas you tolak I entah macam mana dia boleh jadi girlfriend I.

Hanim : Kenapa pilih dia?

Acap : Tak tahu. Mungkin sebab masa tu dia yang selalu dengan I. Lagi pun lepas you tolak I, kita dah jarang berhubung kan.

Acap : You sayang boyfriend you?

Hanim : Ya, macam you sayang I. Kami pernah couple masa 2007, tapi kami berpisah. Walaupun I dengan orang lain lepas tu, tapi I tak pernah lupakan dia.

Acap : Oh, okey. Selama you tinggalkan dia, betul dia tak ada girl lain?

Hanim : Yup. Dia cakap. Lagipun tak pernah nampak tanda-tanda dia bersama perempuan lain pun. Dia pernah give up menunggu I, tapi tak berjaya. Dia pernah cakap maybe I tak boleh jadi kekasih dia, tapi dia akan menunggu saat apabila dia boleh melamar I untuk jadi isteri dia.

Acap : You, kalau kita tak dapat couple atau kahwin pun, ingat yang I tetap suka you.

Hanim : Jangan macam tu. Hm

Acap : Tak tahu. Tak boleh lupakan you since kita kenal.

Hanim : Cubalah, untuk kebaikan you jugak.

Acap : Tak nak. Biar lah.

Hanim : Jangan buat I rasa bersalah.

Acap : Tak lah. Kan dah cakap, I suka you tapi you dah milik orang lain. Bukan cara I nak rampas-merampas ni. Mungkin suatu hari, kita tak tahu takdir kan. Walau you dengan orang lain asalkan tak buat you menderita. I bahagia kalau you bahagia.

Hanim : Harap macam tu lah. Tapi kalau takdir you dengan dia, you pun kena bahagiakan dia juga tau.




Bagitu lah bicaranya kami pada malam itu. Bila cinta itu buta. Dan jika tiada cinta, tidak ada gunanya bersama. Seperti dia yang berkasih dengan bukan orang yang dicintanya. Kasihan kekasihnya menjadi mangsa.  Terima lah seadanya, mungkin tu yang terbaik buat kita.

Cinta juga tidak memerlukan sebab. Jika punya sebab, katanya itu bukan cinta tetapi suka. Cinta lah sebagaimana mereka, jika tidak cinta itu akan membunuh kita. Seperti kita cintakan ibu bapa. Bukan kerana mereka membesarkan kita, tapi kerana mereka ialah ibu dan bapa kita. Cinta akhirat dan dunia.

Bahagiakan mereka yang ingin membahagikan kita. Cintailah mereka yang menyintai kita. Kerana mungkin peluang yang ada sekali cuma, kita tidak tahu takdir-Nya. Bergembiralah bersama manusia di sekeliling kita.

Jangan pula kita pernah membandingkan cinta sesama manusia. Kerana setiap hati kita, hanya tuhan yang mengetahui apa yang tersirat didalamnya. Kita cuma manusia biasa yang tidak tahu disebalik takdirnya. Bersyukurlah jika kita mampu untuk bercinta sesama makhluknya.

Mingkin cinta sejati berkekalan selamanya, tapi jangan lupa tuhan yang Maha Esa yang mencipta kita. :)

Nota kaki : Cinta cinta cinta. Bahagianya jika boleh bercinta. Tapi kalau masih muda, apakah itu dinamakan cinta? Berjuang demi cinta tapi bukan untuk mengorbankan nyawa. Kalau ya pun cinta itu buta, jangan pulak buta tak nampak bangunan tinggi, takut kaki terseliuh jadi bunuh diri. Hehe Selamat bercinta! ^_^

04 April 2011

Teman Sejati ♥

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 02:10 0 comments

Gambar : Hunny dan Hana.

Alangkah baiknya jika kita mempunyai teman yang setia dalam segala keadaan, utuh di saat suka dan duka. Alangkah senangnya jika kita dapat kongsi apa yang kita rasakan. Alangkah seronoknya jika ada orang yang memahami kita. Dan alangkah bahagianya jika kita punya teman sejati. ♥


Oleh itu, mari berfikir sejenak. Kita ingin mempunyai teman yang setia, dapat berkongsi segalanya dan yang mengerti kita. Persoalannya, adakah kita sudah menjadi begitu? Adakah kita sudah menjadi teman yang setia dalam segala keadaan? Sudahkah kita memberikan yang terbaik untuk sahabat kita? Mahukah kita memahami rakan-rakan kita? ^^


Mari kita sama-sama renungkan. Saya dan juga anda-anda. Siapa yang akan memulakan semua itu jika bukan kita? Orang lainkah? Haruskah kita menunggu orang itu sedangkan kita boleh memulakannya dahulu. Jika inginkan teman yang setia, jadilah teman yang setia dahulu kepada teman kita. Jika mahukan teman yang mengerti kita, kita harus mengeri mereka dahulu.


Jika kita dapat melakukannya hari ini, mengapa perlu menunggu hari esok? Seorang teman sukar dicari. Maka jadilah teman sejati bagi teman kita, dan kita akan menemukan teman sejati itu.


Seorang teman sejati tak akan lenyap ditelan waktu, tak akan hilang kerana jarak, tak akan putus walau kita berubah. Teman sejati selalu setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan kita. Alangkah senangya jika mempunyai teman seperti itu.


Apakah kita hanya mahu menerima teman seperti itu? Lantas, siapa yang memberi kalau semua orang pun berfikir begitu? Bagusnya jika kita menjadi orang yang memberi itu. Kerana orang yang memberi lebih baik dari orang yang menerima. Mungkin kita terpisah berbatu-batu jauhnya dari teman kita, yang mampu dilakukan hanya berdoa kepadanya. :)


Jadi lah teman yang sejati, dan kamu akan mendapat teman sejatimu.



Nota kaki : Seronok juga berbahasa baku ni. Rindu teman-teman yang dahulu bersama dalam susah dan senang. Mungkin saya belum menjadi teman sejati sehingga sukar untuk menemukan teman yang setia. Berbahagialah anda jika punya teman baik. Itu sudah cukup buat kita gembira mungkin untuk suatu ketika. Mungkin dan mungkin.

02 April 2011

Perlu ke curang?

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 22:05 0 comments

Gambar : Lelaki curang atau perempuan yang curang?

Pernah suatu ketika dahulu ada orang tanya saya pasal curang-mencurang ni. Dengan ilmu yang cetek ni saya pun bagi la pendapat ikut akal walaupun kadang-kadang macam tak masuk akal je.

Momot : Apa pendapat awak pasal perempuan yang curang dengan lelaki lain?

Mimit : Perli saya ke apa ni?

Momot : Eh, tak la. Saja ja nak tanya.

Mimit : Okey, pendapat saya mudah ja. Pertama : saya lebih salahkan si pakwe perempuan tu sebab tak pandai jaga dia. Kalau dia bagi layanan elok, mesti perempuan tu tak cari lelaki lain kan? Perempuan ni mudah je, bagi layanan yang bagus, konfem dalam tangan. 

Momot : Kedua?

Mimit : Kedua , memang salah perempuan tu jugak, yang curang tu kenape? Tak sedar ke dah ada boyfriend? Kalau ya pun tak suka kat balak tu, putus je dulu. Jangan tikam orang dari belakang.

Momot : Ada lagi? Macam mana dengan lelaki tu.

Mimit : Tu yang ketiga. Jadi last sebab dia ada jugak hak nak berkawan dengan siapa pun. Tapi bagi saya tetap salah. Kalau nak kawan tu tak ape lah, jangan merampas. Tu awek orang, tak kan tak tahu kot. Berpada-pada lah kalau nak kawan pun. Banyak lagi perempuan lain kat luar tu, kenapa awek orang jugak jadi mangsa?

Momot : Jadi, kalau lelaki yang curang, terbalikkan fakta lah?

Mimit : Yup, benda yang sama jugak tapi terbalikkan watak. Bagi saya semua pun salah. Entah, cinta monyet tu biasa lah kan.

Momot : Oh, kalau macam tu saham saya naik lah.

Mimit : Saham?

Momot : Saham dalam koperasi, saya melabur dalam tu.

Mimit : Oh? Ok. -__-"



Yes, saya pun pernah curang jugak dulu. Sengaja nak bukak cerita balik zaman budak-budak. Memang kalau kita suka kat orang tu, kita sentiasa nak dekat dengan dia, sentiasa bersama dia. Tapi kalau dah kita je berusaha, letih jugak kan? Give and take lah babe. Nak bercinta buat cara nak bercinta. Bila dah cakap nak bersama, bagi lah kerjasama. Tak kan sebelah pihak je berusaha, kan?

Kadang-kadang curang ni bukan sebab fizikal seperti orang itu lebih kaya, atau lebih cantik atau lebih tampan etc. Tak dinafikan memang ada, tapi tu orang mereng je buat. Joke. Ia melibatkan perasaan. Nak bercinta bukan dengan fizikal ja, tapi spiritual jugak. Luar dalam. Kalau dah rasa macam bertepuk sebelah tangan, buat apa kan? Nak putus, SAYANG katanya. Tapi memerlukan kasih sayang. Orang lain boleh bagi jauh lebih bagus, jadi memilih untuk curang.

Mungkin bahagia bila ber-curang ni. Yang nak dapat, yang diimpikan pun dapat. Pernah dengar lagu Antara Dua? Lebih kurang macam tu lah kot. Kan. Tu lah cerita saya dulu. Di sini membahagiakan, di sana tersangatlah tampan. Okey, budak bengong je buat gitu. Last sekali melepas dua-dua. Terbaik.

Jadi, tak payah lah nak curang-mencurang ni. Tamak sangat eh. Setia lebih bagus. Banyak manfaatnya. Orang kata kalau kita curang, nanti pasangan kita jugak curang. Hihi :D Jangan buat dah ye. Sekarang saya ne jujur terlebih. Nak keluar dengan lelaki lain pun bagitahu boyfriend. -.- Tersangat jujur. Takpe, lebih baik jujur dari menipu, kan? Sayangilah hubungan yang telah sekian lama kita bina dengan penat lelah tu. Kalau kita sayang orang, orang tu pun akan sayang kita, hopefully. :)

Tujuh Rahsia Kebahagiaan

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 03:07 0 comments

Hye. Hari ni genap dah dua minggu saya berhibernasi kat rumah, bak kata kak Iffa. Rutin masih seperti biasa, tidak berubah. Tapi hari ini agak berbeza kerana saya dapat melihat dunia setelah sekian lama. Okey menipu, tiada kaitan dengan April Fool.

Hari ini teman mama pergi ke bank-bank kalau dalam bahasa Inggeris nya disebut banks sebab plural menunjukkan banyak walaupun hanya dua dan itu adalah lebih dari satu. Merepek. Lepas tu segera pergi mendapatkan contact lenses kerana saya sudah seharian membuta tanpa dapat melihat. Ketawa sinis.


Selain menghenyek tilam tu sampai berlubang, saya dah start ubah rutin yang bodoh ne. Sekarang menonton drama korea -.- dan baca buku! HAHA. Masa belajar tak pulak ye nak rajin membaca. Ni baru terhegeh-hegeh nak belajar kan. Dah la buku english pulak, memang rajin lah nak berbukak kamus lagi. Almaklumlah orang tak pandai bahasa Inggeris ni.




The Seven Secrets of Happiness
by SHARON OWENS


A tale if finding happiness in the most surprising places.







Bukan senang nak hidup senang, dan bukan susah nak hidup susah. Walau apa pun perlu ingat yang ilmu itu penting dalam apa pun. Dan keluarga adalah nombor satu. Walau punya kawan seribu, ingat juga kita punya tuhan itu. Cuba lah untuk bahagia sebab banyak lagi manusia yang menderita dari kita. Tuhan menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Tabah dan cekal dalam setiap bicara mampu menyelindung setiap luka dan duka. Tapi kita tak mampu menipu diri sendiri yang telah sekian lama tersiksa.





Nota kaki : Macam mana nak buat orang yang kita sayang, sayang kita balik? Kadang-kadang tak semua apa yang kita nak tu dapat kan. Berpura-pura untuk bahagia juga salah satu jalan untuk menjadikan hidup ini benar-benar bahagia, mungkin? Kalau tak pernah rasa susah, munkin kita tak akan kenal erti senang. :)

01 April 2011

kalau lah aku tak rabun ,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:23 0 comments
Ya Allah, beratnya ujian-Mu.


Sehingga hari ini baru aku sedar betapa susahnya hidup, betapa siksanya dunia. Mengapa aku yang dipilih hari ini? Mengapa aku yang menjadi hamba-Mu hari ini? Mengapa dugaan ini berlaku hari ini? Jelaskan.



Kalau aku tak rabun, aku boleh buat apa sahaja dengan senang. Kalau aku boleh melihat tanpa apa-apa bantuan, mudahnya hidup. Seperti orang lain. Kalau lah aku tak rabun, sudah tentu aku tidak memerlukan cermin mata ataupun kanta sentuh. Kalau aku tak rabun, duit mak ayah aku pun tak habis nak belikan aku alat bantuan itu. Kalau aku tak rabun, masa aku pun tak perlu digunakan untuk pakai contact lenses.



Cermin mata dah patah. Contact lenses dah expired. Sekarang aku nak melihat macam mana? Aku dah kehabisan alat bantuan. Ohh tuhan, sembuhkan lah aku dari penyakit rabun ni. :(


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez