23 March 2011

Stood still ,

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:10
Setelah dua hari berkurung dalam rumah, tinggal atas katil je. Hari ne saya wat keputusan nak keluar. Tapi tak tahu ke mana hala tuju. Bangun pagi siap-siap, abah pun pulang ke rumah. Katanya mahu bawa saya ke hospital. Ye saya sakit. Sob sob sob. T-T Tapi saya baik-baik aje.

Haha. -.- Ne gambar menggedik masa kat Klinik Kesihatan. Menunggu turn dari pukul 1030-230. Parah kan bila pi tempat kerajaan ne? Tapi terpaksa, sebab kalau pi hospital swasta, banyak belanja. T-T Bukan kes kecil juga bukan kes besar.

Saya dah tak ingat bila detect penyakit ne. Penyakit ke? Er. Mungkin. Tapi ini sakit keturunan. Seingat saya dapat tahu ne sebetulnya tahun lepas, masa buat medical check up sebelum masuk university.  Masa x-ray tu dah perasan. Tapi rasa macam okey-okey saja. Sejak masuk U ni, dah terpaksa bergerak sendiri tanpa driver terhormat, tanpa tukang masak terhebat, baru rasa effect-nya. Umur 19? Bukan muda dah untuk penyakit ne. But kata doctor, penyakit ne selalu dapat detect masa teenagers lah. Mungkin 19 belum terlambat, cuma sedikit susah untuk membetulkan keadaan. Harap yang terbaik lah kan. Ameen. :)

Soalan. Apa yang saya sakit? Ada yang dah tahu, ada yang dah perasan. Tulang belakang saya bengkok. Itu normal aje sebenarnya. Sebab keturunan kan. Dapat dari nenek dan mama saya. Genes dari keturunan ne memang kuat. Hoho~ Tapi lagi bagus kalau betulkan menjadi lurus. Sebabnya saya jalan ting tong. Dan badan cepat lenguh bila dah berusia nanti. Nak pakai baju kahwin pun tak cantik. Kuikuikui. :P

Perlu ke menghina pesakit macam saya ne? Bukan sakit AIDS ke HIV pun. Tulang belakang bengkok je. Nak betulkan kena buat operation. Hoho. Takut! >.< Ne, tengok lah x-ray tulang saya tapi tak full. Malas nak snap lagi satu x-ray tu. Ni pun dah cukup jelas bengkoknye kan. Ye, saya tak kisah pon kalau orang tahu saya sakit. At least penyakit ne tak memudaratkan orang lain. Tak hilangnye pun maruah saya okey. Nanti dah cantik, seronok sama macam orang lain jugak.
 
Awak-awak yang sihat wala'fiat tu bersyukur lah ye. Manusia memang tak sempurna. Tapi Allah dah ciptakan kita sebaik-baik kejadian. Segala kecacatan itu hanyalah ujian dunia buat kita supaya kita ingat padaNya. :) Doakan saya baik-baik saja dan saya pun doakan awak-awak sihat selalu. Ameen.

Esok profil saya akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Getar jugak hati ne. >.<





0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez