16 November 2010

Oh UiTM ! Part 3

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 20:51
"Friendship is a pretty full-time occupation if you really are friendly with somebody. You can't have too many friends because then you're just not really friends."

Ouh my classmates! I love love them much. *Tipu je kot? Haha.

Ha, ne lah gambar kelas yang berkelas gitu. Group M5. Senyuuum aje kan? Dah nama pun nak ambik gambo. Huargh~

Okay, group ini disusun mengikut nama untuk sem satu lah. Semua ada Group M, N, P, R dan kemudian ada T. Oleh kerana nama saya Hana Qasrina Hanim, boleh dikatakan antara huruf yang awal lah. Jadi, masuk dalam Group M. Satu kuliah satu group. Dalam kuliah tu dibahagi pulak dengan kelas yang kecik. Saya tergolong dalam golongan orang yang namanya bermula dengan huruf H I J K. Kalau klik kat gambar tu, ha nampak la nama nama kami semua. :)

Apa yang nak dicerita pasal M5? Tak dak idea la pulok. Huhu. Kami berjumpa hampir setiap hari kecuali weekend ja kot. Dah nama pun sekelas kan. Setiap hari ada kelas, setiap hari lah jumpak. Tapi, M5 tak lah special sangat. Macam ada sifat berpuak-puak jugak kat sini. Alahai, tak nak komen banyak-banyak, takut jadi konspirasi nanti. ^^

Walau apa pun, M5 tak pernah ada pergaduhan yang besar-besar lah kot. *Rasanya jela. Semua senyum aje bila masok kelas. But tak banyak komunikasi between whole class. Sebabnye tak tahu mengapa. Saya okey-okey ja di situ, tak kesah sangat. Belajar sudah~ (:



Dapat dilihat dengan jelas kat gambar tu yang laki-laki 2/3 kelas. Huargh. Mula-mula masok, terkejot beruk jugak. Ketaq lutut taw dak? Haha. Dah lima tahun saya bersekolah di mana di dalam kelasnya hanya ada perempuan. Zz. Memang tak selesa lah mula-mula tu. Tapi saya tak ada lah sampai culture shock kan. Bukan jakun sangat nampak laki. Huh. Dulu ni kat sekolah serabut serabai tak dak sapa kesah, ni ho. Ada laki-laki. Mana boleh duk tak diam, kena duk diam-diam jugak. -___-" Nak buat macam mana, terima ajelah kan. Nasib baik takde yang hensem. MUAHAHA *evil laugh* Kalau tidak, alamatnye tak dapat nak belajar lah saya kat situ. :P

Ini class rappp yang sangat rajin. Kerajinannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Haha. Tapi baik orangnye. Prihatin kot. Tak tahu lah kan macam mana. Tak rapat pun. Tengok gambar kat sbelah ne pun tahu sendiri lah kan. Maap ye Hisyam. ^^ Mencuri gambo hang secara tak sengaja. :D Boleh famous sekejap kat sini. Muehehe :) Class rappp ni macam semua orang tahu lah, sama aje macam ketua kelas. Ha, itu lah kerjanya. Tapi mamat ni tak tahu lah apa dia buat. +____+ Dengan saya dia baik-baik aje. Kalau ada ruang, kadang-kadang sembang jugak dengan dia. Semoga hang dapat jadi pemimpin yang berjaya la noh~

"Leaders are made, they are not born. They are made by hard effort, which is the price which all of us must pay to achieve any goal that is worthwhile."



Ho, ini lah rupanya dewan kuliah kat puncak ne. Lawa kan? kan? kan? Kerusi memang sesuai untuk tido. (╯_╰) Semangat bebenor lah kalau dalam jadual tulis Dewan K1. Haha. Besaaaaaar sangat dewan kuliah ne. Sokmonye datang lewat SIKIT lah kalau ada kuliah kat sini. Paling lawaknye masa pagi hari Isnin. Siapa tahu? Miahaha. Kelas Dr. Rosli. Selalu aje ada problem. Kelas yang sepatutnya start pukul 830 dah jadi pukul 9! Woah, memang heaven. Padahal kan masalahnye cuma microphone takde battery, takpun projector tu tak terpasang. Haih, memang gelak-gelak ajelah tengok gelagat Dr. Rosli. Ha, paling tak tahan, masa kuliah beliau ne, memang mengantuk sangat sangat sangat sangat lah ! Tabikk sepering siapa yang tak tido. *Ehem, saya lah tu. Tak tido, tapi buat benda lain. Haha. Takpun nak bagi hilang mengantuk tu, pasang lagu sumbat dalam telinga atau salin je semua notes yang dia tunjuk slide tu. Salin sampai patah tangan sebab tak nak tertido. Kang ade pulok yang kena jawab soklan tak pasal-pasal. :D













Ouh Ouh Ouh I love them soo much ! Ha, ini lah kawan baik saya dalam kelas. Selalu dengan deorang berdua lah. So, kira kami selalu bertiga. ^^ Hana Qasrina Hana Izzati dan Izzati. Hehe. Macam ada jodoh kan kami bertiga? Dua-dua orang ne baik sangat-sangat lah dengan saya. Tempat nak bergossip pun dengan deorang lah. Hanna tu sokmo dengar cerita saya, pendengar yang setia. :) Izzati pun selalu jugak cerita-cerita. Kesimpulannya memang sayang lah kamu berdua, okay? :D












The other girls yang selalu bersama kami ialah Jaja dan Mida. Hoh Mereka berdua ne tak boleh berpisah. Selalu aje duduk sekali. ^^ Ha kami berlima ne boleh jugak la dikatakan satu geng. Group work ke assignment ke buat sekali lah. Tapi yang paling banyak berjasa tu Hanna Izzati lah! :D Haih, dia ne sumpah rajin. Semua benda almost complete lah. -__-" Okey, azam baru saya nak rajin macam Hanna! (: Tapi tapi sangat sedih sebab next sem Izzati dah ke group lain! :(   I gonna miss you lah!




 Yeah, ini sorang ja kawan seKedah yang saya ada. Tapi malangnya dia dah takdak. :( Oih, jangan salah pahaam. Dia dah pindah ke tempat lain la. masuk Maktab Perguruan pulak. Ha, dah tada gang la nak cakap kedah. Sebab tu lah, saya sekarang cakap keyy hell aje. :P Semua kawan-kawan saya cakap keyy hell. Haha. Tak puas hati ke? Ada saya kesah? Azie ne memang cakapnye pekat habiss ah Kedahnye. tak dapat nak disangkal lagi keloghatannya. Hehe, chaiyok ah Azie. Orang yang mewarisi khazanah negeri kita. ^^  

"We enjoy warmth because we have been cold. We appreciate light because we have been in darkness. By the same token, we can experience joy because we have known sadness."

Dah habis kot cerita pasal classmates saya. Pape pun sem satu dah berlalu. Seronok dapat ramai kawan baru. dan next sem akan dapat kawan baru lagi sebab dah streaming group baru. Hope dapat kawan baik-baik jugak. Bawah ni ada video khas untuk kawan-kawan semua. Jumpa di sem akan datang! :D




0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez