21 November 2010

Oh UiTM ! Part 7

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 12:48

Oh UiTM sudah sampai ke Part 7. Banyak jugak lah yang saya dah tulis kan. Hoh, tape sukahati saya lah. Bukan ada orang baca sangat pon post yang boring ne. Saya je nak simpan memory saya kat sini. Nevermind.

Cuti semester dah habis hari ni but saya masih lagi atas katil kat rumah sekarang. Urgh, Saya dah beli tiket paling lewat. Memang tahap MAX lah lewatnye saya sampai puncak esok. Dah la ada Taklimat UPU dari Kementerian Pengajian Tinggi pukul 11pagi esok, padahal saya sampai puncak tu mungkin pukul 7pagi takpun lagi lewat dari tu. Semua ne gara-gara orang tersayang. Dah nama pun sayang kan, macam mana pun takpa. Harap-harap perjalan saya malam ne selamat lah ye. Ameen.

Saya tak tahu nak cakap apa pasal nak masuk Sem 2 nih. Mood dah hilang dek kerana bilik kena pecah masok. Sampai sekarang pun tak tahu lagi barang apa yang hilang and macam mana keadaan bilik yang bersepah tu. Sakit hati belum habis. Kalau tak, memang membuak-buak lah semangat saya nak naik sem baru nih. Bukan apa, semangat tu penting walaupun kadang-kadang jadi hangat-hangat tahi ayam je. Tak kisah la, lebih baik ada dari takda langsung, betul tak?

Nasib saya agak baik sebab esok tak ada kelas sebelah petang. So, boleh lah saya qado tido saya yang tak cukup malam ni. Hehe. Apa pasal lah deorang start kelas esok. Start lah lusa. Yelah, dah ada taklimat tu, cukup la. Nak buat kelas pulak. Ishk ishk ishk. Penat betul kan. Ha, penat lagi bila tengok jadual kelas yang macam harem. Grr. Semua kelas pagi-pagi. Dah tu habis petang-petang. Memang tak ada HEAVEN dah la sem ni. Sabar. Tu sebabnye nak suruh saya belajar betul-betul.!

Ahh. Mari-mari kita bina semangat sekarang! Mahu belajar bersungguh-sungguh okey. Ha, assignment nak tiru takpe, itu lebih baik. Hehe yelah nak cover carry mark katakan. Kalau nak harap saya buat sendiri memang jatuh tenggelam lagi la pointer saya. (Ini sepatutnya tak boleh tulis, bahaya) Haha. Yang penting, sem baru ne saya taknak dah sedih-sedih macam dulu. No more cry, insyaAllah. Kalau nak jadi apa pun jadi lah. Saya malas dah nak kesah. Orang memang suka nak hancurkan hidup kita, bior je orang gitu. 

GOOD LUCK !!

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez