30 November 2010

Saya kan PANDAI. :)

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 19:49
Reactions: 


WOAH! Tajuk agak ganas disitu ye. Bukan hape dah lama tak memulis ne. Sengaja nak luang masa dengan lappy saya ne sekejap. :)

Nak kongsi satu cerita la kan. Pasal perasaan jadi orang pandai. Hah, dah lama kot tak rasa macam ni. Ye lah kan sejak masuk U ne dah jadi pemalas. Masuk lecture main sms, pegi tutorial tengok je tutor bercakap. Tutorial tak pernah siap. HAHA. Itu sem satu lah! ^^ Ne dah ada semangat baru, insyaAllah berkekalan lah kan. Ameen. :)

Ishk, sangat seronok tahu bila jadi orang pandai ne. Bukan nak bongkak. Kalau pandai, orang pun hormat. Dapat jugak tolong orang. Seronok bila kita pandai. Bukan untuk bangga diri, bukan nak riak. Kalau bijak, takde lah nak menyusahkan orang sangat, and tak perlu nak susah-susah cari orang nak bertanya bila tak tahu. Tak semestinya tak perlu bertanya, tapi bila dah pandai ne senang. Semua kita tahu. Hishk, macam mane lah nak jadi pandai ye? Kena rajin lebih lebih kot. Kalau pandai kan, cikgu pun suka. Nak pandai kena selalu bertanya kepada yang lebih pakar. Jangan pulak kita pergi tanya dekat orang yang kita tahu dia tu tak tahu, kan dah macam menyindir je, kesian orang tu. Tak baik lah!

Nak jadi cerita, sebenarnya semalam saya ada lah study sikit MATH. Lepas tu buat tutorial dengan roommate saya. Dah rindu nak jadi rajin. Dulu masa sekolah setiap hari buat homework. -.- Sebabnye cikgu garang, kalau tak siap alamatnya kena duduk luar kelas lah tak pun kena denda ke kena berdiri ke kena tulis nama ke. Haih, bila kat puncak ne dah takde semua tu. Sem satu dulu memang malas lah nak buat kan. Huh. Ni sem dua harap saya labih rajin. InsyaAllah. Hm. Semalam saya dan roomate bertungkus-lumus siapkan tutorial tu. Padahal tak belajar lagi dalam kuliah, tapi takpe tak salah kan belajar awal. SYABAS kat DIRI SAYA SENDIRI sebab BERJAYA SIAPKAN TUTORIAL dalam masa satu malam je. Hoh. Kalau dulu jangan harap lah, bukan separuh, suku pun tak terbuat. >.< *pemalas tahap gaban*

Masuk je kelas math pagi tadi, tutor tu nak lah buat tutorial tu. Tapi ramai lagi yang belum dapat soalan. Saya ne dapat dari kawan yang rajin. :D *kawan ye, bukan saya.* Lepas tu tutor detect lah yang saya ne dah siap semua. Huhu. *bangga sebentar* Sejak tu dia asyik rujuk kat saya je. Wah, seronok bebenor lah! Ini bukan nak takabbur ye, ini saya sendiri rasa seronok la. Dapat perhatian. Rupanya tutor tu tahu nama saya. *bangga lagi*. Hehe. kan bagus kalau orang ingat kita. Tambah-tambah guru kita pulak kan. Moga-moga berkat lah ilmu tu. Ameen. :)

Semoga saya bertambah rajin dan rajin supaya boleh jadi PANDAI. Ameen. (;

2 comments:

syaifulfaris on December 1, 2010 at 3:29 AM said...

well done syg. :)

HANA QASRINA on December 1, 2010 at 10:32 PM said...

thanx baby~

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez