Bismillahirrahmanirahim. Dengan nama Allah, kini saya merasmikan Semester Kedua Asasi Kejuruteraan di UiTM Kampus Puncak Alam. Terbaik punya.
Semalam baru saya bertolak dari Alor Setar ke Klang naik bus SANI dengan sayang saya. Yeah. Seronok dapat bersama dia. Nevermind. Itu lain cerita. Hehe Bus bertolak pukul 1145mlm walaupun pada asalnya tiket pukul 1130. Entah kenapa lewat saya tidak ambil tahu. Kami sampai dekat Klang tu pukul berapa entah. 640pg kot rasanya. Siap sekejap pukul 7 kami breakfast. Makan roti telur. :)
Selepas itu menunggu lah bus kesayangan budak-budak puncak. U90. Selamat lah saya tiba di puncak ne pukul 9pg kot kalau tak silap lah. Rehat-rehat sekejap. Siap pulak pergi ke Kolej Angsana dengar taklimat yang best pulok. Biaselah dah berpuluh jam tak tido kan. Merepek je lah masa tu sambil ber-text-ing dengan buah hati. Memang tak dengar satu hapa pun lah apa yang dibebel tadi. Balik dari situ, apa lagi selamat malam lah jawabnye. Bangun-bangun terus pegi beli makanan. Mandi-manda lepas tu baru makan. :)
Haih, nasib lah kan takde lecture petang tadi. Dapat lah tido sekejap. Esok pun takde kelas pagi jugak. HEAVEN sebentar di sini. ^^ Malam ne buat bodo sahaja. Menanti masa untuk beradu. Ya, kembali lah untuk hidup di puncak yang indah ne. Semoga semester kedua ini memberi saya luck yang lebih-lebih. Ameen.
Saya, Hana Qasrina Hanim. Awak ingat saya, okey?
0 comments:
Post a Comment