13 November 2010

GILA ICE CREAM ! :)

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 21:11
Lately saya sangat mengidam ice cream tanpa diketahui sebabnya, Asal ada lalu je moto tayar tiga dalam taman saya, mesti tiba-tiba saya jadi telinga lintah. Eh, telinga lintah? Ah abaikan, dah lama tak belajar BM nih. Macam biasa, strategi si penjaja ialah menarik perhatian pelanggan, terutamanya kanak-kanak. *Tapi saya yang tertarik! Lagunya berbunyi lebih kurang macam ini lah. "Mat Kool Mat Kool, kawan ku. Mari kita ikut, Mat Kool!" Wah, pantang je dengar lagu tu, dari dalam bilik terus saya lari-lari itik ke depan, maksudnya tak adalah laju sangat. Haha.. Sesampai je saya kat pintu rumah, moto tu dah hilang. ZzaaapPP!! *kecik ati* Woah sedihnya sampai ke ulu hati. Okey, hiperbola. Tapi, memang sedih sangat sebab sepanjang cuti nih, berapa kali je makan ice cream. Almost hari-hari lah moto tayar tiga tu lalu ke sini, tapi setiap hari jugak tak sampat nak membelinya. Nak buat macam mana kan, tak ada rezeki kot. Betul lah, kadang-kadang bila makanan dah ada kat tangan pun belum tentu jadi rezekinye, tup tup makanan tu jatuh. Tak ke namanya bukan rezeki. Tapi tak apa lah, sabar itu kan mahal. Separuh daripada iman pulak tu.

Jadi hari ini ialah hari makan ice cream. *Padahal tengah sakit perut nak mati. Tapi who the hell cares? Haha.. Balik je dari MUET td, terus pergi shahab dan beli tiket untuk balik Puncak Alam ♥. Terasa hari ini sangat panas dan bahang dan terik lah. So, before balik rumah saya pun singgahlah kedai untuk membeli ice cream. Dalam kereta ada RM1.50 je. Dapat beli satu sajelah. Jimat tak nak guna duit sendiri. Bukan apa, tak nak membazir. Hehe.. Beli lah satu ice cream Walls yang baru keluar tu. Tahu tak? Ada je iklan kat tv sekarang. WALL'S FRUTTARE. Ada dua perisa je, kiwi dan strawberry. Ok, saya tak promot cuma nak bagi tahu info terkini. Tadi saya nak rasa benda baru, jadi saya beli lah kiwi. Sedap la jugak makan di tengah hari rembang tu. Layan je makan sorang-sorang.


Ha, ini lah rupanya ice ice cream itu. Nyuuummmy! Ada masa, cuba lah jugak. ^_^

Oleh kerana hari makin panas dan panas serta perut saya makin sakit dan sakit serta muka pun dah naik pucat tak terdaya nak berjalan lagi, maka saya berkata kepada abah, "Abah, p beli ice cream~". Hehe.. Biasalah anak bongsu katakan, tolong jangan jealous okey. :) Selepas solat Asar abah pun bergerak keluar dari rumah untuk ke market dan beli ice cream. Seronok bebenornye lah pasal abah beli banyak ice cream. Ada yang kecik ada yang besor. Alahai, macam anaknye ada sepoluh pulak. Ishk, suka sangat sampai saya tulis blog nee. ^^ Nak tahu abah beli apa yang best sangat tu? Mat Kool lah !! Haha. (;

Apa salahnye, suka ice cream?  Saya takdelah gemok mane pon nak pantang itu ini. Tahu lah nak jage kesihatannye kawan-kawan. Tahu tak ice cream ne dapat buat orang bahagia.? ^^

2 comments:

syaifulfaris on November 14, 2010 at 2:12 AM said...

nanti kita mkn skali ea.
wink2. ^^,

HANA QASRINA HANIM on November 14, 2010 at 1:05 PM said...

wiwink! okey bobot. <3

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez