14 November 2010

SUDAH WANITA ?!

Teneneow HANA QASRINA HANIM at 01:23


Adakah anda perempuan comel seperti saya? (:

Okey, entry kali ini tak merapu sangat macam entry yang lainnye. Bukan apa, sokmo post entah apa-apa je kan. Ini mahu tulis fakta yang auta pulak. ^^

Apa yang perempuan ada laki tak ada? Ehem. (:

Jika anda seorang perempuan, pasti anda tahu ini kan. Tapi, lelaki pun tahu. Moden doh sekarang. ^^

Dalam menjadi seorang wanita, seorang perempuan pasti mengalami haid. Er, apa pulak yang saya nak bebel nih? Takpe, saje je nak tulis pasal ni. Bagi kaum laki-laki tu tahu sikit. Bior dipahamnye deorang pasal sakit pening perempuan nie. Kot-kot la boleh tersentuh hatinye. Haha

Apa itu haid?

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita. Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari*. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari. Kanak-kanak perempuan akan mula mengalami haid semasa berumur 8-16 tahun. Purata umur seorang kanak-kanak perempuan mengalami haid adalah pada umur 12 tahun. Menstruasi bermula apabila sistem pembiakan telah matang. Ia berlaku hasil daripada tindak balas hormon yang berinteraksi dengan tubuh badan anda. ( *Tak sama setiap orang ye, tak semestinya benda ini betul tahu. )

Anda mengalami masalah dengan haid anda?

Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:

1.Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)

PMS tetap merupakan teka-teki kerana gejala luas dan kesulitan dalam membuat diagnosis tegas. Beberapa teori telah dikemukakan untuk menjelaskan penyebab PMS. Tak satu pun dari teori ini telah terbukti, dan rawatan khusus untuk PMS sebahagian besar masih tidak mempunyai asas sains yang kuat. Sebahagian besar bukti menunjukkan bahawa PMS hasil dari perubahan atau interaksi antara kadar hormon seks dan bahan kimia otak yang dikenali sebagai neurotransmitter. PMS tidak muncul secara khusus dikaitkan dengan faktor-faktor keperibadian atau jenis keperibadian tertentu. Demikian pula, sejumlah kajian telah menunjukkan bahawa stres psikologi tidak berkaitan dengan tahap keparahan PMS. Sekitar 80% dari wanita mengalami beberapa gejala senggugut. Insiden PMS sejati telah sering dibesar-besarkan oleh termasuk semua wanita yang mengalami gejala fizikal atau emosional sebelum menstruasi. Dianggarkan bahawa PMS klinikal signifikan (yang sedang sampai teruk pada intensitas dan mempengaruhi fungsi wanita) terjadi pada 20% sampai 30% dari perempuan. Sekitar 2% hingga 6% dari perempuan yang diyakini mempunyai variasi yang lebih parah yang dikenali sebagai PMDD. ( Okey ini saya merepek, info sahaja. betul lah kot. Kutip-kutip je nih jadi lah satu karangan. Hehe )

• Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid.
• Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa, over-sensitive serta keinginan yang
kuat terhadap sesuatu.
• Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat
mula timbul.
• Gangguan tidur dengan tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit (insomnia).
• Nafsu makan berubah dengan mengidam makan berlebihan.
• Keturunan nampaknya menjadi faktor walaupun gejala tertentu mungkin berbeza di antara saudara perempuan atau ibu dan anak perempuan.
• Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid.

Terdapat banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk mengubati PMS, tapi tak tahu lah berkesan ke tidak. Lain orang lain jugak jadinye. Tapi ini informasi yang saya kutip-kutip ajelah kan.

Pengurusan umum merangkumi gaya hidup sihat termasuk:

  • Senaman sokmo ! ^^
  • Keluarga dan rakan-rakan dapat memberikan sokongan emosional selama masa period. (: *Peranan boyfriend anda lagi penting nih sebenarnye. Haha
  • Mengelakkan garam sebelum tempoh haid. ( Agak-agak macam mana lah nak mengelaknye kan? )
  • Mengurangkan pengambilan kafein.
  • Berhenti merokok !! ( Eh kau perempuan pun nak merokok ke? )
  • Jangan ambil alcohol. Tapi kita ISLAM memang HARAM!!
  • Mengurangkan pengambilan gula halus.
Ini yang common ajelah tahu. Tetiba rasa malas pulak nak buat research banyak-banyak. Hehe

2. Senggugut

• Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda.
• Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea.
• Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki.
• Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
• Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor anda.


3. Haid yang terlalu banyak

Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:

• Pendarahan yang berpanjangan.
• Senggugut.
• Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek.
• Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami haid yang terlalu banyak.

4. Tidak datang haid?

• Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid.
• Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur.
• Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung.
• Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut.

5. Haid yang tidak teratur

Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:

• Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat.
• Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur.







Hoh, tak takut ke? Haha. Perempuan ne special sebenarnya. Ada sebab kenapa lelaki tak ada haid. Tapi, perlu ingat lelaki juga ada syndrome macam perempuan jugak! Cumanya saya dah tak ingat apa benda itu. Tak silap EMS. Eh, sebabnye kalau lelaki takde sindrom umpama lelaki nih tak ada perasaan lah. Ha, itu ha yang lelaki pun nak merajuk, kadang-kadang sensitive nak menangis aje tu. Syndrome EMS lah namanye. Nanti lah kalau saya jumpa saya post ye pasal LELAKI pulak! Hehe

*Lelaki kalau tahu perempuan tu lain macam aje, paham-paham lah ye. Time ni memang kene hati-hati. Kang tak pasal pasal kau kene ketuk! Haha. Mase ni jugak lah nak kene beli bunga nye, coklat nye, gula-gula ke. Ais krim jangaaaann! :P *Padahal itulah yang paling disuka sebenarnye. ^^

0 comments:

Post a Comment


 

apabila gadis periang berbicara Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez