22 March 2011

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 15:10

Peribahasa ini cukup untuk menggambarkan satu situasi dimana manusia berada dalam keadaan tersepit di antara dua keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Mak dan bapak atau lebih manis disebut ibu ayah adalah satu contoh untuk menceritakan bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai. Namun begitu kita tetap perlu memilih di antara keduanya. Yang mana? Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar batas kemampuan akal atau fizikalnya. Seberat mana pun ujian yang datang, pada akhirnya pasti ada jalan penyelesaian. Cuma perlu dibaja dengan usaha, akal fikiran, dan istikharah serta tawakkal tu 'alalaah. Jangan pula disiram dengan penyerahan kerana putus asa itu adalah suatu kekalahan. Semoga kita dapat jalan terbaik.



Keputusan Hidup

Okey, tak tahu macam mana nak mula. Nak start dengan menangis ke ketawa? Bila diberi dua pilihan yang tak boleh dipilih, apa korang nak buat? Itulah peribahasa yang sesuai buat masa sekarang. Seperti yang dah diulas atas tu. Faham kan. Sesungguhnya saya sekarang berada dalam keadaan yang super duper kritikal. Boleh mati tak boleh hidup. Eh, apa saya merepek ne?

Mengeluh.
Jika diberi pilihan sama ada kawan atau masa depan, yang mana satu jadi pilihan? Tak boleh hidup tanpa kawan, tapi tak mati. Miskin masa depan tapi masih boleh hidup. Kawan dan masa depan keduanya sama penting. Sudah diulas. Jadi bagaimana harus saya pilih?

Situasi Satu : Masa Depan.
Saya ditawarkan untuk bekerja sambil belajar. Maksud? Bukan PJJ (Pengajian Jarak Jauh). Saya bekerja, juga pada masa yang sama saya melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Degree (Ijazah). Masih dan tetap berada di rumah. Keadaan yang sangat bosan. Kerana di usia 19 saya sudah mempunyai komitmen kerja. Kelebihan? Dapat gaji. Hidup senang. Lagi empat tahun dalam bank saya ada 50ribu. Baru umur 23. Dah boleh kawin. Ketawa. Tapi? Sekeliling saya manusia berumur 25tahun ke atas. Cuba bayang. Tanpa sahabat seusia, di mana hidup remaja saya? Lagi bagus, setelah tamat Ijazah gaji berubah dan mendapat kerja tetap. Ini masa depan.

Situasi Dua : Kawan.
Melanjutkan pelajaran ke Ijazah seperti kawan-kawan yang lain. Masuk Universiti. Bayar yuran setiap semester. Berhutang dengan MARA atau PTPTN atau Yayasan tertentu. Hidup dengan rakan-rakan. Enjoy dan bersuka ria. Belajar bersama. Tapi, setelah tamat belejar belum tentu dapat kerja segera. Paling kurang tiga tahun menanggur atau cuma dapat kerja contract. Setelah dapat kerja, perlu bayar hutang dan umur 23 belum ada simpanan sendiri. Hidup normal. Ini short term.


Kiri atau kanan?

Situasi satu lebih menguntungkan. Tapi mampukah mengharungi situasi itu? Atau. Tiada kata. Apa fungsi Asasi Kejuruteraan yang saya dah belajar selama ni? Sia-sia. Tiada guna. Ini pilihan yang tidak boleh dipilih. Kalau anda bagaimana?



Nota kaki : Ini pilihan hidup. Perlu diteruskan. Tanpa menoleh ke belakang tanpa penyesalan.

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez