Comel kan? Tapi saya lagi comel.
Di kala kebosanan melanda pada waktu pagi petang mahupun malam. Tiba-tiba jari ini pantas sahaja menge-click butang video di paparan screen lappy kesayangan saya ini. Scroll ke bawah dan scroll lagi. Ada sesuatu yang menarik untuk dibuat juadah mata pada malam itu, mungkin. Dengan bersahaja saya telah tidak sengaja mene-click folder Shin Chan. -.- Maka itulah santapan mata yang letih selepas bangun dari tidur *bukan letih study*.
*
*
Okay cukup membebel.
Nak dijadikan cerita lah kan, ada lah pada suatu masa dahulu, masa tu saya ne kecik-kecik lagi. *macam dah besar sikit je* Heh. Standard lah kan budak-budak suka tengok television. Tak kurang saya ne. Pagi petang siang malam mengadap TV je. Dah tiba bulan puasa ( bulan Ramadhan la kalau tak faham ) , mak kesayangan saya ne tak bagi bukak TV waktu siang. Dia cakap, "kalau tengok TV nanti kurang pahala puasa tau." Nak tahu kenapa? Kan kat TV tu asyik view gambar orang-orang seksi je, tak senonoh pulak. -__- Okey, jadi apa lagi aktiviti yang saya boleh buat? Nak main game dah bosan. Naaaaaak jugak tengok TV tu. Padahal TV tu dah seabad umurnye. Haha
Bagi memujuk saya yang bakal menangis akibat kebosanan yang teramat *sebenarnya nak bukak puasa* , maka abah saya telah membawa saya ke mall yang berdekatan ( kadang-kadang jadi jauh ). Jalan punya jalan, kami masuk ke POPULAR. Ala, kedai alat tulis yang famous amos tu. Pusing-pusing lagi saya pun pergi ke bahagian komik. Memang tak akan nak pergi la kan kat bahagian KBSR tu. Bagi membuang masa, saya pun usha kat rak tu satu-demi-satu. Apa saya nak beli ye? Ha, dah dapat idea.
"Abah, nak beli komik Shin Chan. "
Dengan itu saya amek lah komik tersebut untuk dibawa ke kaunter. Dah kena beratur panjang. Apa lagi, tengah puasa ni. Mata tak habis la nak menjeling-jeling ke arah gula-gula dan coklat yang bertaburan tersusun atas rak kat kaunter tu. Dah nak sampai turn, "Abah, nak KITKAT." Bertuah sungguh la siapa yang dapat anak macam saya ne kan? Sejak hari itu, hampir setiap hari bulan puasa saya nak ke mall dan beli Sin Chan.
Kini telah lengkap koleksi komik DORAEMON 1-45. Tapi Shin Chan belum cukup. ( Dah bulan puasa ada 30 hari je )
Nota kaki : Sejak study week ni, kalau boleh setiap dua minit saya nak update blog. Mengapa?
0 comments:
Post a Comment