15 November 2010

Oh UiTM ! Part 2

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 11:58
Yeah. Mari-mari kiat update lagi pasal puncak ne ye.  (:

Woah, excited la pulak mahu tulis-menulis di pagi yang sudah cerah lagi terang-benderang ni. Jam di dinding rumah saya sudah menunjukkan pukul sembilan tiga belas pagi. Hari ne bangun awal sebab sebenarnye mahu keluar dengan kawan-kawan tapi flight delay la pulak. Hehe, JOKE. Tade lah, kite dah tukar set ke lepas zohor. ^^ Jadi tak bagus pulak kalau tidur balik an? Saya pun cuba membina mood ceria di pagi ini dengan mengepost status di facebookLets bright up our day with lots of SMILE. :) " dengan harapan dapat lah bersenyum sepanjang hari. Ameen. :D

Okey, Let's talk about puncak and me. Haha, tak minat sudah. Boo. Now nak cerita pasal benda yang paling best bagi saya untuk stay dekat puncak. Kalau tak dak ini, alamatnye mati kebuluran lah saya. Hoho, ok tipu. Tajuknye untuk entry ini ialah ........... house mates



*Tiada dalam gambar : Shada , Nenet dan Aten.


Mengapa mahu type pasal house mates? Ha, sebabnye deorang ne lah yang menceriakan hari-hari saya kat situ. Plus, orang first yang saya jumpa masa mula-mula sampai situ pun house mates lah. Ishk, seronok bebenor rupanya bila tinggal ramai-ramai ne. Almaklumlah, saya ni tak pernah tinggal di hostel dahtu pulak kat rumah ada dua beradik je. Mana nak rasa meriah sangat. Ok, tipu lagi. Haha Nak dicerita sikit lah, saya dengan kakak ne. Walaupun rumah saya ni ada empat orang je, tapi saya dengan kakak dah cukup meriah macam lebih sepuluh orang tahu. Tipu lagi. :P Menyampah tak? Zz. Bia lah, belog saya.

Ada lagi satu benda nak cerita. Hehe. Dalam rumah tu, orang panggil saya Ana. Sebabnya mula-mula nak kenalkan diri dekat housemates dekat bilik D tu, saya ne malu-malu lembu sikit. Pegi sebut Hana, tapi deorang dengar Ana. So, terjadilah panggilan Ana untuk saya dalam rumah tu. Sweet aje. Tade lagi orang panggil Ana kat saya. Maka saya pun mendapat kenangan kat sini. Yang tak mungkin dapat lagi kat tempat lain. (:



 

Me and Yana aka Mek Jiwang. :D

Kan kitorang tinggal dalam apartment, dalam situ ada empat bilik and setiap bilik ada dua orang. Roommate? Ini lagi seronok, roommate saya orang Kelantan. Fuh, what the ? Haha, itu lah bila mula-mula dapat tahu. Ye lah isu sensitives macam ne mana boleh cakap, tapi nak la jugak cakap. Dah biasa lah orang cakap Kedah dengan Kelantan ne memang susah nak baik. Sebab tu dulu saya susah jugak nak sesuaikan diri dengan roommate saya ni. Dah tak pernah duduk hostel, ni tetiba kena tinggal dengan orang tak kenal, Kelantan pulak tu. Haish.  Penat jugak le kan. Tapi now dah okey. Baik-baik je budak ni. Memanglah kadang-kadang annoying, tapi saya pun lebih kurang jek. Haha Kelebihan dia satu je, rajin kemas katil. Hoh tahu sebab apa? Dia budak MRSM lah! Fuhh. Tengang siot cadar dia. Saya pun penat bertungkus lumus nak straightkan cadar, tapi tak lah sehebat dia. Whee~ Lagi satu saya suka pasal dia ne, dia sokmo baca Al-Quran. Almost hari-hari lah dia baca. Tak perasan pulak bila dia tak baca. Ha, budak macam ne lah kita nak kan? Tak banyak remaja sekarang ni suka baca kitab suci agama kita. Pernah sekali saya demam teruk masa final exam tu, saya mintak tolong dia bacakan Al-Quran untuk saya. Time kasih ye Yana. Sayang Yana banyak-banyak tahu. Nanti sem dua kita tinggal sama lagi ye! (:


 

Yuyun yang comel. :)

Second, move to my favorite house mate. Ha, yang ini lah antara orang yang mula-mula rapat dengan saya kat puncak ni. And and dari dia lah saya berjangkit guna "saya" dan " tahu". Haha Minah ni sorang tak pandai cakap "aku kau" katanya. Saya pun tak bahasakan "aku kau" dengan perempuan kat sini. So, nevermind lah if guna "saya" pun. Tapi saya lebih selesa menggunakan panggilan nama di sini. As a result most of my friends here guna nama bila bercakap. Nice what, penat penat mak ayah bagi nama, kita panggil "kau" je? Haih. Coret lagi pasal si Yuyun nih. *Sorry ye Uyuun sebab Ana panggil Yuyun. Comel mcm Uyuun lah jugaknye. Minah ne serrabut sangat-sangat sampai tak tahu nak cakap lah. Hehe. Pemalas memang No Satu. *Jangan marah lagi ye. Ho, tapi baik hati je dia nih. Kalau tade pape nak buat, sembang lah dengan dia. Keja dia satu ja, ONLINEEE! Hah, itu je dia tahu. Layan korea sampai muka dia pun macam minah korea dah. :P Saya paling jealous dengan dia bila tiba time test or exam. Haih, kita ne penat-penat study, dia rileks je. Boleh lagi layan korea. pfftt! Memang gitu sebab dia ne boleh je study last minute, cepat menghafal pulak tu. Pegi amek medic ah Yuyun oi! huh ^^

Hoh, mari-mari lagi terjah rumah saya ne. Hehe, gambar akan diupload nanti ye kalau rajin. Now, turn Farah as my house mate and rakan sekuliah. Saya Group M5 dia Group M4. Ha group-group M ni satu kuliah le. Sokmonye pegi kuliah dengan dia lah. Duduk pun dengan dia lah. Berkepit aje dalam kuliah. Kadang-kadang dia lah ajar saya kalau-kalau terstuck masa belajar. Orangnya manis manis aje. Baik, tade jahatnye lah. Hoho Dia orang Serawak. Oic, bangga kot dapat kawan dengan orang Serawak. :) Boleh belajar cakap-cakap dengan dia. Paling-paling best ialah KEK SERAWAK!!!! Yeah. Ori punya mari. Woah, rupanya mahal-mahal blake kek-kek sedapp tu. Haish, asal lepas cuti aje, dapat lah makan kek tu. Tak sabar nak masuk sem dua, boleh makan lagi. Haha *evil laugh* Lagi satu, kegemaran kitorang hampir sama. Sebabnye? Ada banyak jugak baju kitorang serupa. Ini memang lawak ah. Bukan sepasang je. Pernah aje pakai sama-sama pegi kuliah. ZZzz Tape, ni lah namanya kenangan, kan? (:



Tengok lah. Baju kami sama! ^^

Ha, yang lain tadelah rapat sangat. Ada lagi Nadia, Shada, Anis aka Nenet dan Aten. Tak rapat tu bukan lah tak baik ke hape. Cuma tadelah selalu berkepit. baik-baik aje. Nadia selalu study, takpun tengok Shin Chan dia tu. Haha. Shada pulak lagi suka buat hal sendiri tak pun pegi dengan bestfriend dia je. Nenet and Aten lak memang berdua je dalam bilik deorang tuh. Kawan-kawan deorang selalu datang situ. Tak lah selalu lepak sesame. Kalau ada hal je bercakap. Tapi baik-baik aje semua. tade gadoh-gadoh sini. Terasa hati tu perkara biasa lah kan. Nobody's perfect bak kata orang. Makan hati makan jantung tu sume adat bila hidup dengan orang. Kena terimalah yang bukan semua orang suka kita, kan? Apa pun pasti cuba yang terbaik!

Adat pelajar University untuk stay up adalah perkara biasa, apatah lagi musim exam. Haha Rajin semua kat sini. Saya tadelah rajin sangat. :P Banyak aje yang saya dan house mates buat sama-sama. Selalunya makan sekali lah. Berjemaah lah katakan. InsyaAllah mendapat lebih keberkatan. :) Ha, masa bulan puasa dulu memang buka puasa sama-sama lah kami lapan orang. Duduk aje dekat ruang tamu tu makan sekali. Ini memang baik, walaupun tade family sendiri, tapi kita ada family baru kat sini. Tadelah sedih sangat kan. Sembang-sembang sama-sama hilang lah jugak rindu kat keluarga di kampung halaman. Lainnye, kitorang duduk dalam satu bilik, sembang dari pagi sampai malam. Ni waktu weekend lah. Sebab budak baik blake, duduk rumah je. Dah tade keja nak buat, sembang lah kan. Tak pun karoke melalak tengah-tengah malam tu ha. Almaklumlah ada Mek Jiwang dalam rumah ni. Haha. Best part of us is bila sembang tu, macam-macam lah yang kita share. Ini yang buat satu rumah jadi macam family sendiri dah. Dari bab A sampai Z lah kita cerita kan. Tacing tak tacing suma ada. cerita pasal boyfriend masing-masing tu yang paling tak tahan. Ops. Haha Girls Talk lah katakan. :D



Ini lah kami masa weekand. Haha spend time together makan-makan jalan-jalan. Makan aje ice cream tu ramai-ramai. Sedap tahu. Murah sangat, cuma RM1. Mana nak dapat?! Yang penting enjoy. Hidup taknak sedih sedih. Happy saja dengan apa yang ada. I'm glad to have all of you, my house mates. Mari lah kita struggle untuk sem depan. Yeah! :)




TERIMA KASIH SHADA!! ♥♥


Yes, memory yang tak akan dilupakan. Its our birthday. Birthday saya 10 July, Uyuun 11 July dan Nadiah 14 July. Woah, pada mulanya memang sedih sangat lah. Rasa macam the worst birthday pun ada. Dengan waktu tu perasaan berkecamuk tahap kritikal, menyampah suma ada lah. But telah diselamatkan oleh mereka-mereka yang baik hati ne. So, on my birthday kami pergi Sunway Pyramid! Haha. Nasib lah masa pergi sana tu ada Artis buat konsert pulak. Seronok habis lah dengan shopping lagi kan. :) The next day was Uyuun's birthday. Haritu shada balik ke puncak ne bawak kek. auuwmm! So, ini bukan lah my first birthday yang tade kek. Hoah, nasib baik. ^^ Ha, mekasih bebanyak Shada ye. Dah la kek favorite lak tuh, Blackforest oi. Best Best Best !! :D






Dah, cukup lah sikit ye cerita pasal house mates saya nih. Nanti kalau ada gambar lagi saya upload. Mari-mari tinggal di puncak. Memang serroonok! Haha. Ini aje lah saya boleh cerita kat sini ye. Buat tatapan saya dan anda anda yang prihatin terdahap kehidupan saya. Saya sayangg semua semua kawan saya tahu? 

Lotsa love my friends,
ana

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez